Speaker DUN Perak diseret keluar

1

Mei 7, 2009 oleh HermanSamsudeen


alaysiakini :Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan pada petang ini.

Tindakan Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

Tidak lama kemudiannya, kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita di dalamnya.

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 02Tetapi Sivakumar yang juga ADUN DAP itu tidak kelihatan di dalamnya.

Sementara itu, Datuk R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan – Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) – tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Speaker itu menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 the bestRaja Nazrin Shah kemudiannya berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN.

Baginda kemudian kelihatan bertitah kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan).

Mohd Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.

Raja Nazrin berangkat pulang selepas menyampai titah dan merasmikan sidang DUN dan kelihatan diiringi oleh Mohd Nizar.

Baca berita lanjut

One thought on “Speaker DUN Perak diseret keluar

  1. max berkata:

    Siapakah dalang disebalik rampasan kuasa tidak bertamadun ini. Najib, Mahathir, atau Zambry atau sesiapa ?Memang ini bukan kerja atau idea dari manusia separuh akal binatang seperti ADUN-ADUN dari BN, mesti ada pereka strategi pengambilalihan kuasa yang lebih berani, yang hanya menfokuskan kepada pengambilahan KUASA walau dengan apa cara sekali pun.

    Saya tidak dapat mencari mana mana negara di peta dunia yang menggunakan cara hina seperti ini, biarpun dari benua Afrika. Negara-negara yang lebih mundur dari Malaysia ada cara mereka pun. Kita tidak boleh berbangga dengan apa apa lagi dengan kemajuan fizikal negara kita, ini kerana kebebasan tersekat dan tidak ada jalan keluar atau remedy.

    Kejadian semalam ada kemungkinan menjadi peristiwa berdarah, memang itu yang UMNO mahu. Tetapi penghargaan kepada PR kerana bersabar dan penuh keimanan. UMNO sentiasa mencari jalan untuk memerintah Malaysia dalam Ordinans darurat seperti Mei 13. Tiada pilihan raya langsung atau akhbar nati

    Saya ada mendengar manusia yang menjual badan untuk mencari duit untuk makan dan minum untuk keluarga. Orang -orang seperti Hee dan Ganesan sama seperti penjual tubuh badan untuk memuaskan nafsu pelanggan mereka.

    Memang UMNO tidak cukup jantan menghadapi realiti dan kekalahan mereka di tangan rakyat. Tetapi menggunakan taktik kotor dan hina seperti ini, semata-mata mahu mengekalkan prinsip “Ketuanan” mereka.

    Saya rasa hanya Tuhan yang mampu menyelematkan bumi Malaysia.

    Barisan pemimpin PR perlu menganjurkan upacara doa dan sembahyang secara besar -besaran, dan memohon bumi Malaysia diselamatkan dari aniaya manusia manusia jahat dan kejam. Hanya itu yang kita manpu buat menhadapi pengganas-pengganas seperti BN atau UMNO.

    Sesiapa yang masih ingat Saddam Hussain diheret oleh tentera Amerika, patungnya dibaling kasut, tidak diberi pengadilan sewajarnya dan kemudianny dibawa ke tali gantung, apa bezanya dengan layanan yang diberikan kepada Siva dalam hal ini. Cuma dia tidak diapa-apakan, tetapi mungkin beberapa langkah dari kemungkinan kejadian itu jika Sdr Siva masih berdegil lagi dengan kerusinya itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: