Pelantikan Speaker baru Perak tidak sah – Timbalan Speaker Dun Kelantan

Tinggalkan komen

Mei 7, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Lanjusoh

KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) – Tindakan Menteri Besar kudeta Barisan Nasional Perak, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir melantik Speaker baru, Dato’ R Ganesan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.

Malangnya biar pun tindakan itu tidak sah, namun pihak keselamatan dikatakan bersekongkol dengan kerajaan ‘haram’ dengan mengusung keluar Speaker, V Sivakumar ke tempat yang tidak diketahui.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat BN melantik Speaker baru, ketika Speaker lama masih ada adalah menyalahi peraturan.

Katanya, Speaker tidak boleh dilucutkan jawatan seperti yang dilakukan Adun BN di Perak memandangkan V Sivakumar belum meletak jawatan.

“Ini bermakna jawatan Speaker belum lagi kosong. Saya hairan mereka menggunakan peraturan mana tiba-tiba melantik Speaker baru ketika Sivakumar masih berada di atas kerusinya.

“Ini secara jelas mencabul undang-undang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Ini sesuatu yang cukup mengaibkan,” katanya di sini.

Persidangan Dun Perak hari ini menyaksikan suasana tegang sejak pagi tadi sehingga sekarang menyebabkan upacara perasmiannya tidak dapat dilakukan mengikut masa ditetapkan.

Ketika persidangan pagi tadi Zambry mengumumkan Speaker ditukar namun dibantah kesemua Adun Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan suasana menjadi tegang.

Biar pun tidak sah Ganesan diarah mengangkat sumpah dalam kelompok Adun BN dan dipakai jubah sebagai Speaker.

Pada peringkat awal persidangan pagi tadi dilaporkan Sivakumar enggan memulakan mesyuarat sekiranya Zambry dan enam anggota Exco kerajaan kudeta dan tiga Adun Bebas tidak keluar dewan.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, hanya dalam tiga situasi sahaja speaker baru boleh dilantik iaitu speaker sedia ada meletak jawatan, meninggal dunia atau selepas penggal baru persidangan Dun bermula.

“Jadi dalam situasi yang berlaku di Perak sekarang ketiga-tiga kriteria tersebut tidak dipenuhi, biar pun ada cadangan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Speaker.

“Samalah seperti berlaku di parlimen, tanpa kebenaran Speaker usul tidak dapat dibawa,” katanya.

Beliau juga berpendapat apa yang berlaku di Perak hari ini kelihatan seperti dirancang rapi memandangkan keabsahan tidak dimiliki kerajaan BN sekarang.

Menurutnya, BN akan melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan pasukan keselamatan dan kumpulan samseng bagi mencabut kuasa yang ada pada speaker.

“Biar pun pelbagai tindakan dibuat, rakyat di luar sudah tahu kerajaan mana sebenarnya yang sah di sisi rakyat. Saya percaya konflik itu tidak akan berakhir tanpa dibubarkan Dun Perak,” katanya.

Beliau juga menyelar tindakan polis menahan begitu ramai pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata menuntup kedhaifan politik di Perak. – mj

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: