Isu kekurangan beras catat sejarah baru negara

2

Mei 8, 2008 oleh HermanSamsudeen


Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 7 Mei (hrkh) : Memalukan, apabila bekalan beras bagi keperluan asas rakyat berkurangan di pasaran sehingga mendorong harganya meningkat berkali ganda.

Situasi berlaku sekarang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara memandangkan dahulunya Malaysia dikenali sebagai negara pertanian.

Sebelum ini negara hanya sering dilanda kemelut kekurangan gula, gandum dan minyak masak sahaja.

Oleh itu bagi menangani bersama isu tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disaran menjemput sama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat (PR) bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, kelima-lima pemimpin kerajaan negeri yang dikuasai PR perlu dijemput membincangkan masaalah tersebut yang mendatangkan kesan kepada rakyat sekarang.

Selain itu beliau mencadangkan Perdana Menteri merombak pendekatan sedia ada agensi pertanian bagi memastikan kekurangan bekalan beras tidak berlarutan dalam tempoh lama.

�Suasana yang terjadi sekarang begitu memalukan kerana ia tidak pernah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan.

�Selain itu agensi-agensi yang berkaitan seperti Bernas dan Kada perlu dirombak semula. Misalnya peranan yang dimainkan Kada bagi meningkatkan pengeluaran padi di Kelantan kurang memberi kesan,� katanya di sini, hari ini.

Agensi-agensi pembangunan pertanian seperti Kada dipengerusikan pemimpin Umno. Mereka tidak memberi kerjasama baik kepada kerajaan negeri.

Malah tiada wakil kerajaan negeri dilantik ke dalam lembaga pengarahnya sebagaimana termaktub dalam Akta Kada.

Selain itu, skim baja subsidi yang disalurkan kepada petani lebih bermotifkan politik apabila petani bukan di kalangan penyokong Umno dinafikan mendapatkan bantuan tersebut.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, petani di Kelantan tidak dapat mempertingkatkan pengeluaran padi memandangkan saiz sawah yang tidak ekonomik.

Advertisements

2 thoughts on “Isu kekurangan beras catat sejarah baru negara

  1. eny berkata:

    asalamualaikum ………………..

    saya tertarik dengan isu beras ni.
    satu jer persoalan saya apa kesan isu beras ni pada mahasiswa….
    maaf la saya sebagai student rasanya wajar mengambil kira kesan nya baik atau buruk pada kami selaku student…………………

  2. HermanSamsudeen berkata:

    Kesan isu beras ini lebih kepada bentuk kebuluran dan juga masalah peningkatan harga kebanyakkan barang makanan, termasuklah alternatif kepada beras.

    Semua orang makan nasi yang terhasil dari beras termasuklah mahasiswa. Nak makan pakai duit, tapi kalau ada duit takda beras pun tak guna.

    Dulu Mahasiswa bangkit bantu petani di Kedah untuk perjuangkan nasib mereka yang jadi supplier beras kepada satu negara tapi cara hidup masih lagi miskin ekoran dasar kerajaan yang melebihkan pemborong beras.

    Sekarang mahasiswa wajar bersatu hati dengan rakyat hadapi saat-saat sukar ini dan membantu memberikan saranan bernas agar Kerajaan dapat bersikap adil serta mengutamakan penghasilan beras dari projek mega.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: