KG BARU : BENARKAH MAJORITI PENDUDUK BERSETUJU DENGAN PEMBANGUNAN?

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mendedahkan butiran mengenai jumlah borang soal selidik yang dipulangkan oleh penduduk Kampung Baru kepada Kementerian itu. Daripada jumlah itu pula, berapakah jumlah keseluruhan penduduk asal Kampung Baru yang perlu diserahkan borang soal selidik mengenai cadangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB).

Dalam kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) semalam, sebanyak 93.8 peratus pemilik setuju dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru (PPKB). DPPKT mempersoalkan adakah jumlah ini menggambarkan majoriti penduduk menyokong penubuhan Perbadanan tersebut, sedangkan daripada maklumat yang diperolehi, hanya 30 peratus penduduk memulangkannya.

DPPKT berpendapat, kementerian perlu mendedahkan jumlah keseluruhan borang soal selidik yang diterima. DPPKt juga berpendapat Kementerian sepatutnya berusaha mendapatkan persetujuan penduduk paling tidak 80 peratus daripada penduduk keseluruhannya. Ini kerana mereka adalah pemilik asal tanah Kampung Baru dan kerajaan berhasrat membangunkan tanah tersebut. Amat wajar kerajaan mendapatkan persetuju mereka dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Jika tidak ia dianggap sebagai mengambil hak penduduk tanpa kebenaran.

Kementerian sendiri mengakui bermasalah untuk menghubungi pemilik kerana pelbagai faktor seperti pemilik yang telah meninggal dunia, pewaris yang tidak membuat tuntutan pusaka kecil, pemilik berada di luar Kuala Lumpur, pemilik sukar dihubungi serta kesukaran mendapatkan persetujuan sesama pemilik dalam satu lot. Jika demikian, apa perlunya Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru dibacakan kali kedua di Parlimen pada bulan Oktober nanti? Bukankah ini menggambarkan cadangan kerajaan dibuat dalam keadaan terburu-buru sedangkan masih ramai pemilik belum dihubungi. Sepatutnya kerajaan bersabar sehingga majoriti penduduk dihubungi dan seterusnya mendapatkan persetujuan mereka dahulu, baru dibentangkan cadangan Rang Undnag-Undang Perbadanan Kampung Baru.

DPPKT tetap berpendirian bahawa kerajaan perlu membatalkan atau setidak-tidaknya menangguhkan usaha membawa Rang Undang-Undang ini ke Parlimen Oktober nanti. Berikan  ruang secukupnya buat penduduk Kampung Baru memberikan keputusan berhubung cadangan pembangunan ini.

Disediakan oleh;

MOHD SHAHIR ABU HASSAN

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s