KG BARU : BENARKAH MAJORITI PENDUDUK BERSETUJU DENGAN PEMBANGUNAN?

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mendedahkan butiran mengenai jumlah borang soal selidik yang dipulangkan oleh penduduk Kampung Baru kepada Kementerian itu. Daripada jumlah itu pula, berapakah jumlah keseluruhan penduduk asal Kampung Baru yang perlu diserahkan borang soal selidik mengenai cadangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB).

Dalam kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) semalam, sebanyak 93.8 peratus pemilik setuju dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru (PPKB). DPPKT mempersoalkan adakah jumlah ini menggambarkan majoriti penduduk menyokong penubuhan Perbadanan tersebut, sedangkan daripada maklumat yang diperolehi, hanya 30 peratus penduduk memulangkannya.

DPPKT berpendapat, kementerian perlu mendedahkan jumlah keseluruhan borang soal selidik yang diterima. DPPKt juga berpendapat Kementerian sepatutnya berusaha mendapatkan persetujuan penduduk paling tidak 80 peratus daripada penduduk keseluruhannya. Ini kerana mereka adalah pemilik asal tanah Kampung Baru dan kerajaan berhasrat membangunkan tanah tersebut. Amat wajar kerajaan mendapatkan persetuju mereka dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Jika tidak ia dianggap sebagai mengambil hak penduduk tanpa kebenaran.

Continue reading

PERKASA AJAK PAS TIMBULKAN SUASANA HURU HARA?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap ahli-ahli kumpulan PERKASA yang bertindak menyerang dan menumbuk penyokong PAS dalam ceramah umum yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di  Ampangan, Seremban, beberapa hari lalu. Bagi DPPM, tindakan ahli atau penyokong PERKASA tidak wajar kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan mengganggu ketenteraman awam.

Ceramah tersebut dianjurkan oleh PAS dan telah diberi permit. Penceramahnya pula adalah Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Semuanya dilangsungkan dalam keadaan terkawal dan secara sah. Dalam suasana demokrasi di negara ini, setiap parti berhak mengadakan aktivitinya dan ahli-ahli PERKASA tidak seharusnya menganggu majlis yang sedang berlangsung.

PAS telah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Mohamad Sabu berhubung fakta sejarah negara. Bahkan, ahli sejarawan juga menyatakan bahawa Mohamad Sabu telah mencetuskan suatu fenomena baru dalam pengkajian sejarah negara. Meskipun ada yang melihatnya dari sudut negatif, tidak kurang juga yang memandang kenyataan Mohamad Sabu dari sudut positif. Mengapa perlu ahli-ahli PERKASA melenting?

Continue reading