GAMIS tak setuju Sister In Islam haram?

2

Jun 12, 2009 oleh ruslyislam


Saya sangat terkejut apabila ketua majlis dakwah Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia, Yusri Hafiz menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan usul Sister In Islam diharamkan sekiranya bertentangan dengan syariat seperti yang diluluskan di dalam muktamar PAS ke-55 baru-baru ini. (klik disini)

Beliau menyifatkan kenyataan usul itu sebagai suatu saranan penyelesaian masalah gerakan Islam Liberal yang kurang tepat.

Selain itu kata beliau juga ia suatu tindakan yang tergesa-gesa dan menutup pintu perbincangan dan dialog peradaban sambil menjual nama Almarhum ustaz Fadzil Nor dan YB Salahuddin Ayub. Kononnya kenyataan haram seolah-olah PAS merobohkan ikatan “engagement” dan kononnya ulama-ulama PAS ketandusan hujjah untuk berdepan dengan Sister In Islam.

Sungguh sedih apabila GAMIS generasi kini lebih bersifat liberal. Sedangkan dulu GAMIS lah antara yang dihadapan berdemo bersama pimpinan-pimpinan PAS mempertahankan aqidah umat Islam di dalam isu artikel 11.

Sister in Islam lah antara dalang di dalam kumpulan artikel 11 yang cuba menuntud kebebasan murtad dibawah artikel 11 selain cuba meminda bidang kuasa mahkamah syariah di bawah Perkara 121(1A) perlembagaan persekutuan.

Untuk pengetahuan GAMIS, PAS tidak pernah takut untuk berdebat dengan Sister In Islam malah PAS tidak akan pernah menutup pintu perbincangan mengenai Islam sekiranya SIS ingin berbincang. PAS bersedia bila-bila masa jika Sister In Islam ingin berdebat.

Dasar “enggagement” PAS yang dipelopori oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor dan Salahuddin Ayub tidak pernah membataskan perjuangan PAS mempertahankan aqidah umat Islam. Apatah lagi berdepan dengan golongan munafik seperti Sister In Islam.

Usul agar SIS disiasat dan diharamakan sekiranya SIS melanggar syariat tidak sama sekali bermaksud menutup ruang perbincangan dan perdebatan sekiranya itu SIS mahukan. PAS tidak pernah gentar apatah lagi untuk berdepan dengan golongan liberal yang ingin mengelirukan Islam.

PAS sendiri pernah cuba untuk berdialog dan berdebat dengan golongan ini tapi tidak jadi dengan pelbagai alasan yang mereka berikan. Kalau adapun perbincangan dan debat bukan dengan PAS. Oleh itu tidak timbul soal PAS menutup ruang perbincangan.

PAS memutuskan supaya Sister In Islam disiasat dan diharamkan kerana mereka menggunakan label Islam (SISTER IN ISLAM) dalam menyebarkan dakyahnya. Menggunakan nama Islam untuk merosakkan Islam adalah suatu gerakan yang sangat merbahaya kepada umat Islam. Apatah lagi suasana dimana umat yang cetek kefahaman mengenai Islam.

Sejarah Islam memperlihatkan bagaimana antara perkara awal yang Saidina Abu Bakar lakukan selepas diangkat menjadi khalifah, beliau memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku menjadi nabi. Beliau turut memerangi golongan orang yang enggan membayar zakat.

Adakah Saidina Abu Bakar menutup ruang perbincangan dan diskusi mengenai Islam. Adakah Saidina Abu Bakar itu keras sedangkan beliau dikenali seorang yang sangat lebih berlemah lembut berbanding sahabat-sahabat lain seperti saidina Umar r.a.

Tidak ada bezanya kumpulan Sister In Islam yang menggunakan nama Islam mempertikaikan hukum Islam dengan golongan nabi palsu dan orang-orang yang enggan membayar zakat pada zaman Khalifah Abu Bakar.

Malah Sister In Islam ini lebih merbahaya kerana menggunakan label Islam pada namanya.

Adakah GAMIS sudah kendur hendak berdepan dengan gerakan-gerakan sosialis kerana hendak menjaga hati dan perasaan rakan-rakan liberal mereka? Mengapa sampai takut kita mengungkapkan perkataan haram pada Sister in Islam yang jelas menjadi memusuhi Islam??

Atau, adakah GAMIS kini sudah berubah mengiktiraf Sister In Islam sebagai gerakan dakwah?

Keputusan Muktamar PAS adalah hak ahli-ahli PAS. Sekiranya GAMIS melihat PAS ini tidak mempunyai Ahmad Deedat, pergilah cari Ahmad Deedat ditempat yang lain.

Berikut berita penuh tersebut:

Ketua Majlis Dakwah GAMIS, saudara Yusri Hafiz menyatakan sikap tidak bersetuju beliau di atas tindakan PAS mengusulkan agar SIS diharamkan. Beliau mensifatkan kenyataan usul itu sebagai suatu saranan penyelesaian masalah gerakan Islam Liberal yang kurang tepat. “Semua orang yang cintakan perjuangan Islam kenal benar siapa sebenarnya Sisters in Islam.
Namun, apabila sebuah gerakan Islam yang kononnya melaungkan slogan gerakan dakwah membuat usul mendesak kerajaan mengharamkan SIS dan usul itu diterima tanpa bahas, ia adalah satu tindakan yang kelihatan tergesa-gesa dan menutup pintu-pintu perbincangan, dialog peradaban dan ruang diskusi hujjah yang ilmiah yang selama ini banyak dipelopori oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor dan bekas Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub. Kenyataan “mengharamkan” seolah-olah PAS merobohkan ikatan “engagement” yang selama ini menjadi nadi kekuatan luarbiasa parti Islam itu, sekaligus semacam menyerlah ulama-ulama PAS ketandusan hujah untuk menjawab dan berdepan dengan apa cara sekalipun dengan SIS yang hanya beberapa kerat wanita sahaja terbabit.”
“Kenapa kita tidak berdepan dengan golongan ini ? Kenapa ramai jadi keliru mengenai Islam ? Benar, SIS adalah dalangnya, namun di mana pula peranan PAS selaku gerakan dakwah duta penyelamat dan kasih sayang yang sentiasa membawa burhan yang bersifat bayyinat (hujjah yang jelas dan terang) ? Islam tak pernah lekang dari hujjah yang jitu dan kuat, rapuhnya ideologi perjuangan Islam Liberal sepatutnya mampu dipatahkan secara bersemuka seperti yang mampu dilakukan Syekh Ahmad Deedat. Di mana Deedat dalam PAS ? “, demikian luahan saudara Yusry Hafiz ketika dihubungi Gamis Daily bagi mendapatkan pandangan beliau.
Advertisements

2 thoughts on “GAMIS tak setuju Sister In Islam haram?

  1. Faisal berkata:

    It’s been my responsibility and pleasure as a Muslim to resist the Sister In Islam. I can’t stress my support anymore with PAS decision to label the the Sis in Islam as a ‘HARAM’. This so called movement to make Islam outstanding is indeed a treacherous entity. And to add to the injury, as you were sayin’ they’re literally using the Islam word in as their name / slogan. A real Muslim can certainly find their fault, I mean..a lot of them as such supporting the article 11 matter etc. And real Muslim could easily differentiate between the real party and the utterly false one…this must be stopped. otherwise, their movement will continue to do much2 more damage to our beloved religion…

  2. man berkata:

    sepatutnya dah lama dah SIS diharamkan.tapi kenapa?sebab ada anak2 orng yg trtntu yang duduk brtapa kt dlm tu.jadi orng yg ada kuasa pun x berani nk bt apa.kenapa?nanti trlepas pulak jawatan kat dunia ni pada orng lain.So daripada hilang jawatan lebih baik hilang pahala,pahala ngan dosa orang x nampak(walaupun diaorang mmng arif ttng benda ni).Diaorng kt dlm SIS pun bukan x tau apa yang diaorng bt pada Islam tu x betul tapi sebab hati terlampau cinta pada dunia dan segala isinya maka hati pun jadi sombong sampai sanggup CABAR ALLAH.kalau rasa nak bebas sangat pegilah cari satu tempat yang bukan dibawah takluk jajahan ALLAH,kt situ kauorng boleh buat apa yang kauorng nak buat.JADI X DE SAPA NAK MARAH DAN KACAU KAUORNG.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: