PAS tolak kerjasama politik dengan Umno

Tinggalkan komen

September 9, 2009 oleh ruslyislam


Irwan Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.

Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Mustafa menegaskan PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno jika hubungan yang mahu dibina itu untuk kepentingan masyarakat umum, ummah dan negara serta mengadakan hubungan antara kerajaan dan kerajaan.

“Jika Najib maksudkan mahu berunding dengan PAS untuk mengadakan hubungan dari sudut politik, saya ingin tegaskan kita tolak kerana sejak tahun 1999 hingga 2008 sudah ada hubungan politik antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Hubungan politik yang kita (PAS) bina antara DAP dan PKR dalam konteks demokrasi untuk menghadapi pilihan raya sudah terbukti berjaya hingga membentuk kerajaan di lima buah negeri.

“Selain kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, hubungan politik antara PAS, DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat juga sudah membuktikan kejayaan dalam tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008 hingga kini,” tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Beliau juga menegaskan kerjasama politik dengan pihak selain Pakatan Rakyat – Umno atau pihak-pihak lain – tidak perlu diadakan.

PAS, tegas Mustafa, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan diterima rakyat sebaliknya bersedia untuk menerima Umno jika parti itu mahu bersama menyertai Pakatan Rakyat.

Image“Apakah Umno sanggup tinggalkan Barisan Nasional (BN) yang semakin rapuh untuk menyertai Pakatan Rakyat yang kian kukuh?” soal beliau.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun)Bagan Pinang yang dijangka akan diadakan selepas Aidil Fitri, Mustafa menjelaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan mengenai tarikh membuang undi dan juga undi pos.

Beliau meminta SPR supaya menetapkan hari pengundian tidak lagi dijalankan pada hari bekerja seperti mana pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan Permatang Pasir yang menyaksikan peratusan keluar mengundi turun kerana ramai yang tidak dapat mengundi kerana terikat dengan kerja.

“Kita (PAS) mahu pilihan raya di negara ini telus dan adil dan kerana itu kita mahu SPR menghormati hak-hak pengundi,” kata beliau.

Ketika diminta mengulas peluang untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut, Mustafa menjelaskan PAS mempunyai peluang untuk menang tetapi mengakui ia bukan satu perkara yang mudah kerana faktor undi pos yang berjumlah 5,000 di Dun tersebut yang selalunya akan berpihak kepada BN.

Namun kata beliau, calon PKR, Roslan Kasim berjaya memenangi pilihan raya kecil Dun Teluk Kemang pada tahun 2001 biarpun terdapat undi pos.

Mustafa juga menjelaskan, PAS akan memilih calon selepas meneliti senarai yang akan diterima tetapi mengesahkan calon dari Negeri Sembilan akan dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Ketika diminta mengulas berhubung cadangan Umno Bahagian Teluk Kemang yang mahu Tan Sri Isa Samad menjadi calon BN di Bagan Pinang, Mustafa menegaskan, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan menjadi liabiliti kepada Umno.

“Isa akan jadi liabiliti kepada Umno jika beliau yang bertanding di Bagan Pinang kerana pernah digantung keahlian dan dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan rasuah politik dan (kes itu) disahkan oleh Umno sendiri,” tegas beliau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: