Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Seperti yang kita sedia maklum, Perhimpunan Aman Gergasi BERSIH 3.0 telah berlalu hampir seminggu. Kita juga sedia maklum akan apa yang telah berlaku semasa perhimpunan tersebut terutamanya pada saat-saat akhir sebelum para peserta bersurai di mana berlaku pelbagai insiden termasuklah penguatkuasaan yang agak melampaui batas oleh pihak Polis terutamanya terhadap para peserta demonstrasi dan juga warga media.
Dewan Pemuda PAS Batu di sini tidaklah mahu mengulas lebih lanjut mengenai perihal kekacauan yang berlaku dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menjuarai isu tersebut. Cuma, kami ingin menyatakan juga kekesalan kami tentang betapa kekacauan dan keganasan yang berlaku itu sedikit sebanyak telah menenggelamkan hakikat betapa perhimpunan itu telah berlangsung dengan aman dan tenteram serta terkawal selama 13 jam, bermula sejak malam Sabtu sebelum BERSIH. Lebih malang, perisitiwa yang berlaku itu juga menenggelamkan maqasid sebenar himpunan BERSIH 3.0 ini diadakan, iaitu untuk melahirkan unjuk rasa agar 8 tuntutan penambahbaikan sistem pilihanraya oleh SPR dipenuhi dan dilaksanakan.






KUALA LUMPUR: Jika pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno, tentu mereka juga tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak dalam konspirasi mengkhianati negara.
KUALA LUMPUR, 26 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama untuk memberi hak demokrasi kepada rakyat untuk berkumpul di Dataran Merdeka.





perhatikan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W mengenai kepelbagaian fitnah yang bakal terjadi di akhir zaman, maka kita akan merasa sangat khuatir, sebab matannya menggambarkan keadaan yang sangat menakutkan. Apatah lagi jika hadis-hadis tersebut kita kaitkan dengan situasi dan gambaran dunia moden sekarang ini, maka kekhuatiran tersebut semakin menjadi-jadi. Mengapa? Kerana sudah terlalu banyak hadis mengenai fitnah-fitnah di akhir zaman yang memperlihatkankan secara tepat situasi dan kondisi dunia moden saat kita berada ini.
