SYABAS BERSIH

Tinggalkan komen

Julai 24, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa BERSIH kerana telah berjaya membuktikan bahawa BERSIH merupakan sebuah pertubuhan yang sah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram. Bagi DPPWP, ini merupakan salah suatu kejayaan besar rakyat Malaysia dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini sekaligus membuktikan bahawa perjuangan BERSIH adalah sah di sisi undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein seharusnya meminta maaf secara terbuka kepada jawatankuasa BERSIH dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan yang haram. Pelbagai sekatan, ugutan dan fitnah telah dilemparkan hanya disebabkan kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut.

Namun kebenaran akhirnya terserlah jua pada bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Bagi DPPWP, inilah hasil perjuangan rakyat Malaysia selama ini. Pukulan, bom asap dan tembakan air tidak mampu menahan ledakan suara dan hasrat rakyat Malaysia yang inginkan perubahan dalam sistem pilihanraya Malaysia. Himpunan BERSIH yang kian diadakan kian ramai dan disertai pelbagai kaum telah membuktikannya.

Maka, ini adalah kejayaan langkah pertama bagi BERSIH. Semoga dengan pengisytiharan ini menjadi pemangkin kepada seluruh jawatankuasa BERSIH dan rakyat Malaysia dalam konsisten menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Syabas BERSIH!

YUSAPIZA YA’COB

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS WP

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Julai 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF