“Membujur Lalu Melintang Patah” – Presiden PAS Ulangi Amaran

Tinggalkan komen

Mei 10, 2009 oleh pemudawilayah


Oleh SM Noor

MARANG, 9 Mei – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya.

Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, semalam, mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.

“Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara), (klip Video Didalam)

“kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa,”ujarnya.

Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.

“Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, UMNO ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada,

“kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar,

“tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!”jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan UMNO dan Barisan Nasional oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.

Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

“Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya,”tegasnya.

Katanya PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: