Dato’ Seri Ir Nizar – Dialah MB, Dia Calon, Dialah Imam..

5

April 1, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Mat Saman Kati

Bukan senang nak cari orang yang boleh buat serba-serbi. Kalau nak maki hamun…yang tu Perak Bangkit pun boleh buat. Kalau nak jadi tukang bodek, yang tu bagi kat Gomo. Tapi kalau nak jadi MB, nak jadi Imam, nak jadi Ir..kat Perak ni cuma ada sorang saja.

Tu pasai ada orang sakit hati bila Nizar diminta menjadi Imam. Tu pasai ada orang yang sakit hati Nizar jadi MB. Dan lebih sakit hati…bila tengok Nizar lebih diterima di Perak berbanding MB Haram Umno/BN.

Pagi tadi…masa aku tengah syok tidor…dapat satu call tentang satu kematian di Taman Damai. Bagi aku.. kematian satu perkara biasa. Tapi dalam hal ini, aku diminta supaya pi tengok jugak.

Bila aku sampai dimasjid Pengkalan Aur, Nizar sedang mengimamkan solat zohor. Pada aku…ini bukan luar biasa. Tapi bagi puak belah nun..ini sudah luar biasa. Kot-kot la Pak Lah boleh jadi imam…tapi yang nak ganti Pak Lah ni boleh ka?

nizar-jenazah

Lepas solat zohor, Nizar mengimamkan solat jenazah. Bukan aku nak kata orang lain tak boleh nak buat, tapi pasai apa tak panggil Zamry ka..Mail Sapian ka? Atau pun… dah panggil…tapi depa tak upaya? Ataupun..Zamry dengan Mail tak bangkit lagi…pasai malam tadi karaoke sampai pagi kat Bilik Gerakan Pemuda UMNO Simpang kot?

Dari masjid, terus ke tanah perkuburan. Aku dok peratikan jugak kot-kot ada imam puak nun yang nak rampas mikrofon. Tapi tak dak jugak. Last-last…kat Nizar jugak la depa tala.

Nasib baik la Nizar ni boleh harap. Kalau nak harapkan puak nun…susah sikit la. Takat pulun komisyen boleh la.

Herman-Bertuah Bukit Gantang bakal dapat Ahli Parlimen macam Nizar, ruginya Negeri Perak sebab dapat Zambry.

5 thoughts on “Dato’ Seri Ir Nizar – Dialah MB, Dia Calon, Dialah Imam..

  1. NoktahHitam berkata:

    Menjaja agama sendiri, macam agama bole di-value.

    Politic, politic, agama, agama, 2 sect yang berbeze. Kecewa sungguh bile dgr pemimpin riak pasal amal ibadah.

    Herman-Orang umno sudah rosak akidah. Politik adalah sebahagian dari agama dan tidak harus dipisahkan. Fahaman sempit politik suku agama suku melahirkan generasi Umno tiga suku yang akhirnya hanya pentingkan tembolok suku sakatnya sahaja.

    Soal riak tidak timbul sebab bukan Nizar yang buat cerita pasal dia. Orang-orang yang suka padanya sanjung dan hormati beliau dan mahu orang lain lain contohi beliau.

    Selagi ada orang-orang Umno seperti NoktahHitam, maka senanglah program dakwah Pas dan Pakatan Rakyat. Terima kasih kerana serlahkan kebodohan diri sendiri disini!

  2. NoktahHitam berkata:

    Aduh, tak bace blog Nizar sendiri? Beliau sendiri yang menulis. Di antara barisan ayat yang digunakan, diselitkan juga unsur sindir halus.

    Politik adalah sebahagian dari agama, benar, tapi bukan sebaliknya.

    Saudara Herman, janganlah kita masuk campur hal akidah, itu adalah urusan Tuhan dan hamba nya.

    Saya bukan UMNO, sila jangan tuduh tanpa usul periksa.

    Herman-Maaf! dari tulisan saudara, ada kefahaman disitu. Jadi janganlah dibeza-beza Agama dan Politik kerana apa yang diperbuat itu atas nama Islam kerana Allah. Pemimpin tunjuk contoh yang wajar ditaat, pemimpin yang hanya bercakap tapi tak buat wajar ditinggalkan.

    Kita memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja pandai cakap, tapi tahu serba serbi. Jika ada yang lebih baik dari Nizar pada masa ini di Perak kenapa tidak dikemukakan sebagai calon.

    Rakyat melihatnya secara positif, InsyaAllah para malaikat akan mencatatkan sebagai amal perjuangan yang wajar dicontohi.

    Tulisan di Blog Nizar kini sebahagiannya ditulis oleh beliau dan sebahagian lagi oleh pembantu dan ada juga artikel yang dicopy dari blog lain.

    Jadi janganlah menoktahkan diri anda ditempat yang hitam, nanti hati terus dalam kegelapan. Carilah cahaya untuk menyinari kefahaman dan tinggalkan kegelapan hitam yang sempit itu

  3. […] admit, my comment here was rather uncalled for. After all, he was lauding and praising his leader and I appear out no […]

  4. dinsemak berkata:

    Pada saya, sesiapa pun boleh jadi imam , orang UBN ke PKR ke PAS ke , semua boleh cuma yang kita tak nampak nawaitu dia tu saja.
    Kalau hanya beolhe menjadi imam itu dan ini tak bermakna seseorang itu telah cukup sifatnya sebagai pemimpim.

    Ingat lah bahawa perbuatan yang sengaja ditonjolkan adalah “RAKAN SYAITAN” Insaflah….

    Pesankan pada Nizar ‘ Tak payah lah nak tonjol kan diri sangat seolah olah AKU lah paling alaim dan “paling dari segalanya”

    Biar lah buat sesuatu itu dengan niat yang betul jangan hanya dalam waktu kempen ni aje. Apa pun saya doakan nizar berjaya dalam P59 ini walaupun kekelahan sedang jelas.

  5. |1f34|-|1r3 berkata:

    Herman : saya bersetuju dengan pendapat Noktah Hitam tersebut…saya berulang-ulang kali membaca posting dari Nizar sendiri dan cuba membacanya dari 2,3 sudut…

    Memang diakui Nizar adalah pemimpin serba boleh dan juga boleh jadi imam yang baik…ni dari apa yang orang kata la..saya pon tak pernah berimamkan Nizar…tapi seperti kata Noktah Hitam, dalam posting blognya ada sedikit nada sinis menyindir pemimpin Umno…tapi masih membuat keputusan terbaik meninggalkan majlis apabila diprovoke oleh pemimpin Umno.

    NH : blog posting simple dari Nizar boleh dibaca dari pelbagai perspektif dan pengolahan bahasa sbb nampak ia neutral wlpn ada beberapa part terserlah ke arah mana. tp kita amik la dari sudut positif dan pandangan baik…cth macam dia setuju jadi imam, maybe panjang lg ceritanya..setelah didesak gamak nyer baru dia nak jadi imam…

    akhir sekali, tak yah kita panjangkan lagi pasal ni..cukup la sampai di sini saja….

    Herman-Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 133 other followers

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: