LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH!

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil insiatif yang baik bagi meringankan beban rakyat di negeri itu dengan melupuskan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu. Kes-kes tersebut meliputi kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.

DPP Malaysia berpandangan inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah membuktikan bahawa mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu. Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata.

Umum mengetahui bahawa pendidikan adalah keperluan hidup yang mesti ditunaikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya. Dengan pelajaran akan terbela kehidupan rakyat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat daripada belenggu kemiskinan. Pelajaran melahirkan masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, disamping membina masyarakat dan negara yang maju dan berdaya saing. Insentif pelajaran daripada kerajaan kepada rakyat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan rakyat dan negara.

Continue reading

TPM PERLU BERSIHKAN NAMANYA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menerima sogokan. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh media pada hari ini mendakwa Setiausaha Sulit kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan menerima lebih daripada RM 100,000 sebulan.

Bagi DPP Malaysia, dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam hal ini, TPM perlu membersihkan namanya dengan bersikap berani dan telus menyiasat secara menyeluruh dakwaan tersebut. Beliau tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan orang kepercayaan beliau.

Jika benar dakwaan tersebut, beliau perlu mengambil tindakan tegas terhadap setiausaha sulit kanannya. Ini sebagai suatu hukuman bahawa kedudukan sebagai orang penting dan di tempat strategik bukan boleh disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Ia juga sebagai peringatan bahawa amanah bukan suatu yang boleh dipandang ringan, melainkan ia perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

Continue reading

POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah :

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Continue reading

BAGAIMANA MUDAHNYA ZAKAT DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN MENTERI?

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak penjelasan dari Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagaimana dana zakat dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekeutuan (MAIWP) boleh digunakan sebagai pendahuluan bayaran khidmat guaman untuk menteri tersebut dan dua yang lain. Bagi DPPWP ini merupakan suatu dakwaan yang serius kerana melibatkan integriti dan kepercayaan pihak yang berkepentingan menjaga dana zakat umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Laporan Ketua Audit Negara telah mengesahkan sejumlah RM 63,650 telah dikeluarkan sebagai pendahuluan bagi membayar kos guaman berhubung kes tuntutan qazaf oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Jamil Khir, Menteri di jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwaraya, Shamsuddin Hussain. Meskipun MAIWP telah menjelaskan telah membayar semula dana zakat tersebut, bagi DPPWP perkara ini tidak seharusnya berlaku. Keadaan ini boleh menimbulkan persepsi di kalangan umat Islam bahawa dana zakat boleh diselewengkan dengan begitu mudah untuk tujuan peribadi oleh mereka yang berkuasa dalam menjaga dana zakat tersebut.

Umum mengetahui bahawa dana zakat hanya boleh disalurkan kepad asnaf yang berkaitan dan tidak boleh digunakan dengan tujuan yang lain, apatah lagi jika ianya bersifat peribadi. Walaupun dana itu hanya berstatus pinjaman sementara dan telah pun dipulangkan kembali, namun sebagai  entiti yang menjaga kepentingan umat Islam khususnya dana zakat umat Islam di Wilayah Persekutuan, tindakan tersebut menimbulkan pertikaian.

Continue reading

TANPA TAPISAN FILEM : KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA LEBIH PARAH!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang tidak lagi akan menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada pengarah dan penerbit filem. DPPWP melihat keputusan ini amat tidak wajar kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai perlanggaran dalam disiplin filem di negara ini khususnya membabitkan adegan-adegan yang tidak wajar menjadi tontotan umum.

DPPWP menganggap keputusan ini amat membahayakan terutama kepada industri perfileman negara memandangkan kuasa menapis sesebuah filem diserahkan sepenuhnya kepada pengarah dan penerbit filem. Sudah tentu, filem itu akan ditapis mengikut selera dan citarasa pengarah atau penerbit. Penerbit atau pengarah pula akan melihat kepada kehendak dan citarasa penonton semasa bukan mengikut hukum agama. Isu moraliti dalam filem akan dipandang remeh dan boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran menurut hawa nafsu oleh mereka yang berkepentingan. Keputusan ini juga boleh menyebabkan industri pefileman negara berkecamuk dan boleh mengundang pelbagai kemarahan orang ramai. Bagi mereka, keuntungan adalah keutamaan dengan mengikut pasaran semasa tanpa mengerti persoalan hala dan haram sesuatu filem yang ditayangkan.

Bagi DPPWP, LPF perlu melihat kepada suasana dan permasalahan dalam masyarakat hari ini khususnya terhadap anak-anak muda. Dengan peningkatan gejala sosial yang semakin parah, apakah LPF mahu menambah lagi masalah sosial dalam negara ini hasil daripada penayangan filem yang tidak tertapis. DPPWP bimbang pengaruh filem akan menyebabkan keruntuhan akhlak remaja yang lebih serius sebagaimana yang berlaku kepada masyarakat di negara Barat.

Continue reading

UMAT ISLAM BERHAK MENGETAHUI PREMIS TIDAK DAPAT STATUS HALAL

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengkaji balik keputusan JAKIM dengan tidak menghebahkan premis perniagaan yang gagal dalam Laporan Ketidakakuran (NCR) Pensijilan Halal Malaysia.

DPPWP menganggap keputusan yang dibuat ini kurang wajar kerana dilihat hanya melindungi kepentingan peniaga dengan mengabaikan hak-hak pengguna. DPPWP berpandangan JAKIM tidak perlu melindungi premis perniagaan yang gagal mendapat sijil halal Malaysia daripada hebahan kerana pengguna juga berhak mengetahui premis berkaitan supaya mereka tidak membeli atau mengunjunginya.

Bagi DPPWP, tindakan ini sebagai suatu hukuman dan peringatan keras supaya setiap premis berhati-hati dalam menjalankan perniagaan mereka. Isu halal dan haram dalam makanan dan barangan bukan perkara yang boleh dianggap ringan dan ia perlu menjadi keutamaan kepada para peniaga. Sepatutnya para peniaga menjaga kepentingan pengguna khususnya umat Islam dengan menjaga status halal pada produk perniagaan mereka serta berusaha mendapatkan sijil Halal Malaysia. Sikap tidak endah atau memandang ringan status halal sesuatu produk menyebabkan ramai pengguna terperangkap dengan barangan yang syubhat atau tidak halal.

Continue reading

TAHNIAH USTAZ NASHARUDDIN: USAH DILAYAN PROPAGANDA MURAHAN MUSUH

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menghargai keikhlasan dan tekad yang ditunjukkan oleh YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang bertegas mempertahankan Islam melalui PAS dengan tiada niat sedikitpun mahu menyertai UMNO seperti yang ditohmah kepada beliau sebelum ini.

Bagi DPP Malaysia, ini adalah satu contoh terbaik buat semua pendokong PAS betapa kentalnya iltizam yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Meskipun difitnah dari pelbagai pihak, beliau masih tetap teguh berpegang kepada perjuangan PAS yang selama ini didokongnya. Malah segala tohmahan yang dilemparkan tidak sedikitpun merencatkan perjuangan beliau. Sudah tentu kenyataan terbuka beliau untuk terus bersama dengan perjuangan Islam dalam PAS menyejukkan dan melegakan hati seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam ini.

Keperibadian yang tinggi ini adalah natijah dari proses tarbiyah yang ada dalam PAS selama ini. Kejayaan proses tarbiyah PAS bukan menjadikan seseorang itu hebat penampilannya, lebih dari itu menjadikan akidah perjuangannya kental dan tidak mudah goyah walau apa pun ujian yang melanda. Proses tarbiyah PAS membina setiap diri ahli dan anggota berjiwa besar dalam menghadapi segala macam tribulasi. Kerana itulah, PAS terus bertahan sehingga sekarang meskipun diserang dari pelbagai penjuru dan ruang.

Continue reading

BIARKAN MAHASISWA DENGAN IDEALISME MEREKA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kesal kerana ada pihak yang mengugut dan mengancam Adam Adli, antara mahasiswa yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak dan menaikkan bendera mahasiswa dengan pelbagai ugutan seperti SMS, video dan telefon serta mengancam keluarga beliau. Bagi DPP Malaysia, kes beliau seharusnya diserahkan kepada pihak polis bagi membuat siasatan serta mengambil tindakan lanjut dan tidak perlulah ada pihak lain mendahului polis dalam menjalankan siasatannya.

Dalam hal ini, DPP Malaysia merasa kecewa kerana ugutan dan ancaman ‘ala mafia’ seperti yang dilakukan ke atas Adam Adli sudah menjadi budaya dalam masyarakat. Seolah-olah golongan kuat dan mempunyai pengaruh boleh bertindak sesuka hati ke atas mereka yang lemah. Budaya ini boleh menyebabkan kebenaran tidak mampu terungkap kerana dilindungi kebatilan yang di kuasai oleh mereka yang kuat dan berkuasa.

DPP Malaysia melihat usaha mengugut dengan menakut-nakutkan mahasiswa adalah tindakan tidak wajar dan tidak matang. Ugutan ini seperti mahu mematikan idealisme mahasiswa yang sedia membara. Ibarat anak muda yang baru mengenal kehidupan, mahasiswa boleh ditegur dan dilentur, tetapi kegiatan mereka tidak perlu disekat kerana ia adalah sebahagian adaripada eksperimen kehidupan mereka. Jika mereka bersalah, tindakan lanjut boleh dibuat kerana banyak tapisan undang-undang yang ada di negara ini. Mengugut dan mengancam beliau merupakan suatu hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya sedangkan beliau belum didapati bersalah.

Continue reading

PERKASA TAKUT UMNO KALAH?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang. Bagi DPP Malaysia, kenyataan seperti ini seolah-olah tidak mahu negara ini berganjak ke arah sistem pilihanraya di Malaysia yang lebih adil, telus dan penuh dengan amalan demokrasi yang tinggi.

DPP Malaysia merasa hairan bagaimana Perkasa boleh mempertahankan agar dakwat kekal tidak digunakan dalam keadaan semua pihak bersetuju supaya ianya digunakan. Alasan bahawa Malaysia adalah negara maju dan canggih sehingga tidak memerlukan dakwat kekal adalah alasan yang yang amat dangkal. Ini kerana selama ini dalam keadaan negara tidak meggunakan dakwat kekal, selama itulah berlakunya pelbagai penipuan dan penyelewengan hasil dari daftar pemilih.

Persoalannya, apa yang Perkasa khuatirkan dengan penggunaan dakwat kekal? Mengapakah Perkasa gusar sangat terhadap kebenaran yang akan disingkapkan hasil dari penggunaan dakwat kekal dan apakah kerana ada kuasa yang bakal tergugat dalam PRU ke 13 nanti sehingga boleh menjejaskan masa depan Perkasa?

Continue reading

Kemuncup Perjuangan : Dasar PAS Dijamin Majlis Syura

Oleh : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di  negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti  terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, sama ada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

“Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.”

Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”

Continue reading

TUN DR MAHATHIR WAJAR BUAT PENGAKUAN TERBUKA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang berat dakwaan bahawa Malaysia pernah meminjam dari Bank Dunia pada tahun 1997/1998 ketika di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu. Dakwaan ini berdasarkan kepada dokumen lengkap yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga dokumen yang didedahkan mendakwa pinjaman sebanyak US$60 juta telah dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap Bank Dunia.

Jika pinjaman ini benar-benar berlaku, DPP Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia merasa kesal kerana bekas Perdana Menteri itu tidak pernah mengaku pernah membuat pinjaman dengan Bank Dunia sebelum ini. Malah sehingga kini beliau membuat penafian dengan cabaran agar pihak menuduhnya mengemukakan bukti beliau ada membuat pinjaman. Namun dengan dokumen yang lengkap dari Bank Dunia yang dikemukakan, apakah dalih lagi Tun Dr Mahathir mahu menafikan segala maklumat tersebut?

Rakyat di negara ini merasa tidak selesa kerana jumlah pinjaman yang didakwa itu terlalu besar, iaitu sebanyak US$60 juta. Meskipun perisitiwa itu berlangsung sudah 13 tahun lamanya, namun kesannya masih ada terhadap kedudukan ekonomi dan kewangan negara. Persoalannya, kemanakah duit hasil pinjaman tersebut digunakan dan mengapakah kerajaan Malaysia ketika itu terlalu terdesak sehingga terpaksa meminjam dari Bank Dunia sedangkan diketahui bahawa ada kesan negatif terhadap keselamatan dan kestabilan negara hasil dari perjanjian tersebut? Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan pinjaman itu dibayar sepenuhnya?

Continue reading

FILEM PENDEK ‘OLEY!!’: SOLIDARITI MUSLIM PRIHATIN MEMBUKA LEMBARAN BARU DUNIA MEDIA BARU

Dunia media baru menjadi semakin penting kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda. Dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi, akses maklumat melalui medium media baru mampu disampaikan kepada penerima dalam masa yang singkat dan pantas. Lantas ia kini menjadi suatu fenomena kepada seluruh lapisan masyarakat.

Sepantas masa berlalu, dengan kelajuan gajet alat telekomunikasi yang dicipta bagi mengejar perlumbaan langit terbuka ini, kepantasan maklumat juga seakan tidak mampu disekat. Daripada medium blog, kini jutaan anak-anak muda menggilai facebook, twitter dan terkini video klip. Video Klip atau Vlog sudah menjadi tempat luahan anak-anak muda menyampaikan isi hati mereka dan boleh dikongsi bersama jutaan anak-anak muda yang lain diseluruh dunia.

Atas sebab inilah, Solidariti Muslim Prihatin mengambil langkah untuk mempelopori kerja-kerja penerangan dan penyampaian maklumat mengikut selera anak-anak muda. Ternyata cara ini amat berkesan dan sememangnya menepati citarasa, minat dan kecenderungan anak-anak muda, khususnya melalui media baru. Dalam masa yang sama, Solidariti Muslim Prihatin pantas menyambar ikon dan selebriti anak muda sebagai perantara dakwah yang sudah pasti mampu menjadi ikutan dan perhatian.

Continue reading

Janji Politik PM : Hanya Kakitangan Yang Memilih SKIM SBPA Dapat Kenaikan Gaji

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan.

DPPWP dimaklumkan, hanya kakitangan yang menandatangani SBPA sahaja yang akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7-13 peratus seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet yang lalu. Manakala kakitangan yang mahu mengunakan skim perkhidmatan berdasarkan SSM dan SSB akan kekal menerima tangga gaji sedia ada.

Malah ramai kakitangan awam yang tidak berpuashati kerana dalam SBPA mereka wajib memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Penilaian anjakan atau kenaikan gaji tahunan pula bakal didasarkan kepada merit laporan prestasi tahunan yang mana kakitangan yang gagal mencapai markah 70 peratus bagi 3 tahun berturut-turut boleh dipecat. Apa yang tidak dijelaskan oleh JPA adalah, bagaimana bentuk penilaian ini berfungsi. Bagaimana mereka boleh menjamin tidak adanya elemen pilih kasih, atau sabotaj oleh kakitangan atasan kepada mereka yang menjadi subordinat mereka. Malah tidak dinyatakan juga jumlah kenaikan itu kerana carta perubahan gaji tidak diberikan.

Adakah kakitangan yang mencapai markah yang lebih tinggi akan menerima kenaikan gaji dua kali ganda atau sama sahaja seperti sebelum ini dimana mereka hanya menerima kadar kenaikan mengikut tahun perkhidmatan.

Continue reading

BEBASKAN FELDA DARI KONGKONGAN POLITIK

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan segera konflik dalaman yang sedang melanda Felda. Ini kerana konflik ini akan merugikan nasib orang Melayu khususnya peneroka-peneroka Felda seluruh negara.

DPP Malaysia melihat konflik dalaman Felda semakin meruncing dan menuju jalan buntu. Dengan arahan bercuti Datuk Dzulkifli Wahab daripada Pengarah Koperasi Felda menunjukkan adanya campurtangan politik daripada pihak tertentu terhadap Felda, seolah-olah ada ‘tangan hitam’ yang menggerakkan organisasi itu. Disamping itu langkah menyenaraikan salah satu anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia menjadi polemik yang memuncak sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk dalaman UMNO sendiri.

Dalam pada itu pula semakin ramai menyatakan bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Felda dengan menganggap pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai tidak sesuai kerana beliau tidak berlatar belakangkan Felda dan dilantik melalui kuasa politik. Ekoran itu, timbulnya pelbagai bantahan dan serahan memorandum diadakan dari pelbagai pihak. Warga Felda melihat Tan Sri Isa Samad bukanlah orangnya yang boleh memacu Felda lebih jauh kehadapan, sebaliknya beliau dianggap sebagai liabiliti kepada Felda.

Continue reading

KERAJAAN PERLU LANGKAH ALTERNATIF ELAKKAN BANJIR KILAT BERULANG

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengambil langkah alternatif bagi memastikan kejadian banjir kilat yang sudah dua kali melanda ibu kota Kuala Lumpur tidak berulang. Ini kerana sudah dua kali Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan ianya sudah tentu ianya menjejaskan kehidupan warga kota terutama menjelang waktu puncak iaitu pada waktu petang.

DPPWP beranggapan banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur selama dua hari berturut-turut adalah sesuatu yang sukar serius dan tindakan segera bagi menanganinya perlu diambil. Meskipun hujan lebat melanda Kuala Lumpur selama dua hari berturut-turut, namun sebenarnya ia berlangsung tidak terlalu lama. Bagi DPPWP, sepatutnya banjir kilat mungkin tidak melanda Kuala Lumpur sekiranya ada langkah susulan, alternatif serta kaedah pencegahan dilakukan awal. DPPWP membayangkan jika hujan yang turun dalam tempoh masa yang lama seperti berlaku di negeri-negeri pantai timur ketika ini, sudah tentu bandaraya Kuala Lumpur akan ditenggelami banjir.

Justeru, DPPWP meminta pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membuat kajian mengapakah boleh berlakunya banjir kilat dalam masa yang sangat singkat. Mungkinkah kerana dari sistem perparitan dan laluan air yang tersumbat, atau kerja-kerja pembinaan yang tidak terancang. Pihak DBKL juga diminta meneliti kembali pelan pembangunan Kuala Lumpur dan melihat adakah langkah pencegahan banjir sudah ada dalam perancangan pihak berkuasa dan adakah pelaksanaannya telah dilakukan.  Ini kerana banyak jalan biasa digenangi air dalam masa yang amat singkat dan dalam keadaan hujan turun pun tidaklah terlalu lama. Sudah tentu banyak kemusykilan ada dalam fikiran rakyat ketika ini.

Continue reading

TIADA PERLECEHAN AGAMA ISLAM JIKA ULAMA’ LANTANG PERTAHAN KESUCIANNYA

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)  mengucapkan terima kasih kepada Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah yang lantang menyelar pihak menghina Islam khususnya hukum hudud. Bagi DPPWP, kenyataan inilah yang ditunggu-tunggu daripada mulut seorang ilmuan Islam seperti Dr Ridhuan dan insan sepertinya yang mempunyai ramai pengikut dari kalangan umat Islam.

DPPWP menganggap isu penghinaan hukum Islam bukanlah isu politik yang hanya perlu diperjuangkan oleh PAS sahaja. Sebaliknya isu penghinaan hukum Islam perlu dibela oleh semua orang Islam yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Semua Umat Islam perlu merasa sensitif dan tercabar apabila Islam diperlekeh dan dihina oleh mereka yang memusuhi Islam. Dalam hal ini, DPPWP melihat bukan setakat MCA yang perlu dipersalah, malahan UMNO juga perlu dipersalahkan kerana mereka hanya mendiamkan diri apabila Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan Islam. Bahkan wakil UMNO dalam forum tersebut turut tumpang sekaki mempertikaikan hukum Islam tersebut.

DPPWP merasakan sudah sampai masanya ulama’ dari semua peringkat bangkit mempertahankan kesucian Islam dari perlecehan sama ada dari bukan Islam mahupun dari kalangan umat Islam. Seharusnya lebih ramai ulama’ yang peka dan sensitif bangkit menentang kemungkaran yang berlaku yang dilakukan di depan mata. Penghinaan agama Islam merupakan kemungkaran besar yang wajib ditentang dan para ulama’ lah yang diharapkan memimpin umat menentang kemnngkaran tersebut. Jika para ulama’ bangkit mempertahankan Islam, sudah tentu pengikut-pengikut akan turut sama bangun dan sudah pasti tidak ada golongan yang berani menghina agama Islam ini secara terang-terangan.

Continue reading

DZULKIFLI DIARAH BERCUTI, BAGAIMANA TAN SRI ISA SAMAD?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang berat isu Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab yang diminta bercuti selama sembilan bulan melalui arahan daripada Perdana Menteri. DPP Malaysia merasakan arahan tersebut tidak kena pada tempatnya memandangkan Felda amat kritikal pada ketika ini yang memerlukan komitmen Pengarah Besar Felda itu bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

DPP Malaysia berpendapat, konflik peringkat tertinggi dalaman Felda amat kronik dan memerlukan penyelesaian segera. Arahan bercuti ini seolah-olah membenarkan wujudnya konflik dalaman  yang semakin kuat melanda. Tindakan terhadap Dzulkifli pula menunjukkan wujudnya budaya cantas-mencantas oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan kehadiran Datuk Dzulkifli Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.

Bagi DPP Malaysia, konflik dalaman di peringkat dalaman Felda adalah sesuatu yang tidak menguntungkan Felda, khususnya bagi peneroka dan generasi anak-anak Felda. Sepatutnya kes ini diselesaikan secara baik dan berhikmah, bukannya secara politik. Mencutikan Datuk Dzulkifli Wahab dari tugasnya akan mengeruhkan keadaan kerana mungkin ada pihak lain pula mengambil kesempatan pula ‘membalas dendam’ bagi pihak beliau.

Continue reading

UCAPAN ISU KAMPUNG BARU DI DEWAN NEGARA -TAHNIAH SENATOR MUMTAZ

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada YB Senator Mumtaz Md Nawi kerana berani menyuarakan pandangan rakyat mengenai isu Kampung Baru di Dewan Negara pada 7 Disember 2011. Bagi DPPK Titiwangsa dan rakyat khususnya penduduk Kampung Baru, Keberanian YB Senator Mumtaz mengutarakan isu Kampung Baru menunjukkan keprihatinan kepemimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terhadap isu yang amat dekat di hati rakyat itu.

Bagi mereka yang mendengar atau membaca ucapan beliau di Dewan Negara tempohari, sudah pasti merasa kagum kerana setiap bait fakta yang dikemukakan amat tepat, terperinci, mendalam serta relevan. Ucapan YB Mumtaz juga mengungkit kembali nostalgia almarhumah YB Dr Lo’Lo’ yang selama hayatnya amat gigih memperjuangkan isu ini. Keberanian dan kehebatan seorang wanita yang bangun menyatakan kebenaran memperjuangkan isu Kampung Baru tentunya amat membanggakan golongan wanita seluruh negara khususnya pemilik Kampung Baru.

Meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru telah diluluskan di Parlimen dan Dewan Negara, ianya menjadi saksi dan sejarah yang tertulis bahawa yang benar-benar memperjuangkan isu rakyat khususnya nasib orang Melayu di Parlimen dan Dewan Negara adalah wakil rakyat daripada PAS dan Pakatan Rakyat. Sementara wakil rakyat daripada Umno Barisan Nasional yang dianggap kononnya juara Melayu hanya menonton, bahkan menyokong usul ini diluluskan di kedua-dua dewan tersebut. DPPK Titiwangsa juga merasa kesal kerana pemimpin UMNO-BN tidak menghiraukan sedikitpun rayuan dan tuntutan daripada pemilik tanah Kampung Baru yang mahu RUU ini dibatalkan ataupun ditangguhkan dahulu sebelum perbincangan dibuat.

Continue reading

BELIA ‘SUPERHERO’ : MEREALISASIKAN TRANFORMASI NAJIB

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) sependapat dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa merealisasikan program ‘tranformasi’ negara sebagai satu realiti.

Bagi DPP Malaysia, belia adalah kuasa perubah bagi sesebuah negara. Ditangan merekalah bergantungnya harapan rakyat Malaysia untuk mengubah hidup masyarakat. Mereka adalah penentu kejayaan atau kegagalan perubahan yang diimpikan rakyat selama ini.

Transformasi, seperti yang diistilahkan oleh Najib seakan-akan satu perubahan total terhadap sistem dan dasar di negara ini ke arah yang lebih positif. Dengan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah, mengurangkan kadar jenayah, mengurangkan kadar rasuah, menambahbaik pengangkutan awam, mempertingkat pencapaian pelajar, meningkatkan infrastruktur asas luar bandar dan bandar serta mempertingkat pengangkutan awam bandar ia seperti menukar dari pentadbiran lemah kepada pentadbiran yang lebih baik.

Continue reading

APABILA ‘JUARA DEBAT’ TIBA-TIBA TAKUT BERDEBAT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berani dan konsisten mengajak YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar berdebat dengan beliau mengenai isu penyelewengan Projek Nasional Feedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam hal ini, DPPWP merasa agak terkejut kerana YB Khairy Jamaluddin menolak pelawaan debat dengan Rafizi saat akhir. Biasanya, beliau jarang menolak pelawaan debat dan di mana-mana pentas perdebatan yang dianjurkan beliau akan hadir. Beliau pernah berdebat dengan YB Datuk Paduka Husam Musa di Kelantan beberapa tahun lalu, beliau juga pernah mencabar Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk berdebat dengannya mengenai isu sejarah kemerdekaan negara. Malah beliau tanpa rasa segan silu pernah mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim  berdebat dengannya suatu ketika dahulu.

Namun begitu, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan mempelawa YB Khairy Jamaluddin berdebat dengannya mengenai isu sejarah kemerdekaan bagi menggantikan Mohamad Sabu beberapa bulan yang lepas tiada respons diberikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu. Dalam isu NFC pula, YB Khairy Jamaluddin di antara individu yang kuat mempertahankan pemimpin yang dikaitkan dengan isu tersebut. Namun setelah pelawaan debat dibuat oleh Rafizi Ramli dan segala persiapan majlis diaturkan, debat tersebut tidak dapat dilangsungkan kerana pelbagai alasan yang diberikan. Malah Rafizi Ramli sanggup pula mencabar YB Khairy Jamaluddin untuk berpentas dengan beliau di kubu kuat UMNO iaitu di PWTC.

Continue reading