Siasat ‘Pembantu-pembantu’ itu

1

Mei 10, 2009 oleh pemudawilayah


ImagePasir Gudang, 9 Mei – Ketua  Lajnah  Keahlian dan Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Khir Muntanazar Ismail dalam suatu kenyataan telah menggesa pihak PAS Pusat supaya segera menyiasat kandungan kenyataan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz di dalam blognya, http://nikabduh.wordpress.com berhubung  kewujudan ‘pembantu-pembantu’ yang cuba bertindak melaga-lagakan kepimpinan ulamak tertinggi di dalam PAS.

“Saya menggesa pihak-pihak yang berautoriti di dalam PAS Pusat supaya segera menyiasat dengan terperinci isi kandungan dakwaan Ustaz Nik Abduh di dalam blognya pada bulan lalu berhubung kerja-kerja bodoh seumpama ini kerana ia adalah sesuatu yang amat serius”, kata beliau.

“Tidak kira sama ada dakwaan itu suatu tuduhan berasas atau sebaliknya, ia perlu disiasat dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia membabitkan kepentingan serta masa depan parti”, ujar  beliau lagi.

Menurut beliau, dalam Islam, siasatan perlulah dilakukan terhadap isi kandungan sesuatu dakwaan apabila terdapat bukti dan bukan semata-mata menyiasat pihak pendakwa atau pemberi maklumat yang terbabit. Jika ini berlaku, maka kejahatanlah yang akan berleluasa manakala mereka yang cuba membenterasnya akan merasa terhalang.

Sehubungan itu, beliau dalam kenyataannya berharap agar kandungan dakwaan itu disiasat sehingga ke ‘akar umbi’ demi memelihara keharmonian ukhuwah di kalangan sesama ahli dan penggerak parti, lebih-lebih lagi dalam suasana musim pemilihan yang sedang rancak ini.

Beliau juga berdoa semoga Kepimpinan Ulamak di dalam PAS terus dipertahankan oleh setiap ahli di setiap peringkat selama mana ia terus bergerak di atas manhaj kenabian yang didokong oleh warasatul anbiya’ (waris para nabi).

One thought on “Siasat ‘Pembantu-pembantu’ itu

  1. katakpuru berkata:

    SETUJU BENAR AMBO….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: