Suhakam minta rakyat undi yang pro hak asasi

2

September 10, 2009 oleh ruslyislam


Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman mengingatkan rakyat negara ini supaya mengundi mereka yang pro hak asasi untuk menyelesaikan isu tersebut di negara ini.

Sambil mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai rekod hak asasi yang sempurna, beliau mengingatkan bahawa Suhakam hanyalah “ciptaan undang-undang” dan penyelesaiannya terletak di tangan para pengundi.

“Jika anda mengundi mereka yang sepatutnya ke Parlimen, mereka akan meminda undang-undang untuk memberi kuasa kepada kita (dalam memperjuangkan hak asasi),” katanya ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Hari Hak Asasi Manusia Malaysia 2009 bertemakan hak asasi manusia di Malaysia sepanjang 10 tahun lalu.

Beliau mengakui, sebagai badan penasihat tanpa kuasa eksekutif, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Suhakam untuk memastikan kerajaan memberi respon serta bertindak setelah pihaknya menyampaikan cadangan.

Mengenai hak asasi di negara ini, Abu Talib mengakui bahawa pencabulan ke atasnya berlaku setiap hari.

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau memberitahu bahawa siasatan Suhakam ke atas aduan mengenai penyalahgunaan kuasa mendapati kebanyakannya memang mempunyai asas dari segi undang-undang.

Aduan tersebut termasuk kegagalan polis untuk bertindak, penggunaan kekerasan yang berlebihan, pandakwaan berpilih, mati ketika dalam tahanan, melewat-lewatkan permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan dan penafian hak ke atas tanah yang diwarisi.

Beliau mengingatkan kerajaan bahawa tindakan mematahkan suara yang berbeza dari apa yang yang dikehendaki kerajaan serta menyekat media bebas dan terbuka akan hanya menggalakkan “kempen bisik-bisik” yang akan mengakibatkan keresahan sosial.

Bagi memastikan semua pihak dijamin hak asasi mereka, rakyat bukan saja memerlukan undang-undang yang sempurna, bahkan pihak yang menguatkuasakan undang-undang juga mesti dikalangan orang yang berwibawa tanpa ada sikap pilih kasih, kata Abu Talib.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam menggesa supaya tindakan yang sama rata dikenakan ke atas mereka yang disabitkan kesalahan kerana kedudukan semua pihak sama di sisi undang-undang.

�Undang-undang digubal demi kepentingan rakyat, bukan bertujuan untuk menindas atau mengorbankan rakyat dan negara,� katanya.

Ketika ditanya dalam sidang akhbar kemudiannya mengenai tindakan sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memboikot persidangan itu antara lain kerana keengganan Suhakam menghantar pasukan pemantau ketika demonstrasi anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos lalu, bekas Peguam Negara itu berkata:

“Tidak sepatutnya kami berada di sana kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit. Kami tidak boleh bertindak bertentangan dengan undang-undang. (Walaupun) tidak berada di situ, tidak bermakna kami tidak boleh memberikan cadangan yang berkesan.

“Kami menyokong perhimpunan aman dan kami telah mencadangkan supaya Akta Polis dipinda supaya tidak ada lagi peraturan yang menetapkan supaya permit mesti diperolehi,” katanya.

Bagaimanapun, pengerusi penganjur persidangan itu yang juga salah seorang pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Chiam Heng Keng menjelaskan bahawa 32 dari 42 NGO yang dijemput telah hadir.

Advertisements

2 thoughts on “Suhakam minta rakyat undi yang pro hak asasi

  1. shafifah berkata:

    Dapatkan jadual lengkap Jangkaan Malam Lailatur Qadar 1430H menurut kitab2 ulama : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/09/jangkaan-lailatul-qadr.jpg

  2. heroessss berkata:

    salam teman semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: