Muslimat Titiwangsa anjur ‘Kem Survivor Remaja’
Tinggalkan komenMei 26, 2009 oleh HermanSamsudeen
Oleh Hj Roslan Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) – Muslimat PAS Titiwangsa akan menganjurkan ‘Kem Survivor Remaja’ di Kem Cemer Kau, Cekas, Ulu Dong, Raub, Pahang, selama tiga hari (1-3 Jun) pada cuti sekolah ini.
Pengarah Bersama Program, Samilah Said dan Aishah Wahab, berkata antara matlamat kem itu adalah bagi melahirkan generasi yang cintakan Allah SWT, membentuk individu yang sayangkan ibu bapa, meningkatkan motivasi diri, cinta kepada ilmu, berfikiran kreatif dan membentuk generasi bertakwa.
Bagi melicinkan program, peserta dibahagikan kepada dua tahap; bagi Tahap I kanak-kanak berusia 10-12 tahun yang dikenakan bayaran RM120 manakala Tahap II, remaja berusia 13-17 tahun yang dikenakan bayaran RM130.
Tarikh tutup penyertaan adalah 26 Mei, mereka yang berminat dikehendaki menghubungi penyelaras di talian 019-2852723 dengan segera kerana tempat terhad