LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH!

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil insiatif yang baik bagi meringankan beban rakyat di negeri itu dengan melupuskan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu. Kes-kes tersebut meliputi kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.

DPP Malaysia berpandangan inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah membuktikan bahawa mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu. Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata.

Umum mengetahui bahawa pendidikan adalah keperluan hidup yang mesti ditunaikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya. Dengan pelajaran akan terbela kehidupan rakyat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat daripada belenggu kemiskinan. Pelajaran melahirkan masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, disamping membina masyarakat dan negara yang maju dan berdaya saing. Insentif pelajaran daripada kerajaan kepada rakyat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan rakyat dan negara.

Continue reading