HAPUS PTPTN : KERAJAAN BN GAGAL MEMBERIKAN HARAPAN KEPADA RAKYAT
4April 2, 2012 oleh pemudawilayah
PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menganggap kerajaan UMNO-BN telah gagal menyaingi Pakatan Rakyat apabila gagal menghapuskan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang membelenggu pelajar dan anak muda berbanding dengan tawaran Pakatan Rakyat untuk menghapuskannya sebaik sahaja memerintah Putrajaya kelak.
Bahkan, pemimpin BN juga menganggap jika PTPTN dihapuskan ianya akan membebankan kerajaan. Kenyataan ini menunjukkan betapa lemahnya kerajaan dalam menjaga kebajikan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kerajaan BN selama ini telah gagal mencari formula bagaimana pendidikan percuma peringkat tertinggi boleh ditawarkan kepada rakyat. Mereka tidak terfikir bahawa menghapuskan PTPTN tidak akan menjadikan negara bangkrap.
Sedangkan Pakatan Rakyat secara jelas memberi jaminan untuk menghapuskan PTPTN sekiranya berkuasa di Putrajaya kelak, suatu kenyataan yang amat ditunggu-tunggu oleh anak muda sekarang. Sudah tentu Pakatan rakyat tidak berjanji kosong dengan janji dan jaminan ini. Sepertimana janji Pakatan Rakyat di Selangor untuk memberikan air 20meter padu secara percuma, janji itu tertunai tanpa sedikitpun kerajaan Selangor menjadi bangkrap. Selain itu, banyak lagi janji Pakatan Rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Jom Shopping, Skim Rumah Pertamaku dan lain-lain lagi berjaya dilaksanakan satu demi satu.
PR juga berjanji supaya tol dihapuskan, suatu jaminan yang pasti akan melegakan rakyat terbanyak. Bagi BN, ia adalah mustahil kerana boleh menjejaskan periuk nasi segelintir elit korporat mereka yang berkepentingan. Bagi Pakatan Rakyat, ianya tidak sukar jika memandang kepada kepentingan dan keperluan rakyat yang lebih utama. Hakikatnya BN terpaksa menjilat ludah mereka sendiri apabila menghapuskan sebahagian kadar tol di lebuhraya Cheras-Kajang. Ini menandakan isu menghapuskan tol di lebuhraya bukan sesuatu yang mustahil, tetapi kerajaan mampu sekiranya mereka mahu memikirkan maslahat rakyat.
Justeru, PAS WP menganggap jaminan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN akan memberikan harapan baru kepada anak-anak muda setelah sekian lama mereka terjerat dengan masalah hutang pelajaran. Sejumlah sejuta pengundi muda yang ada Wilayah Persekutuan yang sebahagiannya adalah peminjam PTPTN, tidak sabar melakar perubahan dalam PRU ke 13 kerana setelah 54 tahun BN memerintah gagal menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan













Senang je nak percuma semua ye..ingat duit datang dari langit ke? Pakatan Rakyat tiada ada apa 2 pun cadangan macamana nak mendapatkan hasil negara,, yang tahu hanyalah nak berbelanja sahaja, kalau dapat kat hampa mau bankrap Malaysia ni,
WP kekal kubu kuat PR ke ? kubu kuat DAP, haha nak tumpang semangkuk, PRU13 nanti yang DAP punya tetap DAP yang lain akan dapat pada BN kembali, hampa jangan angan2 le lagi, mimpi siang hari…..
ASYIK DOK CERITA NAK HAPUS TU HAPUS NI ..KALAU BETUL PAKATAN TU OK ..CUBA CERITA PULAK BAGAIMANA NAK TAMBAH HASIL NEGARA..ni asyik p luar negara buruk negara sendiri….yang hangpa dok ikut anwar apa tau ka sapa anwar..dia adalah tali barut yahudi…guna rakyat malaysia utk menunaikan janji anwar dgn yahudi …..pooooooooooooooorah pakatan
PAS DAN PKR hanyalah kuda tunggangan…….DAP lah tuannya…fikir2 kan