KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BAHAWA AUKU TIDAK BERPELEMBAGAAN SUATU TAMPARAN HEBAT KEPADA UMNO/BN

JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (JUHAM) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bercanggah dengan hak-hak kebebasan asasi yang dijamin di bawah perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

JUHAM dari dulu lagi sentiasa berpegang teguh kepada kebebasan mahasiswa-mahasiswi untuk bersuara di mana ia adalah hak asasi kepada semua rakyat Malaysia dan ia jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Malangnya hak-hak ini dinafikan oleh Kerajaan UMNO/Barisan Nasional kepada mahasiswa/i yang dilihat tidak sealiran dengan pemikiran mereka.

UMNO/Barisan Nasional sedar bahawa mahasiswa-mahasiswi merupakan kuasa perubah yang besar dan mampu menggulingkan kerajaan UMNO/Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Justeru, UMNO/Barisan Nasional cuba menyekat kuasa mahasiwa ini dengan menggunakan undang-undang kuku besi yang bernama AUKU untuk menakut-nakutkan mahasiswa daripada terus menyuarakan kebenaran. Akan tetapi, tidak ada apa-apa tindakan pun diambil ke atas pelajar-pelajar yang menyokong mereka, malah UMNO seringkali menggunakan premis kolej dan universiti untuk program-program parti. Pelaksanaan undang-undang yang “double standard” ini jelas sekali menunjukkan sikap jumudnya UMNO/Barisan Nasional dan ketidak pekaan mereka terhadap kebangkitan dan idealisme para mahasiswa-mahasiswi.

Continue reading

Mahkamah: AUKU tidak berperlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti inidiperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka atas yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco). -Malaysiakini

MENGECAM TINDAKAN UGUTAN TERHADAP DR AZIZ BARI

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengancam Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengirim beliau sebutir peluru beberapa hari lepas. Bagi DPPM, tindakan ini melampau serta keterlaluan bagi sebuah negara yang aman seperti Malaysia. Ia juga ibarat tindakan kumpulan mafia atau gangster di negara seperti Mexico atau Colombia.

DPPM bimbang, trend mengugut seperti ini pastinya akan menganggu gugat keharmonian negara ini. Rumah disimbah cat, kiriman peluru, mengugut ahli keluarga, dilontar molotov cocktail adalah budaya baru masyarakat yang amat menggerunkan. Ia juga  merendahkan nilai intelektualisme dalam negara ini. Jika tokoh akademik pun boleh dilayan seperti ini, apakah lagi nilai yang boleh diharapkan dinegara kita. Rakyat akan hilang kewarasan untuk berfikir manakala tokoh-tokoh akademik pula takut untuk memberi pandangan mereka. Mereka takut akan menjadi mangsa ugutan di masa hadapan.

DPPM ingatkan mana-mana pihak, bahawa Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak sesekali bercakap luar daripada kerangka perlembagaan. Sebagai seorang yang pakar terhadap perlembagaan, tidaklah salah beliau mengutarakan pendapatnya yang selari pula dengan perlembagaan negara. Meskipun kenyataan beliau mengundang sikap tidak senang bagi sesetengah pihak, ia perlu dibalas hujah pula dengan akademik. Mengugut sambil berselindung ibarat ‘melontar batu sembunyi tangan’ adalah tindakan pengecut bagi mereka yang terdesak. Kebenaran tidak akan terserlah selagi mana mereka yang seperti ini berada dalam masyarakat. DPPM yakin, isu ini pasti akan dapat diselesai dengan baik jika semua pihak berlapang dada dan menerima teguran dengan hati terbuka.

Continue reading

PAS kecam Soi Lek Cetus Polemik Agama

PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang akhir-akhir ini banyak menceroboh dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama.

PAS menyangkal keras kenyataan bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

Continue reading

SPR TIADA ALASAN LAGI LENGAHKAN PELAKSANAAN DAKWAT KEKAL

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) agar segera melaksanakan tuntutan rakyat iaitu penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13. DPPM menganggap proses menunggu ‘lampu hijau’ dari Majlis Fatwa Kebangsaan telah selesai kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan mengenai hukum tersebut.

DPPM memetik kenyataan daripada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Cetakan Kedua 2010, terbitan JAKIM, m/s 144 yang menyebut bahawa : “Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa  Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Inedible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.  Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Inedible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang  air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Inedible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam.

 

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Inedible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.”

Continue reading

KADAR KEMISKINAN BANDAR SEMAKIN MENINGKAT, SESUATU PERLU DILAKUKAN!

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa bimbang dengan peningkatan kadar kemiskinan Bandar di Kuala Lumpur yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tinjauan serta penemuan maklumat hasil dari program turun padang DPPKT ke tengah-tengah masyarakat, didapati kadar kemiskinan bandar semakin bertambah dari tahun ketahun.

Dalam senarai penduduk fakir miskin di sekitar Parlimen Titiwangsa sendiri, DPPKT mendapati tidak kurang 1200 keluarga yang didapati berada dalam keadaan fakir miskin yang perlu dibantu. Daripada senarai tersebut pula, seramai 200 keluarga adalah terdiri daripada keluarga miskin tegar. Berbeza dengan jumlah yang diperolehi oleh DPPKT sebanyak 500 sahaja tahun lepas, ia meningkat sekali ganda tahun ini. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kategori seperti fakir miskin, OKU, ibu tunggal, anak-anak yatim, warga emas, dan lain-lain lagi. Kebanyakan mereka menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan lebih malang lagi, ramai mereka terdiri dari bangsa Melayu.

Antara foktor utama mengapa kadar kemiskinan bandar semakin meningkat adalah kerana kos hidup yang semakin meningkat sementara pendapatan rakyat pula khususnya golongan yang berpendapatan rendah tidak meningkat secara ketara. Ada antara mereka yang berpendapatan tidak lebih dari RM 700 sebulan seisi keluarga. Dengan jumlah pendapatan sebanyak ini, DPPKT tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan hidup mereka. Malahan kebanyakan mereka mempunyai anak serta tanggungan yang ramai. Maka tidak mustahil gejala sosial turut meningkat seperti pecah rumah, kecurian, samun, ragut, dadah sehingga kepada pergaulan bebas, perzinaan, rogol dan lain-lain lagi.

Continue reading

JPN SUDAH HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius dakwaan ada warga negara asing diberi kad pengenalan dengan mudah di negara ini. Bagi DPPWP, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia sebagai sebuah badan kerajaan yang penting dan berwibawa dalam menjaga kepentingan negara. Ini ekoran satu lagi pendedahan yang menggemparkan negara iaitu warga asing yang didakwa diberikan kad pengenalan dengan mudah seperti yang berlaku di Istana Dugang Country Resort, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Bagi DPPWP, pendedahan ini adalah suatu contoh betapa rapuhnya sistem keselamatan dalam negara kita. Jika sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing sudah menjadi bualan serta ada bukti pula, ia sebagai petanda buruk terhadap kedaulatan negara. Bagaimanakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjawab isu ini dan seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat jika setiap hari ada sahaja pendedahan dibuat dengan disertakan saksi dan bukti.

Setakat ini sudah banyak kali pendedahan dibuat berhubung kad pengenalan klon, pengundi bertindih serta warga asing yang diberi status penduduk sementara tiba-tiba berubah status menjadi warganegara tetap. Kes di Istana Dugang Country Resort adalah kes yang berjaya dikesan, bagaimana pula dengan kes yang tidak dapat dikesan tetapi berlaku di mana-mana dalam negara ini?

Continue reading

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion

Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Continue reading

Dakwah Fardiyah : Komunikasi Berkualiti dan Kesantunan Berbicara Menggamit Jiwa

Oleh Ust Nasrudin Hasan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

 

1. Muqaddimah

Apa matlamat kita?

Perkara yang paling asas yang perlu difahami dan diinsafi oleh kita semua selaku seorang anggota PAS adalah matlamat perjuangan kita. Menurut Fasal 5 (1) Perlembagaan PAS, tujuan ataupun matlamat PAS adalah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Langkah berkesan untuk mencapai matlamat tersebut digariskan juga dalam Perlembagaan PAS usaha-usaha ataupun inisiatif yang perlu dan boleh dilakukan oleh penggerak-penggerak PAS iaitu antaranya dalam Fasal 6 (1):

Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasul Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Oleh itu fahamlah kita bahawa bagi merealisasikan cita-cita Islam yang kita perjuangkan berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS itu maka kita tidak ada pilihan lain selain berusaha secara gigih bagi meyakinkan orang-ramai agar menerima dan menyokong PAS sehingga memungkinkan PAS menang dalam pilihanraya dengan bilangan kerusi yang secukupnya untuk membentuk kerajaan samada secara bersendirian ataupun melalui kerjasama politik dengan  pihak lain.

Continue reading

KAD KREDIT – APAKAH PERANAN KERAJAAN?

Penggunaan kad kredit dikalangan masyarakat umum ketika ini bukan lagi dilihat sebagai satu kebanggaan atau satu gaya hidup akan tetapi sudah menjadi suatu kemestian dalam mengharungi zaman kenaikan harga barang dan taraf hidup yang semakin tinggi. Rakyat dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan lain di dalam mengharungi hidup terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Namun adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik dalam hendak memastikan diri dan keluarga ‘berdaya saing’ demi untuk meneruskan kehidupan.

Sebelum ini Harian Metro pernah melaporkan bahawa 449 muflis kerana kad kredit. Berdasarkan kajian yang dikumpulkan oleh pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun. Ini satu angka yang mesti diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

Walaupun jumlah muflis akibat gagal membayar hutang kad kredit hanya mencatatkan 4,417 kes dalam tempoh lima tahun hingga Mei 2010 yang lalu, situasi penggunaan serta pengeluaran kad yang dilihat tidak terkawal dianggap membimbangkan serta boleh memusnahkan masa depan generasi muda.

Continue reading

JADIKAN BAHASA MELAYU DISEMUA SEKTOR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik langkah kerajaan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan. Langkah ini positif demi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan meskipun agak terlambat untuk dilaksanakan.

Bagi DPPM, seharusnya tindakan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan telah dilaksanakan sejak 10-15 tahun dahulu. Sepatutnya kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama sehingga ke hari ini memikirkan langkah ini dan tidak perlu berkompromi dalam meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara. Negara-negara lain amat menyanjung tinggi bahasa kebangsaan mereka sehingga telah lama dijadikan bahasa utama perantara di negara masing-masing.

Negara-negara hebat dan maju seperti Jepun, China, Korea, Perancis dan lain-lainnya tidak pernah ragu dalam menjadikan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa utama di negara mereka.  Ternyata menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dalam semua urusan mampu menaikkan semangat patriotik rakyat di samping mengangkat martabat bahasa kebangsaan ke pentas dunia. Negara-negara ini membuktikan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai antara bahasa terpenting di dunia dan masyarakat dunia perlu mempelajarinya.

Continue reading

AKTA KERJA : KERAJAAN JANGAN ‘SYOK SENDIRI’

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955. Bagi LPAS, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini. Jika benar kerajaan prihatin terhadap rakyat, golongan pekerja mestilah antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian.

MTUC dalam satu kenyataannya menegaskan pihak mereka menentang Rang Undang-Undang Akta Kerja 1955 kerana ia menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem ‘hamba’. Mereka menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga  kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja tidak dipedulikan. Kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini.

Continue reading

NAJIB TIDAK TAHU DEFINISI ADIL DALAM PILIHANRAYA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. DPPM menganggap Dato’ Seri Mohd  Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung.

Barangkali Dato’ Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul. Untuk itu, DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Dalam sejarah  pilihanraya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan UMNO-BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah UMNO-BN? Setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya. PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi. Malah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat.  Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana pemimpin UMNO perolehi setakat ini?

Continue reading

Tazkirah Jumaat

Oleh : Ust. Mohd Adha Boyong, Pengerusi Lajnah Tarbiah DPPWP

Empat Pesanan Saidina Umar al-Khattab Untuk Umat Islam

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berpesan dengan katanya :
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Huraiannya :

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah SWT. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah SWT.

Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Continue reading

PAS mampu selamatkan Melayu Islam

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa.

“Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sebenarnya, kata beliau itu hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang Melayu terus menyokong Umno, ketika parti itu tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat.

Katanya, kenyataan itu adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya.

“Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pangkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.

“Insya Allah doa almarhum Ustaz Fadzil Noor dikabulkan Allah, supaya umur Tun Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini,” ujarnya.

Oleh itu, katanya PAS perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

Continue reading

Guna Saluran Parti Dan Bersangka Baik Sesama Sendiri

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mendapatkan penjelasan sebenar dari pengerusi DHPP berhubung beberapa kenyataan beliau yang dilaporkan dalam pelbagai perspektif. Sehubungan itu, atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik, Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil beliau dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

Sebagai sebuah parti politik yang besar, kita memahami terdapat kadang-kala berlaku salah lapor dalam media berhubung beberapa kenyataan pimpinan. Oleh kerana itu, jalan terbaik ialah mendapat penjelasan langsung dari yang terlibat.Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudahpun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklumbalas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

Ruang demokrasi dalam PAS adalah besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, disarankan agar semua ahli selesaikan secara bermesyuarat di dalam parti. Jangan jadikan isu dalaman menjadi isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali bagi media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk ‘mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil’ lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 semakin mendekat.

Continue reading

SEMOGA BOB LOKMAN DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK TERUS BERDAKWAH

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa simpati di atas apa yang menimpa Bob Lokman, seorang bekas artis terkenal yang telah menjadi pendakwah dan telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) beberapa hari lepas.

Bagi DPPWP, Bob Lokman adalah contoh seorang insan yang tabah, ikhlas dan berani untuk berdakwah kepada masyarakat tanpa menghiraukan sebarang risiko yang menimpa dirinya. DPPWP percaya umat Islam turut bersimpati dan kagum di atas keberanian yang ditunjukkan oleh Bob Lokman. Beliau sanggup  membuang latar belakang hidupnya yang penuh dengan warna warni populariti dan kemewahan hanya semata-mata untuk terjun ke lapangan dakwah.

DPPWP sedih kerana dalam keadaan masyarakat yang serba jahil, jauh daripada agama, candu kepada hiburan, memuja artis dan hidup dalam keadaan lalai, insan ini pula dikenakan tindakan. DPPWP bimbang, kerana kesan daripada isu ini akan menyebabkan pendakwah-pendakwah seperti Bob Lokman dan lain-lainnya tidak berani tampil ke depan kerana takut diambil tindakan.

Continue reading

DAKWAAN AMBIL TANAH INDONESIA: KERAJAAN PERLU BERSIHKAN NAMA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan kononnya Malaysia telah mengambil tanah 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. Dakwaan ini telah mengakibatkan kemarahan kepada rakyat Indonesia dan akibatnya mereka mengadakan demontrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Justeru itu, DPPM meminta kerajaan segera membersihkan namanya melalui kenyataan rasmi berhubung isu ini. Dakwaan ini amat serius dan ia berkaitan dengan kedaulatan negara Malaysia dan Indonesia walaupun ia tidak berasas. DPPM tidak mahu negara Malaysia dikaitkan dengan skandal diperingkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerajaan perlu menjelaskan keadaan sebenar kepada kerajaan Indonesia agar jangan disalahtafsir atau menimbulkan persepsi buruk terhadap negara jiran. DPPM juga meminta pihak tempatan yang menyebarkan dakyah tersebut bertanggungjawab terhadap isu ini.

Umum mengetahui hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia sejak sekian lama. Kedua-dua negara ibarat saudara yang berasal dari suatu rumpun Melayu di nusantara ini. Ramai warga Indonesia menetap dan bekerja di negara ini, malah ramai yang telah mendapat status warganegara Malaysia. Kita berkongsi sempadan perairan dengan negara jiran. Permusuhan atas dasar apa sekalipun perlu dielakkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Continue reading

DATUK AHMAD JAIS – PERGINYA SEBUTIR PERMATA SENI

Dunia seni tanahair hari ini dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi veteran yang mempunyai kelas tersendiri iaitu Datuk Mohd. Jais Ahmad ataupun dikenali dengan nama Ahmad Jais. Beliau telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) jam 9.20 pagi tadi. Beliau berusia 75 tahun.

Ahmad Jais yang kita kenali terkenal dengan alunan suara yang menusuk serta lenggokkan nada melayu yang terlekat disetiap atur lirik lagunya membuatkan lagu-lagunya sentiasa terpahat dijiwa setiap rakyat. Beliau tidak hanya mengalunkan lagu-lagu cinta malah sikapnya yang patriotik turut ‘diterjemahkan’ di dalam bentuk lagu seperti lagu Bahtera Merdeka. Siapa yang tidak melalui Hari Raya Eidul Fitri tanpa terdengar ‘kelibat’ lagu dendangan beliau? Lagu dendangannya juga sentiasa mengingatkan kita kepada Yang Maha Kuasa dan yang pastinya lagu Iman Dan Taqwa adalah antara yang paling menyentuh jiwa nurani kita.

Begitulah Ahmad Jais. Walaupun dalam berhibur namun sentiasa mengingatkan kita supaya jangan alpa terhadap Allah swt. Semoga Allah swt mencucuri rahmat buat rohnya. Semoga Allah swt berikan keampunan kepada Allahyarham dengan berlandaskan amalan dan niat beliau semasa didunia ini.Al Fatihah

 

Disediakan oleh;

 

 

 

A.Halim Ahmad

Pengarah

Department Art, Culture & Sports (DACS)

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tak Perlu Naik Elaun, Tapi Pastikan Peruntukan Kepada AP Adil Dan Saksama

Pada saat Perdana Menteri dan ahli parlimen (AP) membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

Kenaikan elaun AP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain. Keadaan ini bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah. Kos kekal ini hanya boleh diatasi dengan peningkatan pendapatan negara, sekiranya gagal ia akan menambah bebanan kepada golongan bawahan pada masa hadapan.

Apakah kewajaran untuk menimbulkan cadangan menaikkan elaun AP yang telahpun mempunyai pelbagai kemudahan dalam menjalankan tugas sebagai AP dalam masa kehidupan rakyat masih dalam keadaan perit?

Cadangan menaikkan elaun AP ketika rakyat susah ini ibarat kata  ‘berat rakyat yang junjung, ringan wakil rakyat yang jinjing.’ Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan ‘mengutamakan yang senang.’

Continue reading

PASTIKAN UNIVERSITI TEMPATAN ANTARA TERBAIK DI DUNIA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini. Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara  jiran seperti Singapura dan Thailand.

DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain. Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain.

Antara kekangan seperti yang diutarakan oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah kerana universiti tempatan kurang terlibat dengan penyelidikan berimpak tinggi. Dalam hal ini, DPPM berpendapat kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan segala keperluan dan infrastruktur bagi mewujudkan penyelidikan tinggi di peringkat universiti. Universiti-universiti tempatan perlu digalakkan terlibat kajian secara meluas dan mendalam dan kerajaan beri sokongan kewangan secara berterusan.

Continue reading

KAMPUNG BARU KINI HANYA TINGGAL SEJARAH

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 akhirnya diluluskan juga semalam dengan hanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja yang bangun mempertahankan RUU ini dari diluluskan sementara  majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju ianya diluluskan.

Tarikh 5 Oktober 2011 serta Persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah hitam buat bangsa Melayu bahawa Kampung Baru yang menjadi warisan Orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi entiti penting kepada Orang Melayu akhirnya diperbadankan. Beratus tahun lamanya tanah eksklusif milik Orang Melayu itu tidak terusik, namun pada tarikh 5 Oktober 2011 ia telah berpindah tangan. Apakah lagi kebanggaan yang tinggal pada Orang Melayu di Kuala Lumpur ini? Sidang Parlimen ini juga menjadi saksi bahawa siapakah yang benar-benar berjuang demi bangsanya dan siapakah yang hanya ‘beretorik’ yang pada hakikatnya mereka tidak peduli terhadap apa yang terjadi kepada bangsanya sendiri. Dimana puak-puak yang selalu berkokok kononnya mereka ultra Melayu dan pejuang sejati bangsa Melayu? Tidak kelihatan untuk bangun mempertahankan isu ini sehingga akhir sidang Parlimen semalam.

DPPKT juga merasa terkejut dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membangunkan Kampung Baru. GLC tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad. Dalam keadaan Parlimen baru meluluskan Rang Undang-Undang ini, Menteri Wilayah Persekutuan tanpa sabar terus mahu mengadakan perjanjian dengan GLC tersebut. Nampaknya kerajaan telah melantik beberapa GLC dan persefahaman telah dibuat sebelum Rang Undang-Undang ini diluluskan lagi. Amat malang kerana pemilik Kampung Baru belum dimaklumkan lagi, harta mereka telah diagih-agihkan dengan tujuan ‘pembangunan’.

Continue reading