Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina

1

Oleh Ann Wan Seng, Setiausaha Kehormat MACMA

1. PENGENALAN

Masyarakat Cina membentuk lebih kurang 30 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Mereka bukan sahaja menguasai bidang ekonomi tetapi juga memainkan pernan yang penting di dalam politik dan pemerintahan negara. Kebanyakan daripada orang Cina tinggal di kawasan bandar dan membentuk komunitinya yang tersendiri sehingga terbentuk penempatan yang dikenali sebagai ?China Town? dan ?kampung baru?. Kedudukannya ini membolehkan mereka hidup berdikari dan mampu membentuk jaringan perniagaannya sendiri. Namun begitu, masyarakat Cina bukan merupakan satu masyarakat yang tertutup. Kalau dibandingkan dengan masyarakat yang lain, orang Cina adalah bersikap fleksibel, mudah menyesuaikan diri dan menerima perubahan yang berlaku. Sebab itulah, orang Cina boleh tinggal di mana-mana kerana keupayaannya mengadaptasikan dirinya dengan keadaan persekitarannya. Ini memberikan kita suatu petunjuk betapa orang Cina memiliki kesedaran politik dan sosial yang tinggi. Cuma dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan budaya dan bahasa mereka agak bersikap defensif.

2. SENARIO DAKWAH DI KALANGAN ORANG CINA

Orang Cina merupakan golongan yang paling ramai memeluk Islam di Malaysia berbanding dengan kelompok etnik yang lain. Kenyataan ini berdasarkan kepada jumlah pengIslaman yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PERKIM, MACMA dan Persatuan Darul Fitrah. Kuantiti orang Cina yang memeluk Islam didapati semakin meningkat daripada semasa ke semasa. Begitu juga daripada segi kualiti orang Cina yang memeluk Islam juga menunjukkan suatu tendensi yang amat positif. Kalau dahulu, orang Cina yang memeluk Islam terdiri daripada golongan kelas bawahan tetapi kini ramai yang datang daripada lapangan pekerjaan profesional dan menduduki strata sosial kelas pertengahan.

Walaupun faktor perkahwinan masih menjadi alasan utama seseorang memeluk Islam tetapi kefahaman dan penyebaran meluas informasi mengenai Islam menjadi di antara faktor yang turut mendorong orang Cina memilih Islam sebagai agama anutannya. Usaha-usaha terancang yang dilakukan oleh pihak barat untuk memburuk-burukkan Islam tidak memberikan banyak kesan terhadap proses dakwah di kalangan orang Cina. Sebaliknya ia menjadi satu rangsangan untuk mereka mendapatkan maklumat mengenai Islam daripada pelbagai sumber yang lebih berautoriti.

Orang Cina merupakan golongan masyarakat yang kritikal. Mereka sering membuat penilaian dan perbandingan sebelum membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, usaha-usaha untuk membetulkan persepsi masyarakat Cina harus dilakukan secara konsisten bagi menyakinkan mereka bahawa Islam tidak pernah cuba menghakis hak dan menghilangkan identiti mereka. Agama Islam adalah milik setiap manusia dan ia tidak terbatas kepada orang-orang Melayu dan Arab sahaja. Untuk menarik orang Cina kepada Islam memerlukan kesungguhan politik di samping gerak kerja dakwah yang tersusun dan menepati kehendak sasarannya. Bagi merancakkansenario pengIslaman dan kegiatan dakwah di kalangan orang Cina, halangan bahasa dan budaya harus diatasi dengan umat Islam berusaha memahami dan mengenali kelompok etnik itu dengan lebih dekat. Apa yang lebih penting lagi umat Islam harus berusaha melihat daripada perpestif orang Cina supaya usaha dakwah yang dijalankan dapat disesuaikan denagn selera mereka tanpa mengorbankan prinsip asas yang terhapat dalam ajaran Islam.

3. CABARAN DAKWAH KEPADA ORANG CINA

Orang Cina sentiasa menganggap kebudayaannya lebih tinggi daripada kebudayaan bangsa yang lain. Justeru itu, tidak mudah untuk mereka menerima budaya masyarakat lain. Dalam hal ini, umat Islam perlu memajukan diri dan menunjukkan kemampuan yang tinggi di dalam kehidupan untuk menyakinkan orang perlu majudaripada segi ekonomi, pendidikan, sosial dan politik untuk menarik perhatian dan minat orang Cina kepada Islam. Dalam konteks di Malaysia, orang Melayu menjadi rujukan kepada agama Islam. Sekiranya orang Melayu sendiri tidak yakin dan tidak beramal dengan Islam, bagaimana kita hendak mengharapkan orang Cina untuk menerima. Orang Melayu seharusnya berada di saf yang paling hadapan dengan membawa pendekatan dakwah yang progresif. Mereka perlu menghapuskan prasangka berdasarkan ras dan etnik sebagai satu saluran untuk merapatkan jurang dengan orang Cina.

Usaha dakwah kepada orang Cina tidak mungkin akan berkesan kalau politik perkauman dan sentimen chauvanistik terus menjadi ideologi dan matlamat perjuangan. Islam harus disampaikan secara global dengan mengambil kira nilai-nilai yang wujud dalam masyarakat lain. Islam tidak pernah mengenakan sekatan yang keterlaluan sehingga menyebabkan orang merasa sukar untuk mendekatkan diri dengan para penganutnya. Umat Islam termasuk juga orang Melayu harus merapatkan diri mereka dengan orang Cina sama ada dalam bentuk yang formal atau tidak. Umat Islam harus bersikap terbuka kalau mereka hendak orang lain bersikap terbuka terhadap Islam. Sikap terbuka dan sederhana tidak sama dengan berfahaman liberal. Kedua-dua konotasi itu harus dibezakan supaya Islam tidak disamakan dengan fahaman-fahaman barat yang lain.

Orang Cina boleh menerima Islam kalau mereka dapat diyakinkan bahawa sosio-budaya, bahasa dan identiti keturunan meeka tidak hilang selepas mereka memeluk Islam. Soal akidah dan kepercayaan harus diletakkan pada kedudukan yang utama berbanding dengan hal yang remeh-temeh yang boleh membantutkan usaha-usaha dakwah seperti persoalan makan guna tangan dan penyepit, fesyen pakaian, bentuk masjid dan sebagainya. Dalam soal akidah, tidak ada kompromi dalam Islam. Tetapi dalam soal yang berkaitan dengan cara hidup wujud toleransi dalam Islam selagi mana ia tidak menjurus kepada keburukan, kejahatan, kemungkaran dan perkara-perkara yang negatif. Perasaan saling hormat menghormati perlu ada bagi memasti siratulrahim dan hubungan mesra antara kaum dapat diwujudkan. Ia menjadi kunci dan asas bagi merentasi segala cabaran yang merintangi perjalanan untuk menyampai dakwah kepada orang Cina khususnya dan masyarakat non muslim secara umumnya.

4.KESIMPULAN

Perbezaan bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan budaya bukan merupakan halangan berdakwah kepada orang Cina. Masalah yang paling besar ialah sikap umat Islam yang tidak lagi mahu berdakwah dan tidak memahami apa perlunya berdakwah. Kejayaan dakwah kepada orang Cina akan membuahkan banyak hasil yang positif kepada umat Islam. Selain ia dapat meramaikan umat Islam, dengan kemasukan orang Cina ke dalam Islam ia dapat memperkuatkan kedudukan ekonomi orang Islam yang nampaknya masih jauh ketinggalan. Kekuatan ekonomi, semangat ukhwah dan persaudaraan Islam sejati akan membentuk satu kuasa yang maha hebat bagi memastikan proses perkembangan Islam terus mendapat momentumnya untuk menjadi alternatif dan solusi kepada segala permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia sejagat tidak kira di mana sahaja mereka berada.

One thought on “Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina

  1. adeq berkata:

    salam good.dakwah yang menyeluruh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 98 other followers

November 2014
I S R K J S A
« Okt    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 98 other followers

%d bloggers like this: