Pembantu rumah Islam untuk majikan Islam sahaja

Tinggalkan komen

Jun 29, 2009 oleh HermanSamsudeen


Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, 25 Jun, Malaysian Insider — PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan pihak Kerajaan Pusat supaya mengujud peraturan baru membenarkan pembantu rumah yang beragama Islam untuk bekerja kepada majikan yang beragama Islam sahaja.

Pesuruhjaya PAS negeri, Muhamad Nohd Nor mencadangkan pihak yang berkuasa perlu mengadakan peraturan ini bagi mengelakkan kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingni terhadap pembantu rumah yang beragama Islam.

“Sudah tiba masanya kerajaan membuat dasar melarang pembantu rumah berbangsa Melayu dan beragama Islam daripada bekerja di rumah majikan bukan beragama slam,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

“Peraturan ini sewajarnya juga dikenakan kepada pengusaha dan pencari pembantu rumah supaya mereka dapat mematuhi peraturan ini,” katanya lagi.

Beliau diminta mengulas berikutan majoriti pembantu rumah yang beragama Islam dari negara jiran seperti Indonesia bekerja bersama majikan bukan Islam terutamanya di kawasan Lembah Kelang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berpendapat pembantu rumah beragama Islam khususnya yang terdiri daripada warga Indinesia terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini menurut Islam.

“Saya tidak menafikan ada majikan bukan Melayu/Islam yang baik, namun risiko warga Indonesia berbangsa Melayu/Islam terdedah kepada perkara-perkara yang tidak diingni adalah terlalu tinggi,” katanya.

Selain itu, Muhamad juga mencadangkan kepada NGO aliran Islam supaya memantau dan menyediakan satu garis panduan kepada pembantu rumah warga Indonesia berkaitan dengan kedudukan Islam di negara ini.

Menurut beliau, garis panduan ini adalah merujuk kepada kesesuaian dan adab Islam yang diamalkan di negara ini yang mungkin sedikit berbeza dengan negara mereka.

“Ini akan memberi sedikit kemudahan kepada mereka untuk memahami amalan Islam negara ini sebelum mereka bekerja di negara ini,” katanya.

Dia juga mengakui pernah mendapat maklumat dari media mengenai masalah yang dihadapi oleh pembantu rumah warga negara Indonesia yang beragama Islam sehingga menghadapi kesukaran untuk menunaikan ibadah dan makan makanan halal.

Bagaimanapun Muhamad tetap menegaskan adalah tidak wajar pembantu rumah yang beragama Islam bekerja dengan majikan bukan Islam kerana ia mudah terdedah kepada perkara yang tidak diingini.

“Elakkan jika mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian,” nasihat beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 134 other followers

Jun 2009
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: