Pembangunan Sistem Sosio-Budaya Islam Dalam Kontek Masyarakat Malaysia

8

Susunan: Dr. Mohd.Arshad Hj. Taib, (Mantan Prof. Madya UiTM)

Maksud Sosio-Budaya Islam.

Maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.

Maksud sosio-budaya Islam: Amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT.

System Sosio-Budaya Islam.

Sistem sosio-budaya Islam, lebih bersifat petunjuk dan panduan mengenai soaio-budaya sesuatu masyarakat, berteraskan ajaran Islam. Ianya merangkumi:

(1) Matlamat Amalan Islam:

Semua amalan Islam bermatlamat:
Ø Mencari keredhaan Allah SWT.
Ø Menjadi “`ibadah” seseorang `abd kepada Allah SWT. dan penghayatan tanggungjawab kekhalifahannya (khilafah) di bumi

(2) Teras Pemerkasaan Amalan soaio-Budaya Islam:

Teras petunjuk dan panduan ajaran dan amalan Islam, ialah:
Ø Iman,
Ø Islam, dan
Ø Ihsan.[1]

(3) Bidang Sosio-Budaya :

Bidang sosio-budaya ialah semua aspek amalan hidup bersangkutan gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat, menyentuh bidang akhlak dalam pergaulan, kebudayaan dan kesenian, kesukanan, pendidikan, upecara dan sambutan serta perayaan, dan termasuk akhlak masyarakat dalam pengurusan, urusniaga dan penyiaran, pengurusan dan lain-lain.

(4) Prinsip Amalan Islam Dalam Sosio Budaya Islam:

Ø Hubungan akktiviti antara sesama insan sentiasa berpaksi dan berteraskan hubungan dengan Allah SWT. atau iman, Islam dan ihsan.

Ø Semua amalan budaya setiap individu, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan Islam perlu bersifat “`ibadah” kepada Allah, tiada bersifat sia-sia atau lagha atau yang berupa ma`siat atau berlawanan dengan ajaran Allah SWT.

Ø Amalan soaio-budaya Islam hendaklah tidak terkeluar dari matlamat melahirkan manusia sebagai `abd dan khalifah di bumi – seperti amalan-amalan lain.

Ø Amalan-amalan sosio budaya Islama sentiasa bersifat positif dan hadhari, menghayati tanggongjawab amalan “amar ma`ruf” dan “nahi munkar”, yang merupakan cirri “khaira ummah”.

Ø Hubungan dan perpaduan antara umat Islam merupakan asas perhubungan masyarakat hadhari di samping menjaga keharmunian perhubungan antara masyarakat berbeda agama.

Hukum Melaksana Amalan Sosio-Budaya Secara Islam:

(1) Amalan-amalan sosio-budaya yang diharuskan;

Seperti amalan ibadah khusus, amalan mengenai aktiviti sosio-budaya perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Asas hukum dalam perkara atau aktiviti penghidupan adalah harus, kecuali apa yang ditegah atau diharamkan oleh “nas” syarak (al-Qur’an dan al_Hadith).

Pada dasarnya, menurut hukum Islam, individu atau umat Islam boleh melakukan apa jua amalan sosio-budaya, berupa aktiviti penghidupaan atau penghayatan kebudayaan dan permainan atau sesuatu mengenainya, asal tidak berupa aktiviti yang diharamkan oleh agama atau aktiviti yang menyebab berlaku perkara haram atau aktiviti yang menyebabkan terabai kewajipan yang ditentukan oleh agama..

(2) Amalan-amalan yang ditegah dan diharamkan:

Seperti yang telah disebutkan, dalam perkara amalan dalam penghidupan, asal hukum bagi sesuatu amalan atau perkara adalah harus, kecuali yang dinaskan haram atau ditegah oleh “nas” (al-Qur’an dan al-Hadith). Maka apa yang dinaskan tegahan atau haram oleh “nas”, ianya hendaklah dijauhi dan dielakkan.

Contohnya: pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang ajnabiyy, pendedahan aurat, akhlak dan amalan yang bercanggah dengan agama dalam lakunan dan penontonan, dalam berbelanja dan urusniaga, dalam sokan, dalam pengurusan, dalam kebudayaan dan kesenian, dan lain-lain bidang adalah terlarang dan haram pada mana-mana yang dinaskan terlarang dan haram oleh “nas”.

Demikian juga perkara-perkara yang hampir sama keadaan atau “illah”nya dengan perkara yang ada tersebut di dalam “nas” atau perkara yang jelas membawa keburukan kepada diri atau harta atau agama atau akal atau akhlak seseorang atau masyarakat, walaupun tidak terdapat di dal;am “nas” syarak secara khusus.

Status Penghayatan Sosio-Budaya Dalam Masyarakat Malaysia.

Negara Malaysia adalah negara masyarakat Islam (atau disebut NegaraIslam), mengandongi kumpulan mejoriti penduduk dari kalangan umat Islam, iaitu lebih dari enam puluh peratus, di samping terdapat masyarakat bukan Islam lebih dari tiga puluh peratus di dalamnya, dari kalangan berbagai bangsa selain bangsa Melayu. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kedudukan yang istimewa Agama Islam, iaitu sebagai agama resmi di Malaysia.

Dalam masyarakat yang bersifat majmuk itu, amalan sosio-budaya meenurut ajaran Islam oleh masyarakat beragama Islam sewajarnya menjadi asas pengenalan mereka berbanding dengan umat lain. Pengenalan yang berasaskan agama antara masyarakat yang berbeza agama – seperti di Malaysia – memang diperaku oleh ajaran Islam.

Namun demikian, di Malaysia masa kini, dalam hal penghayatan nilai-nilai agama, termasuk aspek sosio-budaya, umat Islam banyak bertolak ansor dengan amalan-amalan sosio-budaya masyarakat bukan Islam dari merata-rata agama dan budaya. Ada ketika dan keadaan, terdapat sifat lahiriah orang Islam atau kumpulam orang Islam sama dengan orang bukan Islam dan tidak dapat dibezakan. Ada ketika amalan dan tindakan orang Islam sama dengan orang yang bukan Islam atau mereka yang tidak beragama, dan ada keadaan yang didapati keadaan sifat dan tindakan orang Islam lebih terok dari golongan lain.

Keadaan seperti itu, boleh di lihat dan dikesam dalam kebanyak bidang penghidupan dan kemasyarakatan; bidang kesenian, kesokanan, pengurusan dan pentadbiran, urusniaga, perayaan dan sambutan hari-hari raya dan hari-hari kebangsaan,

Contohnya:

Akhlak dalam sambutan dan acara perayaan: Akhlak anak-anak muda Islam berpakaian mendedah aurat, pergaulan dan percampuran bebas dalam acara sambutan tahun baru Masihi, sambutan kemerdekaan Malaysia pada tengahmalan setiap 31 Ogos, sambutan hari-hari raya Islam pengabaian amalan-amalan salat, pengabaian mengisi tuntutan azan dan pengisian masjid dan sebagainya.

Akhlak dalam amalan kebudayaan, kesenian dan kesokanan: Di mana masih terdapat bentok seni, budaya dan amalan masyarakat yang – secara mudah dilihat – berlawanan dengan ajaran agama seperti pergaulan bebas, pakaian mendedah aurat dan bentok badan, lakonan dan muzik yang keterlaluan, amalan mat rempit, black metal, penggunaan najis dadah dan seumpamanya.

Dalam penguruusan dan urusniaga: Di mana amalan menipu, kecoh, pertolongan yang sentiasa mengharapkan ganjaran dan rasuah dan sebagainya, di mana semua itu dihayati oleh orang Islam.

Faktor-Faktor Halangan Dan Ancaman Penghayatan Sosio-Budaya Islam.

Di antara ancaman yang menghalang usaha amalan nilai murni dan ajaran agama, ialah:

Ø Pengkagom barat dari berbagai kalangan yang menganggap sesuatu yang datang dari barat itu sebagai sumber inspirasi dan perlu dipertahan dan diterima sebagai tanda masyarakat Malaysia yang maju.[2]

Ø Golongan Al-Yahud dan Al-Nasara, seperti ditegaskan oleh Allah di dalam Al-Qur’an sentiasa tidak senang dengan umat Islam sehingga umat Islam menurut cara hidup mereka.[3]

Ø Amalan budaya yang berlawanan dengan Islam yang masih dan terus wujud dalam masyarakat Malaysia yang diperkembang subur oleh masyarakat Islam sendiri dan golongan lain.

Ø Membiar dan memberi kerjasama kepada wujud dan penerusan amalan al-fahsya’ dan munkar dalam negara dan tidak bertegas membenterasnya.[4]

Ø Tidak mengeluarkan zakat dan membantu golongan fakir.

Ø Tidak menunaikan janji (sebagai al-`ahd) dengan Allah SWT. dan RasulNya.

Ø Pemerintah tidak berhukum dengan kitab Allah atau ajaran Islam dengan sebebar-benarnya.

Cadangan Ke Arah Pembentokan Sistem Sosio-Budaya Islam Di Malaysia.

Asas-asas dan teras bagi pembinaan sistem Islam; ialah iman, islam dan ihsan. Ini termasok sistem sosio-budaya Islam dan lain-lain. Di antara langkah yang wajar dan perlu dilakukan menurut peringkat tindakan, seperti berikut:

(1) Peringkat Antara Bangsa:

Ø Negara-negara Islam OIC (Umat Islam sedunia) perlu dipermantapkan kesedaran dan minat mewujudkan ikatan perpaduan dan peringkat kepimpinan umat Islam sedunia, seperti dituntut agama. Malaysia boleh memainkan peranan aktiv dalam hal ini.

Ø Perlu sentiasa membincangkan masalah yang dialami oleh negara-negara Islam bagi membantu penyelesaiannya.

Ø Usaha setiap negara ke arah menghayati ajaran Islam secara meluas perlu sentiasaa wujud, supaya penghayatan nilai keislaman menjadi suasana bagi masyarakat dunia.

Ø Setiap negara Islam mempertingkatkan uasaha amalan “amar ma`ruf” dan “nahi munkar” dalam negara masing-masing bagi merialisasikan umat Islam sebagai “khairu ummah”.

Ø Memperkenalkan semula ajaran Islam sebagai al-din kepada masyarakat dunia.

(2) Peringkat kerajaan (Malaysia):

Ø Memperjelaskan pemikiran dan ajaran Islam sebagai al-din kepada rakyat, terutama golongan intelektual, supaya menjadi sukatan sepanjang tempoh pembelajaran.

Ø Umat Islam sendiri perlu mendapat pendedahan yang jelas dan meluas mengenai ajaran Islam dan mengamalnya dengan sebaik-baiknya,

Ø Menguatkuasakan undang-undang Islam, supaya mana-mana orang yang tidak takut kepada Allah, mereka akan takut kepada undang-undang yang dikuatkuasakan, maka masyarakat akan menerima kesan baik dari tindakan itu.

Ø Menguatkuasakan nilai-nilai dan amalan akhlak umat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti dalam pengurusan kerajaan / negara dilakukan.

Ø Mewujudkan Majlis Penasihat Syar`iyy atau seumpamanya di peringkat pusat dan negeri-negeri di Malaysia bagi membantu penguatkuasaan undang-undang syarak dan nilai-nilai agama dalam masyarakat.

(3) Peringkat NGO:

Ø Meningkatkan usaha memperkenal Islam sebagai al-din, dari segi pemikiran dan hukum hakam dan juga bina ilmu di kalangan mereka.

Ø Pertingkatkan usaha membina jama`ah Islam di kalangan belia dan golongan dewasa umat Islam, sebagai proses membina perpaduan di kalangan umat Islam.

Ø Pertingkatnya program “amar ma`ruf” dan “nahi munkar” dalam masyarakat.

(4) Peringkat Parti-Parti Polotik Islam:

Ø Menjadikan usaha menegakkan Islam dalam segala bidang penghidupan masyarakat dan negara sebagai agenda asas dalam perjuangan.

Ø Menjadikan usaha perpaduan orang Islam sebagai perka asa yang diambil kira dalam itihad politik parti.

(5) Peringkat Masyarakat:

Ø Umat Islam sendiri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah dengan amalan salat dan Al-Qur’an sebagai kalam Allah serta amalan ibadah khusus yang lain sebagai pengukuh iman atau hubungan manusia dengan Allah SWT.

Ø Umat Islam juga perlu melakukan salat-salat fardhu di masjid atau rumah Allah sebagai kesyukuran kepada Allah SWT. dengan beriltizam dengannya secara harian, dengan tujuan mengukuhkan hubungan manusia sesama manusia, berpaksikan falsafah tauhid Allah SWT. sebagai usaha menyatukan umat Islam melalui amalan ibadah di rumah Allah SWT. itu.[5]

Ø Segala aktiviti yang dilakukan atau ditinggalkan perlu berteraskan kepada ajaran dan petunjuk Agama.

Ø Sermua umat bebas menghayati nilai-nilai dan ajaran agama masing disamping taat kepada pemerintah negara umat Islam.[6]

ربنا عليك توكلنا وإليك انبنا وإليك المصير .

TAMAT

——————————————————————————–

Catatan Kaki:

[1] Sabda Rasul saw.:

و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُلَيَّةَ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِي حَيَّانَ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا بَارِزًا لِلنَّاسِ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْإِيمَانُ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكِتَابِهِ وَلِقَائِهِ وَرُسُلِهِ وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ الْآخِرِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْإِسْلَامُ قَالَ الْإِسْلَامُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ وَلَا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْإِحْسَانُ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنَّكَ إِنْ لَا تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ وَلَكِنْ سَأُحَدِّثُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا إِذَا وَلَدَتْ الْأَمَةُ رَبَّهَا فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا وَإِذَا كَانَتْ الْعُرَاةُ الْحُفَاةُ رُءُوسَ النَّاسِ فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا وَإِذَا تَطَاوَلَ رِعَاءُ الْبَهْمِ فِي الْبُنْيَانِ فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا فِي خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ تَلَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ قَالَ ثُمَّ أَدْبَرَ الرَّجُلُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُدُّوا عَلَيَّ الرَّجُلَ فَأَخَذُوا لِيَرُدُّوهُ فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا جِبْرِيلُ جَاءَ لِيُعَلِّمَ النَّاسَ دِينَهُمْ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّ فِي رِوَايَتِهِ إِذَا وَلَدَتْ الْأَمَةُ بَعْلَهَا يَعْنِي السَّرَارِيَّ . ( مسلم ، رقم : 10 ، س . د . ، الحرف )

[2] Islam juga melarang umatnya menyerupai sesuatu kaum. Dalam hadith Ibnu `Umar, Rasulullah saw. bersebda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ . ( سنن أبى دأود )

Dari Ibnu Umar, katanya: Sabda Rasulullah saw.: “ Barangsiapa menyerupai amalan sesuatu kaum maka ia adalah dari mereka.” (HR. Abu Daud)

[3] Lihat juga S. Al-Baqarah 2 : 120.

Di samping itu, Orang-orang Islam juga dituntut supaya menyalahi tingkah laku orang-orang Majusi dan musyrikin. Rasulullah s.a.w. bersebda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : جُزُّوا الشَّوَارِبَ وَأَرْخُوا اللِّحَى خَالِفُوا الْمَجُوسَ . ( مسلم )

Dari Abu Hurairah, Sabda Rasulullah saw.: “Potongkan misai dan labohkan (panjangkan) janggot serta jangan menurut amalan orang-orang Majusi (golongan yang menyembah api).” (HR. Muslim)[3]

ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا حَجَّ أَوْ اعْتَمَرَ قَبَضَ عَلَى لِحْيَتِهِ فَمَا فَضَلَ أَخَذَهُ . ( البخارى )

Dari Ibnu Umar, Sabda Rasulullah saw.: “Janganlah menurut amalan orang-orang musyrikin, panjangkan janggot dan cukorkan misai. Adalah Ibnu Umar, ketika ia menunaikan haji atau umrah, menggenggam janggotnya, maka kadar yang lebih darinya diambilnya (dipotongnya).” (HR. Al-Bukhariyy).

[4] Sabda Rasul saw.:

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو أَيُّوبَ عَنْ ابْنِ أَبِي مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ . ( سنن ابن ماجة ، رقم : 4009 ، س ز د ز الحرف )

[5] Firman Allah SWT:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ . ( آل عمران 3 : 112)

“Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).” (Ali `Imran 3 : 112)

[6] Firman Allah SWT.:

اأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ .

“Orang-orang ” A’raab” berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat 49 : 14)

8 thoughts on “Pembangunan Sistem Sosio-Budaya Islam Dalam Kontek Masyarakat Malaysia

  1. wan berkata:

    amalan orang musyrikin ialah mencukur janggut dan memanjangkan misai.

  2. nieza berkata:

    salam..
    bole x bagi saya 1artikal
    or karangan mgenai ‘ Penghayatan Islam Dalam Kalangan Masyarakat Masa Kini ‘??
    kalau bole saya nak yg lbh detail mgenai islam yg sbenar and saranan’y and pghyatn oleh msyarakat skrg..

  3. mohd riduwan berkata:

    salam tuan,harap tuan dapat menerangkan ” perbezaan pendapat mengenai ahli politik masa kini..bagaimanakah ideologi PAS dan UMNO?semoga ianya bermanfaat buat semoga pembaca blog ni..

  4. nor afidah berkata:

    Assalamualaikum , saya student sosio budaya UM . Tajuk ini amat menarik jika di bincangkan dalam bentuk tesis. Bolehkah saya dapatkan kebenaran Prof untuk tujuan tersebut

    Ini kertas kerja terbuka yang boleh dikongsi buat semua. Pastikan anda melentakan nama penulis sebagai rujukan dalam tesis yang dibuat

  5. farhana berkata:

    assalamualaikum tuan…boleh x tuan tolg trgkn mngenai aplikasinilai2 islam dlam sosiobudaya msyrkt m’sia kini??
    dgn scre detail krn kalo diikutkn skang msyrkt x lg m’pedulikn agama dlm m’amlkn budaya sndri…time ksih tuan..

  6. bazli rejab berkata:

    saya ingin bertanya, apa yang saya boleh katakan mengenai islam sebagai budaya?

  7. Suzela Mohd Kaini berkata:

    APakah faktor penghalang sosiobudaya masyarakat Malaysia.

  8. berbudayaislam berkata:

    ikut serta memperkenalkan BUDAYAISLAM menuju SATU IMAN, SATU PAHAM, SATU TUHAN.
    Semoga Allah SWT Melimpahkan rahmatNYA pada kita semua.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 93 other followers

April 2014
I S R K J S A
« Okt    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 93 other followers

%d bloggers like this: