Bakar al-Quran: Ratusan berdemo di kedutaan AS


KUALA LUMPUR, 24 Feb – Hampir 300 orang menyertai demontrasi di ibu negara selepas solat Jumaat bagi mengecam tindakan tentera Amerika yang membakar al-Quran di Afghanistan baru-baru ini.

Kumpulan itu membanjiri Masjid Tabung Haji untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

Dipimpin Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar sebelum ini daripada ini.

Memorandum bantahan mereka cuba disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 2.40 petang tadi namun bagaimanapun Nasrudin mendakwa duta negara itu di sini enggan menerima memorandum tersebut.

Selain itu, kumpulan mahasiswa juga turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan bersama menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut.

Berikut kronologi perhimpunan tersebut:
2.00pm Demonstrasi anti-Amerika bermula di Masjid Tabung Haji dengan ucapan pidato daripada pimpinan-pimpinan Pas. Diketuai Ketua Pemuda Pas Malaysia Ustaz Nasrudin, ratusan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-amerika.
Slogan anti-amerika seperti “hancur amerika” dan “Khaibar ya Yahud” (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan serta beberapa kain rentang dan poster yang tertulis “Respect our Quran” (hormati al-Quran kami) dan “Damn You US Army (Jahanam kamu Tentera AS).
2.40pm: Memorandum cuba diserahkan kepada wakil kedutaan Amerika sebelum jam 3 petang tadi , oleh tiga wakil yang di benarkan untuk masuk, iaitu Ketua Penerangan Pas Malaysia Ustaz Riduan, Ketua Pemuda Pas Wilayah Ustaz Kamarulzaman dan Ketua Pemuda Pas  Malaysia Ustaz Nasrudin.
3.00pm Ketua Pemuda Pas Wilayah Ustaz Kamarulzaman, berucap di hadapan ratusan rakyat Malaysia setelah cubaan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Dalam ucapannya Kamarulzaman berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kebiadapan amerika.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengecam tindakan membakar Al Quran, tanpa tolak ansur.

Sementara itu, dalam memorandum yang diserahkan, Nasrudin berkata Pemuda PAS kesal dengan kerajaan Amerika Syarikat yang tidak mengambil tindakan atau inisiatif untuk menghalang kejadian ini berterusan.

“Dewan Pemuda PAS melihat Presiden Obama tidak serius dalam memulihkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Amerika Syarikat khususnya dan dunia amnya,” memorandum itu dipetik.

Dalam memorandum itu, Nasrudin juga mengingatkan kepada Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan sekiranya tindakan tentera Amerika itu tidak dibendung, maka satu lagi ‘perang kecil’ akan berlaku.

3.30pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s