Sebelum 8 Mac, Umno hanya bincang ‘Ketuanan Menantu’?

2

Mei 8, 2008 oleh HermanSamsudeen


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Menarik, dalam perbahasan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang beberapa kali dicelah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berhubung pendirian PAS terhadap isu ‘Kontrak Sosial’ yang kononnya dipertikai oleh DAP.

Malangnya Khairy sendiri terperangkap dengan permainan soalannya itu apabila Azmin Ali (KeADILan-Gombak) yang mencelah sewaktu perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan oleh Ustaz Nasharudin dan Azmin menyatakan secara sinis berhubung pertikaian Umno terhadap isu ketuanan Melayu.

Azmin bingkas bangun sebaik sahaja Khairy bertanyakan soalan kepada Nasharudin mengenai pendirian PAS terhadap isu ‘Kontrak Sosial’ yang didakwanya dipertikai oleh DAP.

Azmin secara sinis bertanya “Apakah sebabnya semenjak kebelakangan ini pemimpin elit Umno sering kali laungkan ketuanan Melayu.

“Hari ini kita dengar suara kepimpinan tinggi Umno yang menyinggung satu pakatan yang kuat iaitu Pakatan Rakyat, seolah-olah kita (Pakatan Rakyat) mengorbankan kepentingan Islam dan Melayu.

“Saya nak tanya mengapa agaknya hanya hari ini kita dengar suara-suara ketuanan Melayu sedangkan sebelum 8 Mac (sebelum pilihan raya umum) yang dibincangkan ialah ‘Ketuanan Menantu’,” kata Azmin sambil disambut dengan sorakan dari kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menjawab soalan Azmin itu, Ustaz Nasharudin menjelaskan bahawa PAS berasa hairan, selepas 8 Mac Umno dilihat cukup bersungguh-sungguh dalam kononnya memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.

Ia amat berbeza dengan situasi sebelum pilihan raya sepertimana yang dilihat rakyat, katanya.

“Dahulu demonstrasi dianggap keji oleh Umno/BN, tetapi selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, Umno sendiri menjadikan demonstrasi jalan kepada mereka meluahkan pandangan,” katanya sinis.

Untuk rekod, sebelum ini sewaktu himpunan Bersih menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh banyak pihak di negara ini, menantu Perdana Menteri yang kini menjadi ahli Parlimen Rembau pernah melabelkan peserta demonstrasi itu sebagai ‘beruk’.

Hingga kini Khairy tidak pernah mengeluarkan kenyataan memohon maaf meskipun pada minggu lalu Gobind Singh Deo (DAP Puchong) mencabar Khairy memohon maaf atas kenyataan itu.

Selain itu Khairy juga pernah dikaitkan dengan isu campur tangannya dalam pentadbiran Perdana Menteri, dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk ia pernah didedah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara tersebut.

Antara dakwaan yang pernah dikaitkan dengan Khairy ialah, isu pemilikan saham ECM Libra yang akhirnya dijual semula dan isu penjualan saham-saham Pantai Holdings kepada syarikat di Singapura selain pembatalan projek ‘Jambatan Bengkok’.

Terdahulu Ustaz Nasharudin dalam ucapan awalnya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang memberikan undi besar kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan KeADILan sebenarnya bertitik-tolak daripada sikap kepimpinan Umno/BN yang bongkak sebelum ini, katanya.

Rakyat yang muak dengan sikap kepimpinan Umno/BN dan tindakan-tindakan memperbodoh rakyat akhirnya mengubah undi mereka kepada Pakatan Rakyat, katanya.

Permulaannya dapat dilihat semasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) mengadakan himpunan aman pada November tahun lalu yang diperlekeh oleh kepimpinan Umno/BN, katanya.

Rakyat yang tercabar dengan kebongkakan kepimpinan Umno/BN akhirnya menunjukkan pengajaran dengan 100,000 orang turun ke jalan raya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perjalanan proses pilihan raya umum di negara ini, katanya.

Akhirnya kata beliau, lima buah negeri kini ditadbir Pakatan Rakyat dan ianya menjadi kebimbangan kepada Umno/BN. – mks.

Advertisements

2 thoughts on “Sebelum 8 Mac, Umno hanya bincang ‘Ketuanan Menantu’?

  1. indraputra80 berkata:

    Die ingin melihat sejauh mana sokongan rakyat teradap perjuangan/pengorbanan yg dilakukan,bagi menentukan hala tuju nya seleps ini .

    Setakat jaminan RM5000,bukan masaalah baginya,.

    Ternyata rakyat yg bencikan kezaliman telah membuktikan sokongan dlm masa tidak sampai 3jam,kutipan memcecah RM34K,sahingga di arahkan stop ,kerana itu bukan metalamatnya.

    Selepas ini kita pasti akan terbongkarlah banyak rahsia yg berkaitan dgn artikalnya.

  2. indraputra80 berkata:

    Ketuanan Melayu hanya berlegar selepas PRU12,kerana UMNO tersalah langkah, membuka keahlian kepada semua kaum peribumi,.

    Orang Melayu yg penuh budi bahasa yg kecewa,tidak mahu bising bising, perlahan lahan menginggalkan UMNO,yg tinggal hanya specis Mamak yg mengaku dirinya MELAYU,.

    KJ,Mamak GPMS,Aziz PUTRA,masih belum sedar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: