TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG UPSR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam. DPPM berbangga kerana pencapaian pelajar tahun ini terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Pencapaian tahun ini mencatatkan seramai 46,012 calon mendapat semua A daripada 485,160 keseluruhan pelajar. Walaupun pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit iaitu sebanyak 9.48 peratus berbanding 10.02 pencapaian tahun lalu, ia tidak menjejaskan pencapaian kecemerlangan pelajar. DPPM merasa bangga kerana pencapaian pelajar luar bandar lebih tinggi berbanding pelajar di bandar sebanyak 1.21 peratus. Ini menunjukkan kesedaran pelajar-pelajar luar bandar amat tinggi yang mendorong kejayaan mereka.

DPPM turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada para guru yang tidak pernah jemu untuk terus membimbing pelajar sehingga mendapat keputusan cemerlang ini. Sudah tentu dengan keikhlasan dan komitmen para guru yang  tidak ternilai ini memungkinkan kejayaan  ini dicapai. Jasa dan pengorbanan mereka selalu pendidik anak bangsa perlu dikenang sepanjang hayat.

Continue reading