Merealisasikan Agenda Mendaulatkan Islam Dalam Masyarakat Majmuk

2

Oleh Hj. Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif

1. Pendahuluan: Sekiranya perkataan ‘agenda’ bermakna satu senarai program yang ingin dilaksanakan dan perkataan ‘daulat’ dimaksudkan dengan mengamal atau mempunyai asas perundangan atau kuasa yang tertinggi (exercising or possessing supreme jurisdiction or power), maka agenda mendaulatkan Islam di Malaysia masih bersifat problematik. Peruntukan-peruntukan Perlembagaan mengenai Islam, tidak memungkinkan Islam didaulatkan kerana Islam telah dan akan disubsume dibawah kerangka Perlembagaan yang secara hakikinya bersifat sekular. Ini dirumitkan lagi dengan pentafsiran masyarakat majmuk yang secara intrinsiknya berkecenderungan untuk berkonflik sekaligus melahirkan ketidakstabilan politik. Dalam konteks inilah Islam dikompromikan dan sekaligus Islam memiliki status diperintah bukan yang memerintah.

2. Kolonialisme dan Islam: Sebenarnya kuasa kolonialisme, terutamanya Inggeris telah meminggirkan peranan Islam dengan pengenalan Piagam Keadilan (Charter of Justice)dan seterusnya Sistem Residen. Sejarah telah membuktikan bahawa sebelum kedatangan Inggeris Islam telah didaulatkan terutamanya di negeri-negeri seperti Melaka, Terengganu, Kelantan dan Johor. Dipengaruhi oleh pemikiran Kristian yang menekankan pemisahan antara agama dan negara(politik) dan agama adalah sebahgian dari budaya, maka hal-hal yang berkaitan dengan agama (Islam) dan budaya Melayu diserahkan kepada Raja-raja Melayu. Secara institusinya ini dijelmakan dalam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Struktur pentadbiran moden Islam yang dicipta oleh Inggeris inilah dipanjangkan kepada Perlembagaan Malaya/Malaysia yang merdeka. Sebenarnya Islam masih tidak merdeka.

3. Kolonialisme dan Masyarakat Majmuk: Pihak kolonial sebenarnya telah ‘mencipta’ atau mengkonstruk masyarakat majmuk dan melihatnya sebagai sesuatu yang sedia ada (as given). Mengikut Furnivall (1956), masyarakat majmuk adalah masyarakat yang secara hakikinya berkecenderungan untuk berkonflik dan melahirkan ketidakstabilan politik. Ini kerana masyarakat yang terdiri dari pelbagai ras mempunyai pelbagai budaya dan agama; maka untuk menstabilkan masyarakat ini satu kuasa dari luar adalah perlu bagi mengurus ketidakstabilan ini dan kuasa luar tersebut dikenali sebagai kolonialisme. Dalam konteks ini kuasa kolonial adalah sebenarnya penyelamat kepada masyarakat majmuk. Urutan dari logik intelek ini ialah terbentuknya dasar ‘pecah dan perintah’ dan dari sudut dasar ekonomi wujudnya apa yang boleh dilabel sebagai pengkhususan ekonomi berdasarkan etnisiti (economic specialization on the basis of ethnicity). Apa yang terhasil dari masyarakat majmuk yang dikonstruksikan oleh pihak penjajah dan dasar-dasar yang mengiringinya ialah betapa rapuhnya integrasi kaum. Ia juga meminimakan sumbangan Islam yang menekankan aspek universalisme yang bercanggahan dengan aspek particularisme (kaum).

4. Kemerdekaan dan Politik Malaysia Moden: Kemerdekaan hanya merupakan penerusan kepada dasar-dasar yang telah digubal oleh pihak kolonial; tidak ada perubahan struktural yang radikal (old wine in new bottles). Penubuhan parti-parti politik masih berasaskan kaum; terbinanya politik pemuafakatan (consociational politics) dalam bentuk Perikatan dan akhirnya Barisan Nasional adalah pada hakikatnya untuk memenuhi tuntutan masyarakat majmuk yang secara hakikinya tidak stabil sebagaimana yang dikonsepsikan oleh bekas penjajah. Disebabkan kekangan yang dibina ini maka UMNO (komponen Islam yang paling dominan dalam pakatan BN) gagal untuk melihat bahawa kepelbagain ras adalah sebenarnya mencerminkan kebesaran Allah dan sekaligus masyarakat majmuk merupakan tanah yang paling berbaja bagi menanam benih Islam, bukan sebagai penghalang kepada pelaksanaannya. Sekiranya UMNO coba untuk mempromosikan Islam, ia nampak tempang kerana usaha itu digerakkan dalam kerangka kaum.

5. Cadangan Penambahbaikan Agenda Mendaulatkan Islam: a) Jangka Panjang: Mentafsirkan Peruntukan 3(1) Perlembagaan agar membawa maksud bahawa Islam adalah agama rasmi bukan cuma agama persekutuan. Ini juga memerlukan pemansuhan Perkara 4(1) Perlembagaan; b) Jangka Sederhana: Penubuhan satu Jawatankuasa Islam dan Masyarakat Majmuk di peringkat Kabinet. Ini memberi peluang kepada Perdana Menteri memberi penjelasan kepada Menteri bukan Islam tentang kebaikan program-program Islam yang dilaksanakan dan program-program ini tidak bercanggah dengan kewujudan masyarakat majmuk itu sendiri; Program-program yang berkaitan dengan Islam sama ada ianya atas nama Islamisasi atau Islam Hadhari perlu dikemukakan secara resmi beserta peruntukan perbelanjaan yang berkaitan dalam Rancangan-rancangan Malaysia selama lima tahun. Ada sasaran-sasaran tertentu yang ingin dicapai. Ini lebih sistematis dan terbuka dan ini mengurangkan syak wasangka masyarakat bukan Islam terhadap program-program Islam yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan; mengurangkan prejudis dan salah faham antara ‘Islam resmi’ (kerajaan) dan ‘ Islam tidak resmi’ (bukan kerajaan).

Perlu ada sifat berlapang dada dan berjiwa besar untuk menerima kebaikan Islam dari mana-mana pihak sekali pun; Individu-individu yang mewakili NGO-NGO Islam seperti ABIM dan JIM perlu dilantik sebagai Penasihat, Ahli Lembaga Pengarah dan sebagainya di yayasan, institusi atau agensi kerajaan yang memiliki label Islam; memperkasa dan memodenkan SAR tanpa menghilangkan semangat dan matlamat asal penubuhannya; memperkasa sistem ekonomi Islam sebagai sistem ekonomi alternatif bukan sahaja di peringkat domestik malah ke peringkat antarabangsa. Secara khusus meningkatkan penggunaan Dinar Mas di peringkat antarabangsa supaya akhirnya ia menjadi medium pertukaran alternatif kepada US Dollar; Islam progresif sebagaimana yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempastikan tidak berlaku percanggahan antara ‘haq’ dan ‘bathil’, pastikan yang ‘haq’(atau maaruf) itu senantiasa meningkat(progresif) dan dalam masa yang sama yang ‘bathil’ (atau mungkar ) menurun(regresif); c) Jangka Pendek: Haramkan semua bentuk perjudian, terutamanya di premis dibawah seliaan kerajaan (PBT); Gubal Undang-undang Murtad berdasarkan kepada kehendak syariah yang sebenar. Ini dapat mematikan kontroversi yang tiada penghujung berhubung dengan Perkara 121 (1A).

6. Kesimpulan: Masyarakat majmuk adalah anugerah Allah; mendapat manfaat dari pelaksanaan syariat Islam tidak bermakna terpaksa memeluk agama Islam.

2 thoughts on “Merealisasikan Agenda Mendaulatkan Islam Dalam Masyarakat Majmuk

  1. wan berkata:

    salam………no komen

  2. razaliegh berkata:

    Cadangan Penambahbaikan Agenda Mendaulatkan Islam: a) Jangka Panjang: Mentafsirkan Peruntukan 3(1) Perlembagaan agar membawa maksud bahawa Islam adalah agama rasmi bukan cuma agama persekutuan.

    Tak perlu pinda prlembagaan, tukar je dengan prlembagaan Al Quran.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 96 other followers

Oktober 2014
I S R K J S A
« Okt    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 96 other followers

%d bloggers like this: