Salah faham nisbah 3 Ulama’, 2 Profesional dalam kepimpinan Pas

Tinggalkan komen

Mei 7, 2009 oleh HermanSamsudeen


Saya terbaca blog seorang pimpinan berhubung cadangan pencalonan dari Kawasannya untuk 5 jawatan tertingggi parti iaitu Presiden, Timbalan dan 3 jawatan Naib. Menarik kerana beliau mengutarakan 3 alasan bagi mewajarkan pencalonan kawasan beliau iaitu;

  • Memilih calon yang jelas menyokong kerjasama Pakatan Rakyat. Setelah dipersetujui bahawa PAS menyokong kerjasama Pakatan Rakyat dan menolak apa-apa usaha untuk bekerjasama dengan BN, maka calon-calon dikaji dari sudut kesungguhan mereka menyokong kerjasama ini.
  • Memilih calon yang boleh menzahirkan serta melaksanakan prinsip gabungan Ulama’ dan Profesional yang telah diperjuangkan oleh Al-Marhum TG Yusuf Rawa dan Al-Marhum Ust. Fadhil Mohd. Noor, khususnya.
  • Mengekalkan nisbah 3 Ulama’ kepada 2 Profesional dikalangan 5 pimpinan tertinggi. Ini hanya merupakan perkara ‘optional’ dan pilihan semestinya berdasarkan kebolehan dan kemampuan seseorang untuk menunaikan peranan sebagai pimpinan tertinggi.
  • (saya terpaksa edit dan membuang beberapa ayat sebagai menghormati kawasan beliau dan pimpinan yang dibabitkan)

Bagi saya sesiapa pun boleh menyatakan seberapa banyak alasan bagi mewajarkan pencalonan mereka asal sahaja mereka mengerti akan dasar, matlamat dan hala tuju kepimpinan Pas. Walau anda sudah menyertai Pas sejak 50 tahun lalu, 40 tahun lalu, 30 tahun lalu, 20 tahun lalu, 10 tahun lalu atau pun baru semalam jadi ahli tapi kalau tak faham dasar utama perjuangan dan keutamaan dalam pemilihan kepimpinan Pas maka sama sahaja anda dengan anak-anak pasti yang baru mengenal logo Pas tapi tak faham lagi isinya.

Alasan memilih calon yang menyokong kerjasama Pakatan Rakyat merupakan satu alasan yang dangkal kerana hala tuju kepimpinan Pas tidak boleh digantungkan pada hubungan Pakatan Rakyat. Pas sentiasa bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan tiada satu pun jaminan yang boleh diberikan oleh mana-mana pimpinan bahawa Pas tidak boleh hidup tanpa Pakatan. Pas tidak terikat dengan Pakatan tetapi Pas punyai rasa hormat yang tinggi terhadap rakan-rakan dalam Pakatan maka alasan itu tidak wajar digunakan untuk mewajarkan pencalonan seseorang.

Adakah bila Pakatan Rakyat berpecah (semoga perkara ini tidak berlaku) suatu hari nanti, pimpinan yang dipilih kerana alasan kerjasama Pakatan Rakyat ini perlu Letak Jawatan dan dipecat jadi ahli! kita tidak mahu perkara itu berlaku namun, kita tidak boleh lawan takdir Allah jika ia ditakdirkan berlaku kerana kita sudah ada sejarah terhadap program kerjasama ini. Dan kita juga tidak sewenang-wenangnya membiarkan pimpinan merebut dan meletakkan jawatan sesuka hati hanya kerana krisis Kerjasama politik.

Ingat lagi, Tahun 1982, Tan Sri Asri meletakkan jawatan atas perpecahan yang berlaku dalam Pas angkara tindakan beliau membawa Pas masuk dalam BN (Harus diingat tindakan Tan Sri Asri tidak sama dengan Tindakan Dato’ Seri Hadi sekarang kerana Asri bawa Pas masuk BN. Hadi hanya hanya tawarkan Umno beri ruang kerjasama kepada Pakatan untuk bantu Rakyat tanpa perlunya Pas atau Pakatan sertai BN).

Seterusnya Pas dibawah pimpinan Dato’ Fadzil Nor juga pernah mengalami perpecahan dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Semangat 46, namun ahli parti jelas bahawa Presiden dan barisan kepimpinannya perlu terus pegang jawatan bukan kerana mereka sokong kerjasama APU atau tidak.

Seterusnya Pas bergabung dengan Pkr dan Dap melalui Barisan Alternatif. Tapi hubungan itu tak kekal lama bila Dap tidak bersetuju dengan dasar Negara Islam Pas. Maka tragedi itu yang berlaku selepas PRU-11 dipandang sepi kerana pada ketika itu Pas Kalah teruk di Terengganu jadi tiada sesiapa pun yang teruja mempertahankan kerjasama Barisan Alternatif selagi Dap tak terima dasar Pas itu.

Pemilihan Jawatan Presiden dan Timbalannya pada masa itu langsung tidak dijustifikasikan dengan alasan memperkukuhkan Kerjasama Barisan Alternatif.

Maka bila Pakatan Rakyat wujud mengapa ia perlu dijadikan alasan bagi meloloskan pencalonan seseorang dalam merebut jawatan Timbalan Presiden. Ingatlah kata-kata penegasan dari Musyidul Am, Tok Guru Nik Aziz dibawah agar kita tidak menjadi orang yang bodoh dalam memilih pemimpin hanya kerana bergayut pada hujah yang dangkal;

“Pas Sebagai Pembangkang Adalah Sebagai Penegur Dan Penasihat Kepada Pemerintah. Seandainya Kerajaan Pemerintah Menukar Perlembagaan Negara Dengan Meletakkan Islam Sebagai Wadah Perjuangan Dan Perlembagaan Negara, Pas Tidak Akan Menentang. Sebaliknya Pas Akan Bekerjasama Dan Bersatu Dengan Pemerintah Demi Kedaulatan Dan Keutuhan Negara”

Seterus, saya ingin menjawab alasan kedua beliau bahawa mereka mahu Timbalan Presiden dipilih dari kalangan mereka yang meneruskan prinsip gabungan Ulama’ dan Profesional yang telah diperjuangkan oleh Al-Marhum TG Yusuf Rawa dan Al-Marhum Ust. Fadhil Mohd. Noor, Khususnya.

Persoalan saya, adakah perjuangan gabungan Ulama’ dan Profesional terhenti setelah Dato’ Fadhil meninggal dunia hingga Dato’ Hadi tidak disebut sebagai pejuang yang mewarisi perjuangan itu. Kenyataan itu seolah-olah menafikan sumbangan Hadi yang selama ini menjadi gandingan utama Kepimpinan Ulama’ Pas bersama arwah Dato’ Fadhil. Kalau kita perasan, semasa Arwah Dato’ Fadhil hidup 3 wajah ulama’ sering menghiasi Banner dan Poster Pas iaitu, Nik Aziz, Fadhil dan Hadi. Kini hanya tinggal dua, Nik Aziz dan Hadi.

Perjuangan Profesional pula hanya bergema selepas Reformasi yang dicetuskan oleh Anwar dan berduyun-duyun kelompok ini menyertai Pas.

Tapi gelaran Profesional itu sendiri sudah diselewengkan dan disempitkan. Sesiapa yang ada gelaran Dr. merekalah profesional, Ir. pun profesional, Tuan Peguam pun Profesional, Arkitek yang singkatannya Ar pun sama. Adakah profesional ini hanya untuk mereka yang bangga dengan gelaran kerana ilmu dunia sahaja. Bagaimana ulama’ yang tahap ilmu mereka lebih hebat dari Dr. yang dapat Phd. Bukankah mereka juga seorang profesional. Malah mereka lebih baik dari seorang Doktor kerana mampu merawat penyakit hati dan rohani manusia. Mereka lebih baik dari seorang Engineer dan peguam kerana mampu tarbiyyah puluhan ribu Engineer dan peguam muslim untuk kembali pada syariat Allah

Dan kalau kita lihat dari dulu hingga sekarang, perjuangan kepimpinan Pas hanya menyebut kepimpinan Ulama’ bukannya kepimpinan Ulama’ dan Profesional seperti yang disebut oleh segelintir pihak yang cuba berlagak pandai dan mengubah sejarah. Kerana mereka lebih dulu sedar bahawa Ulama’ itu adalah pemimpin komuniti golongan profesional yang duduk dirangking yang pertama dalam senarai gelaran Profesional.

Walaubagaimana pun saya tidak menolak jika ada pimpinan profesional dalam hal dunia ini yang mahu tampil ke depan memimpin Pas, namun mereka kena faham bahawa Pas sebuah gerakkan Islam dan wajib dipimpin oleh Ulama’ bukan sekadar umara’ yang profesional sahaja. Nak tahu lebih lanjut tentang kepimpinan Ulama pergi tanya Cik Gu Pa, Subky dan Wan Mutalib kerana merekalah yang membawa usul ini dalam Muktamar Pas tahun 1982.

Hujah ketiga beliau bahawa kawasan beliau mahu mengekalkan nisbah 3 Ulama’ kepada 2 Profesional dikalangan 5 pimpinan tertinggi. Ini sungguh menarik, kerana jelas beliau mulai memainkan isu nisbah pula. Sesungguhnya beliau kena faham bahawa keutamaan perlantikan pimpinan adalah kalangan golongan Ulama’.

Bermula dari tahap golongan Ulama’, kalau tiada golongan ini maka mereka yang mempunyai pengetahuan Islam yang mendalam dan menganggap diri mereka sebagai profesional dalam hal dunia ini boleh dilantik. Jika Ulama’ dan golongan kedua ini sudah tiada barulah diberikan ruang pada profesional yang arif dalam hal dunia ini sahaja memimpin.

Persoalannya sudah habiskah Ulama’ dalam Pas?

Jawatan Presiden wajiblah diberikan kepada Ulama begitu juga Timbalannya. Jika Timbalannya gagal dalam melaksanakan amanah yang diberi maka wajib digantikan dengan Ulama’ yang lain.

Kerana apa? Sebagai Timbalan beliau merupakan orang yang paling hampir dan bakal mewarisi kepimpinan Pas, maka jika bukan Ulama’ yang duduk disitu, bila Presiden sudah tiada maka pastinya ahli tidak boleh menerima golongan yang hanya profesional  dalam hal dunia ini mengantikan beliau sedangkan ramai lagi Ulama dalam Pas yang layak tetapi buka bertaraf  Timbalan pada masa itu.

Begitu juga dalam senarai Naib Presiden, sekurang-kurangnya salah seorang dari 3 yang dipilih itu Ulama dan bersedia memikul tanggungjawab Timbalan atau Presiden jika keadaan memerlukan. Jika tiga-tiga Ulama lagi baik.

Tapi Pas tidak menutup ruang untuk kelompok profesional dalam hal dunia ini duduk di kerusi Naib. Maka ada ruang diberikan.

Cuma saya mengingatkan sekali lagi bahawa susunan keutamaan pemilihan pimpinan adalah seperti berikut; Pertama golongan Ulama’, kalau tiada golongan ini maka mereka yang mempunyai pengetahuan Islam yang mendalam dan menganggap diri mereka sebagai profesional dalam hal dunia ini boleh dilantik. Jika Ulama’ dan golongan kedua ini sudah tiada barulah diberikan ruang pada profesional yang arif dalam hal dunia ini sahaja memimpin.

Fikirlah hadis Rasulullah ini;

“Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, Allah memperjalankannya di atas salah satu jalan surga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap mereka karena ridha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya seorang alim itu dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang ada di dasar lautan. Sesungguhnya keutamaan seorang alim atas seorang abid (ahli ibadah) seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, melainkan mewariskan ilmu. Karena itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bagian yang besar.” (HR Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidzi, Ahmad, ad-Darimi, al-Hakim, al-Baihaqi dan Ibn Hibban).

Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menjelaskan dalam bukunya ‘Rasul dan Ilmu’, apabila ulama mampu menjana lima perkara berikut, pasti mereka akan dimuliakan Allah SWT, sekali gus melonjakkan mereka diri sebagai pewaris tugas nabi-nabi:

  1. Amanah terhadap ilmu yang dipelajari.
  2. Rasa mendalam terhadap tanggungjawab kepada agama, negara, masyarakat.
  3. Memilki ciri kemuliaan diri (untuk menyelamatkan agama daripada penyelewengan).
  4. Memilki ciri tawaduk yang diperlukan.
  5. Beramal sesuai dengan tahap ilmu di dada

Maka bukan senang kita nak meletakkan seseorang itu sebagai Ulama’ melainkan berdasarkan ilmunya yang mana asas ilmu adalah berkaitan dengan asas islam, sirah, siasah, hukum dan perundangan, tafsiran Al-Quran dan hadis serta gabungan ilmu dunia yang lain.

Jika ada Profesional yang sudah boleh mentafsir Al-Quran sehebat Sayyed Qutb maka mereka sudah tidak dipanggil Profesional lagi, malah masyarakat akan menganggapnya sebagai Ulama’ kerana peningkatan tahap ilmunya begitu tinggi dan setaraf Ulama’ yang lain.

Namun jika ia sekadar profesional yang tidak mampu menyeru anak buahnya bersolat melainkan hanya berpolitik sahaja maka lupakanlah hasrat itu jika sayangkan Parti Islam ini. Malulah pada Allah kerana merasa diri itu lebih hebat dari para Ulama’ yang sememangnya diiktiraf pewaris nabi diakhir zaman ini.

Saya bukan ingin merendahkan kemampuan mereka atau pun mana-mana sahabat yang bangga dengan gelaran dunia iaitu ‘profesional’, namun janganlah melampaui kemampuan yang ada kerana ilmu yang Allah berikan itu sewajarnya membuatkan anda semua berfikir. Ramai teman-teman saya dari kelompok Profesional diluar sana, namun mereka tetap merendah diri. Malah ada yang marah pada saya jika panggil dirinya dengan panggilan engineer, doktor atau tuan peguam. Mereka hanya mahu dipanggil saudara sahaja kerana bagi mereka, ilmu didada tidak setara Ulama’ untuk dikasta-kastakan dalam parti Islam ini.

Sesunguhnya banyak lagi posisi lain dalam Jamaah ini yang kita boleh menyumbang sesuai dengan kedudukan kita, ukurlah baju dibadan sendiri bukan sekadar mengukur pada kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat! Pas adalah Pas dan selamanya ia adalah Gerakan Islam yang bukan sekadar parti Politik. Maka ia wajib dipimpin oleh Ulama’.

Herman-Secara peribadi, saya lebih suka  jika suatu hari nanti semua jawatan tertinggi Parti termasuklah AJK Pas Pusat diputuskan melalui mesyuarat Majlis Syura bukan lagi melalui undian. Walaubagaimana pun, setiap kawasan diberikan hak menamakan calon mereka dan menyerahkan maklumat terperinci termasuklah hal ehwal baik buruk calon mereka itu kepada Majlis Syura terlebih dahulu. Maka Majlis syura selepas itu akan meneliti secara ilmiah dan akan memilih kalangan senarai calon itu mereka-mereka yang paling layak untuk memegang tampuk kepimpinan. Pastinya pemilihan akan dibuat tanpa bersandarkan populariti semata-mata kerana Ulama’ dalam Majlis Syura lebih tahu siapa ulama’ dan siapa profesional dunia!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: