Dr. Lo’lo’ ‘tawan’ isu-isu di kawasan Menteri Wilayah

5

April 17, 2008 oleh HermanSamsudeen


Menteri Wilayah Persekutuan yang juga ahli parlimen wilayah persekutuan, Zulhasnan Rafique hari ini menerima satu kejutan bila mana isu-isu rakyat didalam kawasan parlimen beliau telah ‘ditawan’ oleh ahli parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali. Isu-isu berkenaan turut diutarakan sempena Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini.

Walaubagaimana pun Dr. Lo’lo’ tidak sempat menghadirkan diri kerana masih berada di Indonesia. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB. Wee Choo Keong.

Antara isu yang dibangkitkan adalah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional yang terbengkalai seperti projek naik taraf Dewan Serbaguna Datuk Keramat, projek Taman Tasik Datuk Keramat, projek Kompleks Pasar Datuk Keramat, projek Jejantas Pejalan Kaki (Berhadapan Stesen LRT Putra Damai) dan projek Menaiktaraf Pasar Chow Kit.

Ada antara projek ini terbengkalai sejak 10 tahun yang lalu dan anggaran kos pembinaan keseluruhan projek ini adalah melebihi 100 juta ringgit.

Selain itu, Dr. Lo’lo’ turut menyentuh tentang nasib setinggan di Kampung Indian Settlement dan Kampung Kerayong yang masih tidak terbela. Beliau meminta agar DBKL membuat satu pertemuan dengan penduduk untuk berbincang tentang rancangan pemindahan mereka memandangkan kawasan kediaman mereka kini akan dibangunkan Kerajaan.

Isu Sindiket Pelacuran, gejala Pondan dan juga Penagihan Dadah di Jalan Hj. Taib turut dibangkitkan kerana hingga kini pihak kerajaan tidak serius membersihkan kawasan ini dari aktiviti maksiat. Menteri Wilayah harus berasa malu bila mana Kuala Lumpur yang pesat membangun dan sedang berusaha menjadi bandaraya kelas pertama masih lagi dibelenggu dengan aktiviti bermoral rendah seperti itu.

Isu-isu dari PPR Desa Rejang yang berada dalam kawasan Zulhasnan turut menarik perhatian dan membuka mata semua pihak yang selama ini menganggap kawasan berkenaan tidak bermasalah kerana Ahli Parlimennya adalah menteri Wilayah Persekutuan.

Zulhasnan tertunduk bila lapan tuntutan masyarakat PPR Desa Rejang dibacakan oleh Wee. Antaranya adalah kenaikan kos penyelenggaraan bangunan dari RM 35 kepada RM 66 selepas sahaja pilihanraya berlalu. Para penduduk melihat tindakan ini sebagai tidak ‘gentlement’ dan ianya adalah usaha membalas dendam kepada pengundi yang menyokong Pakatan rakyat. Bagi mereka, ianya tidak sepatutnya berlaku jika benar DBKL ingin membela rakyat.

Penduduk juga mengadu bahawa DBKL tidak mengotakan janji untuk membayar kos perpindahan dari Flat Pekeliling ke Desa Rejang sebanyak RM1,000, pemasangan pintu besi (Grill) sebanyak RM500 dan pemasangan tikar getah RM500.

Isu ketiadaan perkhidmatan bas awam, peti pos, tempat ibadat kaum cina dan india turut dibangkitkan.

Wee mencabar Zulhasnan agar mengambil tindakan segera terhadap permintaan penduduk di Kawasan Parlimennya jika ingin kekal sebagai ahli Parlimen di masa akan datang dan kata-kata beliau ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang mendengar.

Begitulah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bekerja, walaupun isu berkenaan bukan dari kawasan parlimen mereka, tetapi ianya tetap diperjuangkan secara bersama untuk kepentingan rakyat.

Diharapkan agar pihak Kementerian dapat memberikan khidmat yang adil kepada semua rakyat walaupun mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Kekalahan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu harus di ambil iktibar dan Kementerian yang beroperasi mengunakan duit cukai rakyat haruslah berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk kepentingan Barisan Nasional.

Advertisements

5 thoughts on “Dr. Lo’lo’ ‘tawan’ isu-isu di kawasan Menteri Wilayah

  1. tisso73 says:

    emmmm nampaknya menteri wilayah ni pun tidur sama dgn paklah…

    tapi paklah dah bangun sikit…si zul ni nak buat taik mata pulak…tak sedar lagi dia rupanya..emmm dia tidur kerja dia menang dgn undi pos…layannnn

  2. Haparan Semua says:

    semoga Zul dapat menyelesaikan semua masalah yang berada di Kl walaupun kebanyakan rakyat tidak menyokong BN. Segala usaha dari BN amat dihargainya.

  3. faizal says:

    TAHNIAH dr lo”lo. semoga khidmat dr memberi manfaat pada rakya.di tempat saya [kg kerayong] da hampir 40 thn kg kami ,dr lo”lo ahli parlimen permata yang menang masuk ke kg kami..syukur ke pada allah kerana mengurniakan kami ahli parlimen yang bertanggung jawab.saya berdoa supaya allah memberi kekuatan pada dr untuk menyelesaikan masalah peneroka bandar di kg kerayong.takbir……..

  4. Matahari Terbit says:

    Syabas Dr. Lolo. Saya harap Dr. Lolo dapat meninjau juga Kawasan Kampung Baru & lain lain kawasan.

  5. hashim says:

    Syabas Dr. Lo’Lo’.Saya berharap sangat Dr. dapat menyemak semula projek tanam pokok bunga sekitar jalan-jalan di KL. Saya rasa sungguh membazir kerana pokok tersebut terpaksa di tukar setiap bulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: