Menziarahi Umno di ICU

Tinggalkan komen

Mei 8, 2008 oleh HermanSamsudeen


Melalui musim kempen pilihanraya ke-12 yang lalu, memang memenatkan. Kepenatan ini begitu terasa apabila kudrat segala jentera parti terpaksa berhadapan dengan bala tentera Umno yang berpayung dibawah BN.

Siang dan malam mereka mengasak. Jika dahulu mereka berperang dengan poster dan banner dijalan-jalan raya sambil diiringi dengan kempen ceramah. Tahun ini mereka ‘merompak’ masa rakyat dikaca-kaca televisyen yang siarannya dipancarkan dari media RTM milik rakyat. Propaganda saban waktu bersilih ganti bagi menutup pekung pembohongan Umno dan BN.

Tanggal 8 Mac 2008 mencipta sejarahnya yang tersendiri bila mana rakyat menyatakan pendirian rasmi mereka untuk memilih Pakatan Rakyat memerintah di lima negeri-Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor disamping mengirimkan 82 pemimpin PR ke parlimen sebagai wakil rakyat.

Bermula detik itu, Umno dan komponen BN mulai kalut. Perubahan undi rakyat mensuggulkan pemimpin BN. Bagai ayam berak kapur mereka melatah sana-sini. Tuduh sana -sini dan kecoh untuk menjatuhkan pemimpin ini dan pemimpin itu.

Pengerusi Umno sendiri gelabah kerana sudah ramai ahlinya yang berani mengusik kerusi keramatnya. Bertanya tentang perihal perletakkan jawatan yang akhirnya ditukar tajuk kepada peralihan kuasa.

Umno makin tenat. Kini diusung ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Konvensyen sana -sini. Mesyuarat agung khas dibeberapa bahagian Umno berlaku secara tidak terkawal. Komponen BN lainnya mulai curiga pada Umno yang tidak henti-henti membinggitkan isu ketuanan melayu dan juga kejatuhan empayar Melayu dinegara ini.

Tidak cukup dengan itu, kekalahan komponen BN lainya digunakan oleh Umno untuk mendekati kekasih baru dari Borneo. Namun, bunga yang dihulurkan telah dicampak ke longkang oleh 3 pemimpin Borneo yang tidak berminat dengan lamaran gatal itu.

Kini Umno makin tersisih. Krisis perlantikan MB di Perlis dan Terengganu turut mengundang perhatian. Selama ini Umno bebas menamakan calon MB. Tapi, kali ini Sultan punyai cadangannya sendiri. Akhirnya Umno terpaksa mengaku kalah pada Sultan.

Penat bergaduh sesama sendiri, akhirnya pemimpin Umno keluar mencari topik baru. Isu Babi menjadi hangat, walhal Babi berkenaan dulunya diternak oleh Umno. Siap ada perancangan untuk buatkan satu Pusat Komuniti Babi Berpusat berdasarkan teknologi Jerman lagi. Tapi bila mereka kalah di Selangor, mereka buat-buat tak tau pasal projek tu, dan Pakatan Rakyat teruskan juga kerana untuk kepentingan rakyat. Belum lagi dilaksana mereka dah gelabah dan bangkit membantah walaupun itu cadangan mereka sendiri satu ketika dahulu. Ramai yang sangsi kenapa Umno jadi begitu, adakah kerana kemaruk duit komisyen dari peniaga Babi hingga mereka jadi terencat akal atau mereka ini sudah terkena penyakit JE lantaran kegagalan mengekalkan kuasa.

Letih memainkan isu, akhirnya ketua mereka buat blog. Cerita merapu-rapu dalam blog. Ingatkan boleh relaks, tapi Kerajaan PR tidak bodoh. Skandal Balkis yang diketuai oleh isteri pengerusi Umno Selangor menghangat Lembah Klang. Akhirnya terbongkar lagi kisah toyol yang boleh menghaibkan duit sebanyak 9 juta sebaik sahaja Umno kalah di Selangor. Untuk kisah ini, kita tunggulah siasatan dan pendakwaan lengkap dimahkamah nanti.

Bila Umno terpaksa pakai tabung oksigen di ICU, dia dah mulai merapu semula pasal ketuanan melayu dan kisah orang melayu yang pecah belah. Rakyat jadi keliru. Baru duduk ICU sebulan, Umno dah jadi benggong. Dalam filiran mereka negara kini huru-hara walhal orang Melayu diluar sana masih boleh makan semeja, duduk bergurau bertepuk tampar. Hatta di parlimen pun berlaku perkara yang sama.

Kemenangan ramai calon DAP dan keADILan dijadikan modal bahawa ketuanan Melayu terhakis. Satu hujah yang bodoh jika dilihat seimbas akal. Pada masa ini semua negeri di Malaysia ini diketuai oleh orang Melayu kecuali di Pulau Pinang yang dari dulu lagi, Umno pun bagi kat Cina. Perdana Menteri Umno pun Melayu. Ketua Pembangkang pun Melayu. Yang ramai jadi kakitangan Kerajaan pun Melayu. Yang masih banyak dapat subsidi pun Melayu.

Apakah kerana Umno semakin kurang dapat sokongan, itu dikatakan orang Melayu dah tak berkuasa. Ke mana sokongan orang Melayu pergi masa pilihanraya dulu….semua orang tahu bahawa ramai orang Melayu  keluar mengundi PAS dan KeADILan. Pemimpin dua parti ini ramai orang Melayu terutamanya PAS. Maka kerana sokongan orang Melayu, ramai ahli Parlimen Melayu masih ada di Parlimen, cuma duduk di sebelah tempat pembangkang sahaja buat sementara waktu ini.

Kenapa Umno kata ketuanan Melayu semakin tiris semakin terhakis. Layakkah Umno persoalkan sokongan orang Melayu kepada pembangkang yang turut dikuasai Melayu. Hanya kerana PAS tak sebut Melayu dalam nama penuh parti ini, Umno menuduh bahawa orang Melayu sudah hilang wakil di Parlimen. Benggap punya kepala otak.

Parti Islam Semalaysia PAS itu lagi jelas bagi menyebutkan ketuanan Melayu atau hak orang Melayu yang sejati. Sudah menjadi adat dan warisan dari dulu lagi bahawa nak dapat gelaran orang Melayu itu perkara paling penting dan wajib adalah kena beragama Islam dan ada darah nusantara rumpun Melayu seperti – Bugis, Jawa, Minang dan lain-lain.  Apa-apa hal pun mesti Islam dulu baru Melayu. Tapi Umno perjuangkan Melayu sahaja. Islam di letak kat belakang. Bila tersepit baru pakai bendera Islam warna putih untuk minta perdamaian.

Sekarang ini pun ada juga orang Melayu yang masuk Kristian, Hinddu dan Budhha…dan itu semua sudah keluar dari prasyarat untuk digelarkan orang melayu. Ada juga orang dalam Umno yang dah buang kain pelikat dan tukar dengan seluar pendek. Baju kurung pun sudah dianggap trend lama, dan baju bebek menjadi pakaian utama generasi baru Umno…Yang tua pula masih ramai yang enggan pakai tudung, tutup aurat. Jadi siapakah yang sebenarnya menghilangkan wajah Melayu dalam perjuangan mereka…..adakah PAS atau Umno.

Wajarlah Umno kini duduk terus dalam ICU. Virus yang melanda bukan mudah nak disembuhkan. Belum ada ubat yang sesuai lagi. Kalau dibiarkan keluar merata, takut virus itu akan menjangkiti masyarakat.

Pemimpin Umno kena sedar diri. Dulu masa senang mereka buli pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain termasuklah parti dari Borneo. Sekarang bila susah, semua balik masuk kandang masing-masing dengan alasan nak kukuhkan parti. Umno terkontang kanting berseorangan untuk menghadapi rakyat dan ahlinya yang sudah pandai memberontak.

Kepada teman-teman yang ingin ziarahi Umno yang makin tenat ini, suka diingatkan agar membawa surah yaasin. Baca kuat-kuat agar mereka insaf dan bertaubat sebelum Umno dikirimkan ke liang lahad.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2008
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: