KEPUTUSAN BADMINTON KELAYAKAN PIALA THOMAS 17 FEBRUARI 2012
Arkib Harian: Februari 17, 2012
Yayasan Taqwa Perlu Beri Jawapan Jelas
KUALA LUMPUR, 17 Feb : Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini, mendesak agar Yayasan Taqwa menjawab beberapa persoalan tentang isu zakat yang disifatkan sebagai tidak jelas serta tidak berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh Pihak Yayasan Taqwa bertarikh 14 Februari 2012 berkaitan pemberian peruntukan kepada Yayasan Taqwa (YT) sebanyak RM 4 Juta pada 12 November 2011 sedangkan permintaan dari (YT) hanya RM 1 Juta sahaja iaitu pada 17 September 2011.
Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad (gambar)berkata, Kami tak dapat terima. Ia telah mengesahkan wujud eleman konflik kepentingan dan pelanggaran konsep urus-tadbir yang baik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir di atas kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Taqwa dan pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai entiti yang meluluskan permohonan.
“Hal ini membuktikan MAIWP dan Yayasan Taqwa semakin terperangkap dengan persoalan-persoalan seperti mengapa sehingga RM 23 Juta di berikan kepada Amil, dimana bukti RM 800, 000 yang tidak dinyatakan dalam Laporan Maiwp di bawa ke tahun 2011 dan dimana hasil audit dalaman Yayasan Taqwa,” katanya pada sidang media.
Isu Zakat : Pemuda PAS Tolak Jawapan Yayasan Taqwa
Keputusan Liga Eropah 2012
Pejabat JK Bertindak Kg Baru akan dibuka
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pejabat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung Baru (JKBPKG) akan dibuka secara rasmi beberapa hari lagi bagi memudahkan penduduk berurusan di situ.
Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) berkata, ruang pejabat sudah lengkap cuma perlu melakukan beberapa kemasan terakhir.
Pejabat yang bersifat “one stop center” akan dikendalikan oleh wakil SPKB, Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS) dan anggota Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).
“Penduduk boleh datang ke pejabat ini yang akan dibuka setiap hari untuk sebarang urusan contohnya ingin mengetahui pelan pembangunan yang ditawarkan PKNS.
“Kita juga menyediakan khidmat guaman melibatkan undang-undang tanah, harta pusaka, akta MAS ,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
JKBPKG ditubuhkan sebagai usaha mengelakkan penduduk Kampung Baru daripada menjadi mangsa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan Dewan Negara, Disember lalu.

