Umno Jangan Membabi Butakan Pemikiran Rakyat!

Tinggalkan komen

April 14, 2008 oleh HermanSamsudeen


Isu projek ternakan babi moden bernilai RM100 juta di Kampung Tumbuk daerah Sepang di Selangor kini menjadi alat politik Umno yang tersepit gara-gara kekalahan teruk mereka dalam Pilihanraya yang lalu. Projek yang pada asalnya diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Umno kini berpindah tangan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.

Projek ini bukan sahaja dipersetujui oleh Pakatan Rakyat tetapi turut mendapat sokongan dari MCA Selangor yang berpendapat bahawa adalah lebih baik industri ini diletakkan secara berpusat bagi menampung keperluan kaum bukan Islam di Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun, Umno bermain tikam belakang dan menafikan hak kaum bukan Melayu yang juga teman seperjuangan mereka dalam Barisan Nasional. Politik sempit yang dimainkan Umno ini menular kepada isu sensitiviti agama dan juga alam sekitar walhal setiap perkara yang bakal berlaku masih lagi dalam kajian.

Demontrasi penduduk Kampung berkenaan yang ditaja oleh Umno jelas menunjukan permainan politik kotor yang terdesak. Seharusnya Umno menjadi jambatan untuk kaum Melayu belajar memahami budaya kaum lain dan bertolak ansur.

Membenarkan kaum bukan Islam memelihara babi tidak menyalahi hukum akidah dan hak mereka adalah tanggungjawab bagi pemerintah Islam selaagi mana ia tidak melampaui batas syariat.

Pada hari ini Selangor mempunyai hampir 300 ladang Babi yang berselerak di seluruh negeri dan kebanyakan berhampiran dengan kampung-kampung Melayu. Sistem perternakan tradisonal menyebabkan industri ini telah menjadi salah satu faktor utama pencemaran.

Potensi penularan virus Nipah atau apa sahaja yang berkaitan dengan haiwan ini akan menjadi begitu hebat sekiranya ianya masih dibiarkan berselerak dan diurus secara tidak sistematik.

Saluran dan takungan najis ini turut menyusahkan penduduk yang terpaksa menghidu bau dan melihat pencemaran dari industri ini.

Dalam pada itu, cadangan agar babi tidak diternak di Selangor sebagai mana cadangan segelintir pihak yang melihat contoh di Singapura juga dianggap kurang releven kerana peratus penduduk Malaysia yang bukan Islam kini semakin ramai dan akan membebankan ekonomi negara kiranya terus bergantung pada babi yang di import.

Sebaiknya babi tidak dijadikan bahan dagangan antarabangsa kerana ianya akan melibatkan perubahan dasar diperingkat Pusat. Kalau penduduk Islam Selangor mahukan zero babi dinegeri mereka , penduduk dinegeri lain juga sama. Persoalannya, beranikah Kerajaan Pusat yang dipegang oleh BN untuk mengharamkan penternakan babi diseluruh negara?

Jika penduduk Selangor khususnya di Sepang enggan membenarkan penternakan babi, mahukah penduduk Negeri Sembilan, Melaka atau mana-mana negeri yang diperintah BN menyahut cabaran menjadi negeri penternak Babi ini?

Perkara ini tidak akan selesai jika Umno masih berkeras untuk menjadikan isu ini sebagai alat politik mereka. Membabi butakan pemikiran rakyat dalam isu ini tidak memberikan kesan yang positif ke arah memupuk perpaduan antara kaum.

Kini, kaum-kaum bukan Melayu semakin risau pada Umno kerana hala perjuangan mereka yang tidak konsisten.

Jika babi yang haram ini dihalang untuk diternak secara moden sekarang, kenapa kilang-kilang arak seperti Calsberg, Guiness Stout dan lain-lain dibiarkan beroperasi semasa BN memerintah negara ini sejak 50 tahun. Arak juga haram disisi Islam dan kilang Calsberg yang beroperasi di Shah Alam adalah tidak sesuai kerana ianya kawasan orang melayu dan bandar Kerabat Diraja Selangor.

Jadi apakah yang difikirkan oleh pemimpin Umno kini. Di manakah akal mereka dalam menangani krisis ini berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka. Mencuci NAJIS BN yang kotor bukanlah perkara mudah malah ianya lebih busuk dari najis babi yang mereka benci hingga saat ini.

Golongan belia dan rakyat harus bersatu dan belajar bertolak ansur kerana industri ini adalah persoalan yang sensitif dan bukannya sekadar satu polemik politik. Dalam apa jua keputusan yang diambil, pasti ada jalan alternatif yang akan mengembirakan semua pihak. Oleh itu, bersabarlah. Bawa-bawalah bertenang, jangan biarkan diri anda di babibutakan oleh pemimpin Umno yang kini umpama orang yang gila talak dan sesat dalam kegelapan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

April 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: