Nathaniel disiasat bawah OSA, kerajaan takut banyak rahsia terbongkar

Tinggalkan komen

Julai 16, 2007 oleh HermanSamsudeen


Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh) – PAS menyifatkan penangkapan terhadap kakitangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Nathaniel Tan, yang disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), menunjukkan pengulangan sikap hipokrit pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ketua pemudanya, Salahuddin Ayub berkata sikap tersebut menyerlah hipokrit mereka kononnya mahu memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Bahkan katanya kes Tan itu mengulangi kes bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda KeADILan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Noor yang mendedahkan beberapa dokumen dengan melibatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz.

Katanya, disebabkan pendedahan kes tersebut Ezam dipenjarakan kerana didakwa di bawah Akta OSA.

“Saya rasa ini perulangan sikap hipokrit mereka sedangkan sepatutnya polis menyiasat akan dakwaan itu bukannya mengambil tindakan terhadap mereka yang memberi maklumat.

Tindakan ini bercanggah dengan apa yang Perdana Menteri laungkan dalam slogannya iaitu ‘beritahu saya sebenarnya’,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Malangnya beliau berkata, apabila rakyat tampil ke hadapan untuk berkerja sama dengan kerajaan membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa, rakyat mendapat akibat dan menanggung risikonya.

Sementara itu, semalam Tan yang bekerja di Yayasan Masa Depan sebagai Setiausaha kepada, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Pengerusi yayasan tersebut, disiasat berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Johari Baharom

Jika sabit kesalahan, Tan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau tidak melebihi tujuh tahun.

Dalam pada itu Salahuddin mendakwa penangkapan tersebut juga tidak menggambar kerajaan serius memerangi rasuah.

Ini katanya apabila pengadu ataupun mereka yang mengeluarkan maklumat ditangkap dan didakwa manakala orang yang dituduh tidak disiasat.

Sikap tersebut katanya, menjadikan institusi pendakwaan dalam negara ini sebagai bahan ketawa.

Selain itu dakwanya, penangkapan Tan itu menampakkan kerajaan tidak mahu banyak rahsia dibongkar terutamanya sebelum menjelang pilihan raya ke-12 nanti.

“Jelas pimpinan BN tidak mahu rakyat membuka mata terhadap isu-isu besar yang didakwa berlaku di negara ini,” dakwanya. – mks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Julai 2007
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: