Belasungkawa untuk Almarhum Dato’ Ishak Baharom

6

Januari 31, 2008 oleh Fadhil


Oleh Nyza Ayob & Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh

 

Almarhum Dato’ Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, Almarhum menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS sehingga 2007. – mns

Advertisements

6 thoughts on “Belasungkawa untuk Almarhum Dato’ Ishak Baharom

  1. malaysia baru berkata:

    Banjarmasin, di Sumatra?

    Yg selama ini hanya tahu Banjarmasin di Kalimantan Selatan, Indonesia.

    Alhamdulillah, Allahyarham merupakan ulama yg tidak menjilat pemimpin politik…
    Bagi kita yang masih tinggal, teruskan usaha2 untuk memenangkan Islam di bumi…

  2. lisawan berkata:

    Sekalung Al-Fatihah mengiringi Almarhum Dato’ Ishak Baharom, semoga Allah SWT memberkati dan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga Almarhum Dato’ Ishak Baharom ditempatkan diantara golongan org2 yg beriman di sisiNya. Amin.

    – lisa wan

  3. Al-Fatihah buat Almarhum Dato’ Ishak Baharom. Semoga ruh beliau dikalangan yang diberi nikmat oleh Allah SWT.

  4. Dr Awang Hasmadi Awang Mois berkata:

    Al-Fatihah saya untuk Almarhum Dato’ Ishak Baharom. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh seorang ulama yang berprinsip mulia dan berani untuk mempertahankan kebesaran hukum ALlah. Ralat: Banjarmasin ialah di Kalimantan Selatan (Kalsal).

  5. pejuang islam berkata:

    assalamualaikum…
    Baharom Bin Jaafar.. Bkn Baharom Bin Jabar..
    Harap Maklum..syukron..

    Pemudawilayah-Trima kasih atas makluman

  6. amri5205 berkata:

    Hari ini adalah detik penentuan..adakah Datuk Dr Hasan Ali Exco Selangor dari PAS akan tunduk kepada desakan pemerintah berhubung isu periksa gereja utk bendung kes murtad ataupun meletakjawatan Exco Selangor dan PAS sebagaimana tindakan bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom yang meletak jawatan Mufti semasa era Dato’ Seri Abu Hassan Omar dari UMNO berhubung isu 3 orang gadis melayu menyertai pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997. Disepanjang zaman akan ada seorang pejuang yang mempertahankan kesucian agama Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: