Haron Din syor PAS ubah sistem pemilihan elak ditembusi “musuh”
3Mei 26, 2009 oleh HermanSamsudeen
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR: PAS yang melihat kedudukannya semkin bertapak dalam arena politik negara ini disaran agar mengubah sistem pemilihan bagi mengelak situasi “memenangkan musuh Islam.”
Antara cadangan yang diutarakan ialah menerapkan kaedah pemilihan kepimpinan PAS berdasarkan pelantikan kepimpinan sebagaimana kitab feqah.
Ia antara syor dikemukakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dalam satu kertas kerja dibentangkan pada seminar sempena sambutan 25 tahun kepimpinan ulama PAS dekat sini Sabtu lalu.
Kertas kerja itu bertajuk Memperkukuh Kepimpinan Ulama”. Seminar itu diadakan secara tertutup.
Dalam kertas kerja itu yang diperoleh kemudian, beliau menekankan “pemimpin tertinggi mestilah daripada kalangan ulama.”
“Dalam konteks ini perlu difikirkan manakah portfolio penting yang mesti dipegang oleh ulama,” katanya.
Sehubungan itu jelas beliau, pengesahan atau kelulusan jawatan pemimpin juga harus dilakukan oleh ulama.
“Ini jelas melalui perbincangan syarat Ahlul Halli Wal Aqdi dan syarat Ahlul-Ikhtiar,” katanya lagi.
PAS mengadakan pemilihan hujung minggu depan dan baru-baru ini wujud polemik peranan dan kedudukan pemimpin kalangan ulama dalam PAS.
Dalam konteks PAS, jelas beliau, perlu dibuat pembaharuan berhubung aspek calon-calon pemilihan PAS dan pengesahan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS yang dilantik dalam muktamar.
“Calon-calon pemilihan ini perlu disemak kelayakannya oleh Majlis Syura sebagaimana semakan calon pilihan raya.
“Calon-calon yang dilantik dalam muktamar hanya sah secara rasmi selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Majlis Syura,” jelas beliau.
Beliau menambah, perlu diletakkan syarat mereka yang bertanding dalam pemilihan PAS berpandukan pada portfolio ditandingi.
“Kelayakan ini bukan direka oleh ulama atau Majlis Syura tetapi ia mestilah diadaptasikan daripada syarat kelayakan digariskan dalam kitab feqah supaya syarat kelayakan ini tidak dituduh bias kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.
Mengenai asas kepada pandangan itu, beliau berkata, sesiapa sahaja di kalangan ahli PAS layak bertanding di peringkat tertinggi sebagaimana digariskan oleh Perlembagaan.
“Ini menjadikan musuh dalam yang dirancang oleh musuh luaran berpeluang menduduki tampuk kepimpinan tertinggi parti.
“Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri.
“Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.
“Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam organisasi Islam di peringkat dunia,” katanya lagi.
Herman-Bersangka baik adalah adab dalam Pas, tapi dalam masa yang sama menyiasat latar belakang ahli baru dan juga ahli lama yang diragui juga adalah tanggungjawab bagi memelihara kesinambungan kepimpinan dan Jamaah keseluruhannya. Jadi kena bijak untuk laksanakan dua sifat ini agar orang berminat jadi ahli dan dalam masa yang sama kualiti keahlian kita terjaga.
Dalam ilmu hadith ada bab tajrih dan ta’dil…takkan dalam memilih kepimpinan tak diadaptasikan kaedah tersebut?
saya bersetuju penuh ulama mengetuai kepimipinan pas.sementara naib2 presiden boleh dibukak kepada bukan ulama.bukan apa,takut2 apa yg dikatakan oleh tuan guru menjadi kenyataan.
jgn sampai ada pemimpin pas menjadi pak turut kpd pemimpin parti lain.lebih2 lagi parti bukan islam.
Apabila pemimpin parti bukan Islam seperti DAP bercakap dan memperleceh Tuan Guru Hadi boleh dibiarkan dan pemimpin Melayu Islam seperti dari UMNO disanggah, dimanakah kedudukan PAS yang boleh disanjung. Sesetengah pemimpin Pas menjulang Anwar sehingga pemimpin tertinggi Pas tertinggal. Apakah dengan Anwar menjadi PM nasib Islam akan terbela. Jangan lupa, atas dasar PR, pimpinan NIzar di Perak didominasi oleh DAP. Itulah juga yg akan berlaku nanti setakat PAS dapat menjadi TPM. Adakah itu yg boleh kita banggakan?