Abdullah Uji Kesetiaan Ahli Umno

Tinggalkan komen

Mei 20, 2008 oleh HermanSamsudeen


Pengistiharan keluar dari Umno oleh Tun Mahathir jelas mengoncang kedudukan Abdullah pada masa kini. Seramai 300 orang ahli Umno Merbok menuruti jejak langkah Mahathir dan kini ratusan ribu ahli Umno dilapor sedang berkira-kira untuk keluar atau pun enggan untuk bekerjasama dengan kepimpinan Umno selagi Abdullah berkuasa.

Tekanan demi tekanan akan terus diberikan sehinggalah Abdullah mengundurkan diri.

Dalam masa yang sama, Abdullah mengunakan sepenuh kuasa yang beliau ada untuk terus menduduki kerusi nombor satu negara. Segala balaci Abdullah kini bertebaran ke serata tanahair untuk memburu penyokong-penyokong Mahathir dan usaha untuk mencantas mereka hingga ke akar umbi dilakukan bagi memastikan kedudukan Abdullah terus selamat.

Kini hanya negeri-negeri di Wilayah Tengah dan Selatan sahaja yang dikatakan kuat bersama Abdullah. Pahang juga termasuk dalam senarai. Walaubagaimana pun, di Pahang kedudukan Abdullah bergantung penuh pada sokongan penyokong Najib yang juga adalah antara musuh Abdullah yang sedang sabar menanti saat kejatuhan beliau.

Umno Johor juga berbelah bahagi setelah Muhyiddin Yasin disebut-sebut sebagai bakal TPM dalam rombakan besar kabinet selepas Abdullah turun dari kerusi Keramat itu.

Kumpulan Abdullah kini semakin tersepit dan mengharapkan belas ehsan dari mereka-mereka yang berkecuali dalam ‘peperangan’ dengan Mahathir ini.

Apa jua keputusannya, pasti ia akan memberikan kesan terhadap sokongan rakyat pada Pakatan Rakyat. Mahu tidak mahu, kita harus terima bahawa dakwaan terdapat undi protes dari kalangan ahli Umno pada Pilihanraya lalu ada kebenarannya. Walaupun tidak banyak, tetapi jumlah Swing yang ditunjukkan benar-benar diluar jangkaan semua.

Dengan turunnya Abdullah, prestasi Umno mungkin melonjak naik dan itu semua bergantung pada siapa yang mengantikan beliau.

Usaha Mahathir diperingkat sekarang ini lebih kepada serang peribadi yang tertumpu pada Abdullah. Tetapi usaha bagai seluruh Pakatan Rakyat adalah menyeluruh kerana apa yang kita mahukan adalah kuasa penuh untuk rakyat memerintah negara ini bukannya atas kepentingan politik individu tertentu.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: