AMERIKA DAN ISRAEL MAHUKAN PERUBAHAN ATAU TAKUT PERUBAHAN DI MALAYSIA?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam ‘sindrom ketakutan’ sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia.

DPPM hairan bagaimana Tun Dr Mahathir boleh mengaitkan perubahan yang dimahukan rakyat dengan kemahuan Amerika Syarikat dan Israel. Persoalannya, apakah setiap perubahan yang berlaku di negara di dunia ini adalah kerana percaturan Amerika Syarikat atau Israel? Bagaimana sekiranya negara-negara di dunia ini terus kekal diperintah oleh kerajaan rejim selama berpuluh tahun sebenarnya kerana keinginan Amerika Syarikat atau Israel bagi menjaga kepentingan mereka.

DPPM melihat ucapan Tun Dr Mahathir seperti menghina rakyat Malaysia. Beliau sepatutnya belajar mengormati rakyat di negara ini. Untuk pengetahuan Dr Mahathir, rakyat Malaysia bukan bodoh untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan Israel. Rakyat Malaysia sudah matang dan bijak berpolitik. Mereka mahukan perubahan bukan kerana desakan Amerika Syarikat atau Israel, sebaliknya disebabkan rasa muak dan jelak terhadap pemerintahan UMNO-BN yang korup. Rakyat sebenarnya benci melihat gelagat pemimpin UMNO-BN yang rakus dalam membaham harta rakyat dan negara. Sudah 54 tahun negara ini merdeka namun negara ini semakin teruk dan punah dengan penyalahgunaan kuasa.

Continue reading

SEMAKIN BANYAK RAHSIA DR MAHATHIR TERBONGKAR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir menutup mulut dari membuat sebarang penafian berhubung kritikan yang dilontarkan terhadap beliau ketika zaman pemerintahannya. Ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah bahawa pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman. Tun Dzaiddin Abdullah juga menyatakan bahawa mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi DPPM, kenyataan Tun Dzaiddin Abbullah merupakan suatu dakwaan yang amat serius. Sebagai seorang Bekas Ketua Hakim Negara, tentulah beliau bercakap dari sudut pengalaman beliau selama berkhidmat dalam kerajaan. Lebih lagi beliau seorang yang berpengaruh, maka pastilah kenyataan Tun Dzaiddin amat berasas dan boleh diterima.

DPPM meminta kerajaan membersihkan nama dengan penjelasan bahawa mahkamah di negara ini bebas dari sebarang pengaruh politik. Bagi DPPM, kenyataan Tun Dzaiddin boleh menjejaskan reputasi badan kehakiman negara di mata dunia. Masyarakat dunia akan menganggap institusi kehakiman negara masih terkongkong dan tidak bebas sepenuhnya. Kenyataan beliau membenarkan lagi telahan ramai bahawa mahkamah di Malaysia masih lagi terbelenggu di bawah kuasa politik.

Continue reading

TIADA KOMPROMI DALAM ISU NEGARA HARAM ISRAEL!

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong penuh pendirian yang dibuat oleh majlis Syura Ulama PAS yang meminta menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu. DPPM melihat, pendirian yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama PAS ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam, bukan sahaja di negara ini malah dari seluruh pelusuk dunia. Pendirian Majlis Syura Ulama yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS membuktikan bahawa PAS tidak sekali-kali menggadai prinsip perjuangannya serta sanggup mengenepikan sentimen politik demi mencari keredhaan Allahh SWT.

Pendirian ini menunjukkan PAS bersama gerakan Islam seluruh dunia bertegas tidak akan mengiktiraf mengiktiraf negara haram Israel. PAS tidak pernah berkompromi dengan mana-mana individu atau organisasi dalam isu Palestin. Negara haram Israel diwujudkan secara zalim dengan merampas hak rakyat Palestin, sehingga berpuluh tahun rakyat Palestin hidup menderita, dibunuh, diseksa, dipenjara dan diusir dari tanah tumpah mereka. Penyelesaian dua negara yang dicadangkan oleh sesetengah pihak sebenarnya tidak pernah dipersetujui kerana ia sama sekali menindas rakyat Palestin.

DPPM mengingatkan betapa bangsa Yahudi Israel adalah suatu bangsa yang zalim dan tidak akan tunduk dengan keamanan sehingga orang Islam semuanya berkiblatkan mereka. Allah SWt berfirman di dalam Al Qur’an Surah Al Baqarah pada ayat 120 yang bermaksud:-

Continue reading