PAC pertikai cara JKR belanja RM90j baiki Parlimen

Tinggalkan komen

Mei 18, 2007 oleh pemudawilayah


JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan kegagalan Jabatan Kerja Raya (JKR) memasukkan kerja membina bumbung yang kalis air ketika meningkatkan bangunan Parlimen yang menelan belanja kira-kira RM90 juta sebelum ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Shahrir Samad, berkata ketika bumbung Parlimen bocor kali pertama April 2005, beliau tidak terperanjat kerana mendapati usaha menaik taraf bangunan Parlimen menumpukan kepada keindahan hiasan dan reka bentuk dalaman daripada perkara asas seperti bumbung, lantai dan struktur bangunan.

“Ia lebih kepada keindahan kulit. Sudah tentu perkara seperti ini (kebocoran bumbung) mudah berlaku kerana bangunan Parlimen sudah lama dan berusia lebih 40 tahun. Cuaca di Malaysia agak unik. Kalau tidak berjaga-jaga (bumbung) boleh bocor kerana tidak tahan pada iklim.

“Selama ini, kerja berkaitan Dewan Parlimen diserahkan kepada JKR. Oleh itu, menjadi tanggungjawab JKR. Jika ada peruntukan yang banyak, mengapa tidak dimasukkan sekali untuk memasang bumbung kalis air. Ini kita kena tanya kepada menteri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Anak Angkat anjuran Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, kelmarin yang mengaku kerosakan bumbung Parlimen adalah serius selain kebocoran itu disebabkan kegagalan mengambil kira aspek kalis air pada bumbung ketika kerja menaik taraf kemudahan itu.

Selain itu, Shahrir berkata, Jawatankuasa Parlimen sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal ehwal berkaitan dewan termasuk keselesaan Ahli Parlimen dalam melaksanakan tugas ketika di bangunan Parlimen.

“Bagaimanapun, tanggungjawab itu diserahkan kepada JKR atau diserahkan kepada Unit Pengurusan Bangunan Parlimen. Jawatankuasa Parlimen sepatutnya mengambil berat hal ini.

“Jawatankuasa Parlimen juga sepatutnya mengkaji semula kontrak menaik taraf bangunan Parlimen dan mengenal pasti siapa memutuskan kerja untuk melakukan kerja hiasan dalaman saja,” katanya.

Sementara itu Shahrir yang dihubungi berkata, bangunan Parlimen yang berumur lebih 40 tahun memerlukan penyelenggaraan besar-besaran terutama struktur dan bahagian luaran dan sepatutnya dilaksanakan dua tahun lalu.

“Semua orang tahu bangunan ini sudah lama, memang wajar ada struktur dan bahagian luaran tertentu perlukan penyenggaraan segera,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2007
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: