KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BAHAWA AUKU TIDAK BERPELEMBAGAAN SUATU TAMPARAN HEBAT KEPADA UMNO/BN

JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (JUHAM) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bercanggah dengan hak-hak kebebasan asasi yang dijamin di bawah perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

JUHAM dari dulu lagi sentiasa berpegang teguh kepada kebebasan mahasiswa-mahasiswi untuk bersuara di mana ia adalah hak asasi kepada semua rakyat Malaysia dan ia jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Malangnya hak-hak ini dinafikan oleh Kerajaan UMNO/Barisan Nasional kepada mahasiswa/i yang dilihat tidak sealiran dengan pemikiran mereka.

UMNO/Barisan Nasional sedar bahawa mahasiswa-mahasiswi merupakan kuasa perubah yang besar dan mampu menggulingkan kerajaan UMNO/Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Justeru, UMNO/Barisan Nasional cuba menyekat kuasa mahasiwa ini dengan menggunakan undang-undang kuku besi yang bernama AUKU untuk menakut-nakutkan mahasiswa daripada terus menyuarakan kebenaran. Akan tetapi, tidak ada apa-apa tindakan pun diambil ke atas pelajar-pelajar yang menyokong mereka, malah UMNO seringkali menggunakan premis kolej dan universiti untuk program-program parti. Pelaksanaan undang-undang yang “double standard” ini jelas sekali menunjukkan sikap jumudnya UMNO/Barisan Nasional dan ketidak pekaan mereka terhadap kebangkitan dan idealisme para mahasiswa-mahasiswi.

Continue reading

Mahkamah: AUKU tidak berperlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti inidiperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka atas yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco). -Malaysiakini

MENGECAM TINDAKAN UGUTAN TERHADAP DR AZIZ BARI

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengancam Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengirim beliau sebutir peluru beberapa hari lepas. Bagi DPPM, tindakan ini melampau serta keterlaluan bagi sebuah negara yang aman seperti Malaysia. Ia juga ibarat tindakan kumpulan mafia atau gangster di negara seperti Mexico atau Colombia.

DPPM bimbang, trend mengugut seperti ini pastinya akan menganggu gugat keharmonian negara ini. Rumah disimbah cat, kiriman peluru, mengugut ahli keluarga, dilontar molotov cocktail adalah budaya baru masyarakat yang amat menggerunkan. Ia juga  merendahkan nilai intelektualisme dalam negara ini. Jika tokoh akademik pun boleh dilayan seperti ini, apakah lagi nilai yang boleh diharapkan dinegara kita. Rakyat akan hilang kewarasan untuk berfikir manakala tokoh-tokoh akademik pula takut untuk memberi pandangan mereka. Mereka takut akan menjadi mangsa ugutan di masa hadapan.

DPPM ingatkan mana-mana pihak, bahawa Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak sesekali bercakap luar daripada kerangka perlembagaan. Sebagai seorang yang pakar terhadap perlembagaan, tidaklah salah beliau mengutarakan pendapatnya yang selari pula dengan perlembagaan negara. Meskipun kenyataan beliau mengundang sikap tidak senang bagi sesetengah pihak, ia perlu dibalas hujah pula dengan akademik. Mengugut sambil berselindung ibarat ‘melontar batu sembunyi tangan’ adalah tindakan pengecut bagi mereka yang terdesak. Kebenaran tidak akan terserlah selagi mana mereka yang seperti ini berada dalam masyarakat. DPPM yakin, isu ini pasti akan dapat diselesai dengan baik jika semua pihak berlapang dada dan menerima teguran dengan hati terbuka.

Continue reading

PAS kecam Soi Lek Cetus Polemik Agama

PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang akhir-akhir ini banyak menceroboh dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama.

PAS menyangkal keras kenyataan bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

Continue reading