Mahkamah: AUKU tidak berperlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti inidiperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka atas yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco). -Malaysiakini

2 comments on “Mahkamah: AUKU tidak berperlembagaan

  1. Sehubungan dengan keputusan tersebut maka bagaimana dengan semua kes yang
    telah lalu dibeberapa universiti, mahasiswa dipecat daripada meneruskan
    pelajaran mereka atas tuduhan yang sama (?). Minta juga pendapat Ahmad Lutfi
    yang sekarang bekerja di Harakah, suara Pas Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s