Jalan ke Putrajaya semakin dekat” – Anwar

2

Mac 18, 2008 oleh HermanSamsudeen


Oleh mujahedeen

ADA nada optimis apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO agar “jalan ke Putrajaya semakin dekat”. Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.

Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu ‘macam tidak masuk akal’ namun beliau memberikan bandingan, “Dulu saya kata PKR akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga,” katanya.

Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, ‘tidak ramai yang percaya,”.

Bahkan seorang pemimpin kanan PKR memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihanraya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.

“Saya tidak percaya waktu itu,” katanya.

Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.

“Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi,” katanya.

Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.

“Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin PKR dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti,” kata beliau.

Jelas beliau, Anwar juga memberi amarah bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri,” kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.

Namun syaratnya jelas, “Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita,” kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.

“Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti,” kata Anwar.

2 thoughts on “Jalan ke Putrajaya semakin dekat” – Anwar

  1. bumilangit berkata:

    tapi aku berpendapat jangan tamak. reformasi perlu berjalan perlahan2

  2. globalmalau berkata:

    Selagi ada azam…yakin…kerja kuat…boleh jadi 2008 BA dah kuasai malaysia…dan sudah pasti 2012 kita berjaya azamnya(insyaaallah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mac 2008
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: