Parlimen : Dakwaan SPR bahawa wujud penyeludupan dakwat adalah palsu dan bermotifkan politik

Tinggalkan komen

Mei 8, 2008 oleh HermanSamsudeen


Isu dakwat: Bersih gesa polis teruskan siasatan
Oleh Muda Mohd Noor

Malaysiakini: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, perdana menteri, timbalan perdana menteri, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan setiausaha SPR, peguam negara dan ketua polis negara, mesti bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat dalam pilihanraya umum lalu.

Jurucakap Bersih yang juga pengarah eksekutif Suaram, Yap Swee Seng juga meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan yang membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat tersebut.

Beliau mendakwa, pihak polis telah memberi maklumat yang salah kepada SPR sehingga membawa kepada pembatalan tersebut.

“Sebenarnya, tiada sebarang bukti yang konkrit sehingga perlu penggunaan dakwat itu dibatalkan,” katanya dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Bersih, kata Yap terkejut dengan jawapan menteri dalam negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengenai pembatalan penggunaan dakwat tersebut.

“Saya meminta ketua polis negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan ekoran pembatalan itu.

“Begitu juga dengan SPR, yang perlu bertanggungjawab. SPR membatalkan penggunaan dakwat itu atas nasihat polis.

Pembaziran RM2.4 juta

“Sebaliknya, siasatan polis mendapati tiada individu/sindiket yang cuba menyeludup dakwat dari Thailand yang boleh disalahguna dalam pilihanraya umum,” tegas Yap.

Yap juga berkata, kenyataan setiausaha agung SPR, Datuk Kamarulzaman Mohd Noor bahawa pihaknya tidak boleh disalahkan ekoran pembatalan dakwat tersebut, tidak boleh diterima sama sekali.

Kamarulzaman dilaporkan membuat kenyataan tersebut pada 6 Mac iaitu dua hari sebelum hari mengundi pilihanraya umum lalu.

Jika SPR serius mahu mernggunakan dakwat itu, ia seharusnya menasihatkan perdana menteri tentang penggunaan dakwat dalam pilihanraya umum,” katanya lagi.

Terdahulu dalam satu sidang akhbar di parlimen, Fong bertanya siapakah individu yang membuat laporan polis itu.

Siapakah yang patut bertanggungjawab terhadap pembaziran RM2.4 juta untuk membeli dakwat tersebut?

Di manakah dakwat itu sekarang? Saya mahu perdana menteri menjawabnya,” kata Fong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Mei 2008
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: