PEWARIS sahut cabaran GMI debat ‘halal-haram ISA’

1

April 30, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Abdul Rahim Sabri

isa internal security act 040108Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), penyokong kuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyahut cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk berdebat tentang halal-haram akta kontroversi tersebut.

Bagaimanapun NGO Melayu itu mencadangkan perbahasan berkenaan diadakan secara langsung di sebuah stesen radio, bukannya di dewan orang ramai seperti saranan NGO penentang ISA itu.

Keputusan PEWARIS dicapai dalam satu mesyuarat jawatankuasanya semalam, kata timbalan presidennya Rahimuddin Md Harun kepada Malaysiakini hari ini.

PEWARIS juga mencadangkan format pertemuan itu berlangsung sebagai “perbincangan” dan bukannya “perdebatan” yang mengutamakan kalah-menang pembicaranya.

“Tukar (debat) kepada perbincangan. Kita nak perbincangan, bukannya populariti,” kata Rahimuddin.

“(Perbincangan) ia lebih kepada menghuraikan kekusutan pemahaman, apa yang kita faham (tentang akta tersebut) dan apa yang GMI faham.”

“Kita bukan nak cari kemenangan,” tambahnya.

Isnin lalu, GMI mencabar PEWARIS untuk berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak akta tersebut pada 9 Mei dengan cadangan tajuk ‘Debat ISA: Haram atau Halal?’ yang dijadualkan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang.

Katanya, PEWARIS dicabar untuk mempertahankan ISA ekoran dakwaannya bahawa akta kontroversi itu “diperlukan untuk mempertahankan Islam”.

PEWARIS menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik.

Ditanya mengenai perbincangan tersebut dalam siaran Radio 24, milik agensi berita Bernama, bukannya di tempat yang telah dicadangkan GMI, Rahimuddin berkata, perbincangan melalui radio “lebih sesuai” untuk membolehkan rakyat mengetahui dengan lebih jelas.

“Biar (rakyat) satu Malaysia boleh dengar,” katanya.

Ditanya mengenai tajuk yang dicadangkan oleh GMI, beliau berkata, pihaknya menerima tajuk tersebut.

Ditanya mengenai tarikh dan masa yang telah ditetapkan, beliau berkata, ia terpulang kepada persetujuan stesen radio yang telah dimaklumkan oleh PEWARIS semalam.

“Saya berharap, agar GMI dapat menerima perubahan ini,” katanya.

Advertisements

One thought on “PEWARIS sahut cabaran GMI debat ‘halal-haram ISA’

  1. […] PEWARIS sahut cabaran GMI debat ‘halal-haram ISA’ « Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 128 other followers

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: