Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ bukti Zambry akui dia MB Haram Perak

Tinggalkan komen

Mac 31, 2009 oleh HermanSamsudeen


mbperaksmall_lama_baru1_100_681mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan “Mohon Restu Rakyat”.

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai ‘Referendum Rakyat’ tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

“Mohon Restu Rakyat”, slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.

Pastinya PRK Bukit Gantang bukanlah laluan mudah untuk Zambry mendapatkan mandat rakyat. Dan Pakatan Rakyat Perak juga sedar bahawa Zambry akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan ‘restu’ melalui pilihanraya itu.

headerbkt

Namun bagi Pakatan, bubarkan sahaja DUN Perak kalau mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat ‘restu’ dan mandat rakyat. Sememangnya BN tidak puashati dengan piliha rakyat dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.

Maka dengan biadapnya mereka mengoyakkan mandat rakyat dan menendang pintu DUN untuk merampas kuasa setelah berjaya menculik 3 ADUN Pakatan dan seorang ADUN BN yang dipaksa melompat semula menjadi ahli Umno tidak sampai seminggu.

Nizar yang merupakan Menteri Besar yang sah adalah dipilih oleh rakyat secara sah dan Pas letakan beliau di Bukit Gantang sebagai mewakili kehendak rakyat yang mahukan Kerajaan Perak di kembalikan pada rakyat bagi menghalang kumpulan perompak ini terus berkuasa.

Jika calon Umno-BN kalah di Bukit Gantang adakah Zambry sanggup letak jawatan sebagai MB yang haram itu dan membubarkan DUN? kita lihatlah nanti restu rakyat pergi kepada siapa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 133 other followers

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: