Waspada ‘musuh dalam selimut’ PAS-Dr. Harun Din

1

Mei 26, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Jimadie Shah Othman

PAS harus berhati-hati terhadap usaha “musuh dalam selimut”, termasuk yang ditaja oleh Umno atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti – demikian amaran timbalan mursyidul amnya.

Datuk Dr Haron Din berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.

“Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.

“Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti,” katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini.

“(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

“Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia.”

Dr Haron, yang menarik diri baru-baru ini daripada persaingan merebut kerusi timbalan presiden PAS, menggesa parti itu menyediakan garis panduan yang lebih ketat dalam pelantikan barisan pemimpin kanannya.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas ucapan dan saranan Dr Haron ini ketika dihubungi selepas program tersebut petang ini.

Program ini khas untuk PAS dan wartawan tidak dibenarkan menghadirinya tetapi beberapa kerat kenyataan tersebut – difahamkan daripada teks ucapan 10 halaman – didedahkan kepada media oleh peserta.

Seminar hari ini – dibuat bersempena sambutan 25 tahun kepemimpinan ulama yang jatuhnya pada 2007 – menimbulkan kontroversi dalam PAS apabila dibuat menjelang muktamar dan pemilihan parti antara 5 hingga 7 Jun di Shah Alam.

Sesetengah pihak dalam parti itu mendakwa seminar anjuran Dewan Ulama ini yang diwajibkan kepada pemimpin PAS kawasan, wakil rakyat dan ahli jawatankuasa pusat parti hanya didominasi pembentang kertas kerja dan pengulas daripada aliran pro-muqabalah.

Beberapa peserta yang dihubungi berkata sesetengah pemimpin PAS yang hadir tidak senang dengan kenyataan tokoh ulama itu yang disifatkan mengkritik aliran pro-Pakatan Rakyat atau dikenali juga “kumpulan Erdogan.”

Pembentang-pembentang lain termasuk bakal ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib – yang dikatakan pro-muqabalah – tidak mengambil peluang menghentam pihak lain.

Sementara beberapa peserta lain enggan mengulas kenyataan kontroversi tersebut – dipercayai bagi menjaga imej parti di mata umum.

Malaysiakini cuba mendapatkan reaksi lanjut Dr Haron berhubung perkara tersebut.

Herman-Nampaknya apa yang disebutkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Dr. Harun Din  itu itu tepat dan benar. Lihat sahaja artikel diatas, macam mana maklumat berhubung Ucapan Dr. Harun Din boleh sampai kepada media khususnya Jimadie jika bukan ada pengkhianat dalam parti yang datang program itu.

Program berkenaan adalah sulit dan wartawan dilarang untuk masuk. Tapi dengan begitu mudah pula Jimadie dapat kertas kerja itu dari ‘musuh dalam selimut’. Moga Allah melaknat orang itu.

One thought on “Waspada ‘musuh dalam selimut’ PAS-Dr. Harun Din

  1. sebal berkata:

    Masa dulu-dulu..org pas takut dengan group IRC..maka tiap kali muktamar kecoh pasal IRC..kesian anak-anak muda masa tu yang berminat dgn islam…telah d cop IRC…dari ramai-ramai tinggalah sorang IRC atau yang mirip IRC iaitu Khali Samad…lepas iRC . takut dgn geng UM..masa ni Malik Hussien n ke geng kempen utk lawan geng UM..utz muhamed hussien tanding ketua pemuda dgn sapa yeee,,,,mat sabu kot lupa pulak..Husam ni kira geng UM lah…lepas tu…tenang sekejap…Lani timbul balik..geng -geng dlm PAS semula Ulama and non ulamak…jadi utk senang yang bukan ulamat d cop geng pro anwar n maybe musuh dlm selimut lah…apalah…..ni semua main nan org PAS yang tak ada telor..klo mau bertanding..Janganlah tuduh org lain (pimpinan Pas lain atau lawan bertanding) sebagai geng A ke Geng B.. Tanding ajelah apa-apa jawatan yang layak seperti TGNA cakap and InsyaAllah ahli pas and perwakilan Pas adalah bijak-bijak belaka..kata politik islam…bila mau bertanding tak ikut islam ,, ,, semua org tak betul dia aje yang betul..ni daa kata musuh dlm selimutlah..erdoganlah ,,,,korang ingat lagi tak…masa mula-mula issue anwar utz harun dinlah yang p ceramah rata…klo macam tu..utz harun din kira barua anwarlah…tapi tentu ko org kata tidak kan…sebab..utz harun ceramah utk beritau yang anwar telah d fitnah….jadi janganlah kita tuduh pimpinan kita sebagai erdogan, musuh dlm selimut, mee celop dan sebagainye..seolah hanya ko org aje yang bekerja utk pas..ala..klo mesyuarat kabinet pun bolih bocor…ini kan pulak majlis open macam tu….lani zaman IT…klo jujur kenapa mau tertutup…kan elok semua org tau apa yang para ulamak bahas..dan bentangkan dlm program tu…islam tu mana ada sembunyi-sembunyi…klo khalwat tu adalah….barang baik takan mau sorok-sorok…klo sorok-sorok…dah tak betul..bro..oklah banyak pulak gue celoteh..cubit sikit aje…sebab gue sebal…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: