Kerana fahaman Islam Umno maka berkecainya Altantuya

4

September 11, 2009 oleh ruslyislam


KUALA LUMPUR, 11 Sept: Kerana fahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, kata Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali.

Bagi beliau, Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam.

“Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah,” kata anggota Parlimen Titiwangsa itu.

Lo’ Lo’ yang juga AJK PAS Pusat mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

“Kita tidak perlu label “membangun bersama Islam” kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan,” kata Najib.

Bagi Lo’ Lo’, kerana sikap Presiden Umno begitulah maka Umno penuh dengan amalan yang tidak baik seperti rasuah, kebocoran wang negara dan tidak amanah berleluasa di negara ini.

“Kerana anggapan Islam Umno itulah maka berkecainya nyawa Altantuya Shariibuu dan matinya Teoh Beng Hock di pejabat SPRM,” kata Lo’ Lo’ kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh Umno ketika menganggap Islam hanya membangunkan ekonomi pun hanya membangunkan ekonomi untuk golongan tertentu sahaja bukan untuk umat Islam semuanya kerana ramai umat Islam sendiri yang terus terbiar papa kedana.

“Hanya untuk Umno dan BN serta kroni mereka sahaja,” kata beliau menambah hujjahnya.

Bagi beliau, Umno hanya mengambil Islam yang sesuai dan untuk kepentingan mereka sahaja tetapi meninggalkan ajaran dan akhlak yang dibawa oleh Islam.

“Jenayah dan keselamatan rakyat terancam. Pimpinan Pakatan Rakyat tergugat. Semua ini Umno tidak pentingkan kerana fahaman Umno Islam adalah untuk kemajuan ekonomi sahaja,” katanya._

Advertisements

4 thoughts on “Kerana fahaman Islam Umno maka berkecainya Altantuya

  1. heroessss berkata:

    minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih

  2. wan berkata:

    Kalau macam tu bagaimana kalau DAP memerintah dan memajukan ekonomi ? Boleh ke dinamakan parti Islam ? Lemah betul!! Malangnya Malaysia punya PM macam ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: