KUALA LUMPUR, 17 Feb : Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini, mendesak agar Yayasan Taqwa menjawab beberapa persoalan tentang isu zakat yang disifatkan sebagai tidak jelas serta tidak berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh Pihak Yayasan Taqwa bertarikh 14 Februari 2012 berkaitan pemberian peruntukan kepada Yayasan Taqwa (YT) sebanyak RM 4 Juta pada 12 November 2011 sedangkan permintaan dari (YT) hanya RM 1 Juta sahaja iaitu pada 17 September 2011.
Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad (gambar)berkata, Kami tak dapat terima. Ia telah mengesahkan wujud eleman konflik kepentingan dan pelanggaran konsep urus-tadbir yang baik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir di atas kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Taqwa dan pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai entiti yang meluluskan permohonan.
“Hal ini membuktikan MAIWP dan Yayasan Taqwa semakin terperangkap dengan persoalan-persoalan seperti mengapa sehingga RM 23 Juta di berikan kepada Amil, dimana bukti RM 800, 000 yang tidak dinyatakan dalam Laporan Maiwp di bawa ke tahun 2011 dan dimana hasil audit dalaman Yayasan Taqwa,” katanya pada sidang media.
Tambahnya lagi, Dewan Pemuda Pas Malaysia sengaja meletakan tarikh yang silap iaitu 12 November 2011 dan 17 September 2011 yang kedua-dunya pada hari sabtu. Hal ini sengaja di buat untuk mengumpan mereka supaya memberikan respon terhadap isu yang di kemukakan DPPM. Tarikh sebenarnya permohonan itu ialah pada 17 September 2010 dan JK Baitulmal meluluskan pada 12 November 2010.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata isu zakat sebenarnya isu yang mudah “ambil duit orang kaya, beri pada orang miskin”, ini adalah kewajipan agama.
Tambahnya lagi, Dewan Pemuda Pas Malaysia sengaja meletakan tarikh yang silap iaitu 12 November 2011 dan 17 September 2011 yang kedua-dunya pada hari sabtu. Hal ini sengaja di buat untuk mengumpan mereka supaya memberikan respon terhadap isu yang di kemukakan DPPM. Tarikh sebenarnya permohonan itu ialah pada 17 September 2010 dan JK Baitulmal meluluskan pada 12 November 2010.– Apa ke bodoh tindakan?Apa kaitannya ? Nak perangkap ape?Ngaku jela korang ni tersilap..buat tuduhan fitnah melulu takde fakta..fikirla kesan pada agensi Islam..ingatlah ko ngaku ko parti Islam so berperangailah macam ko cakap..