Kenyataan Media : Pemuda PAS Titiwangsa bantah merobohkan India Settlement

Tinggalkan komen

Mei 10, 2009 oleh pemudawilayah


Pemuda PAS Titiwangsa membantah sekeras-kerasnya tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan merobohkan rumah penduduk di India Settlement Kg Pandan. Pagi tadi, DBKL telah memberikan notis kepada penduduk India Setlement, bahawa kerja merobohkan akan dilakukan pada 14 Mei ini.

Tindakan meroboh ini menunjukkan kerajaan langsung tidak mempedulikan nasib rakyat di situ. Kerajaan dilihat hanya terus mengejar kemajuan dan keuntungan  tanpa menoleh dan memikirkan nasib rakyat yang ditimpa kesusahan.

settlement

Slogan “One Malaysia” ciptaan Dato’ Seri Najib yang kononnya akan mengutamakan kesejahteraan rakyat menjadi laungan kosong semata-mata.

Walaupun pihak yang bertanggungjawab telah menyediakan penempatan di Kampung Muhibbah, Puchong ia masih tidak menyelesaikan masalah penduduk India Settlement malah akan lebih menyukarkan hidup mereka. Hampir semua penduduk India Setlement bekerja di Kuala Lumpur dan anak-anak mereka bersekolah di sekitar Kampung Pandan.

Bayangkan bagaimana sukarnya hidup mereka ini apabila terpaksa tinggal di Puchong kerana rata-rata penduduk India Settlement akan masuk kerja pada pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Jarak perjalanan yang lebih jauh di tambah lagi dengan keadaan jalan yang sentiasa sesak pada waktu pagi, akan melambatkan mereka masuk kerja dan seterusnya memberi kesan negatif prestasi mereka di tempat kerja. .

Jika mereka berhenti kerja, mampukah kerajaan memberi jaminan mereka mendapat kerja di sekitar kawasan penempatan baru nanti.

Selain itu, anak-anak mereka pula terpaksa berpindah ke sekolah lain yang lebih jauh kerana kami mendapat maklumat kawasan penempatan yang disediakan adalah jauh daripada sekolah.

Sehubungan dengan itu, kerajaan sepatutnya menyediakan tempat tinggal yang sesuai dengan mengambil kira faktor pekerjaan penduduk dan pendidikan anak-anak mereka.

Wilayah Persekutuan dibawah pentadbiran baru Dato’ Raja Nong Chik sepatutnya menunjukkan keprihatinan lebih baik kepada rakyat dan penduduk di sekitar Kuala Lumpur yang semakin tenggelam dicelah-celah pembangunan.

Pihak berkuasa juga mesti terlebih dahulu memahami, meneliti dan mengutamakan nasib penduduk India Settlement sebelum bertindak merobohkan kawasan tersebut. Jangan kita mengorbankan hidup rakyat demi mengejar pembangunan yang belum tentu berguna kepada rakyat.

Pemuda Titiwangsa mengajak semua rakyat yang cintakan keadilan bersama-sama penduduk India Settlement turun membantah tindakan DBKL ini pada 13 Mei 2009 (Rabu) di hadapan bangunan Dewan bandaraya Kuala Lumpur dan mempertahankan India Settlement dari dirobohkan pada 14 Mei 2009.

Raja Sidqi Raja Lope
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: