Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah

2

September 23, 2009 oleh HermanSamsudeen


Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

“Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan,” kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

“Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan,” kata Labelle.

“Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka,” katanya. BERNAMA

Advertisements

2 thoughts on “Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah

  1. BUDAYA HADIAH MENGHADIAH berkata:

    Manusia hari ini sudah terlalu jauh dengan budaya HADIAH menghadiah yang dianjurkan oleh ISLAM…hadiah dihalalkan oleh ISLAM…apabila kita mahu membalas budi atau menghormati seseorang atau organisasi….HADIAH jauh beza dengan RASUAH…rasuah diminta dengan kadar tetap SEBELUM sesuatu usaha itu berhasil atau tidak…

    HADIAH…berkaitan rapat dengan akhlaq perangai seseorang itu mulia atau tidak…jika MULIA… insan itu selalu berfikir untuk memberi hadiah kepada orang yang berjasa padanya…tanpa paksaan atau niat udang di sebalik MEE…

    Oleh sebab manusia hari sangat LOKEK bakhil nak beri hadiah…maka lahirlah peminta RASUAH…yang berkuasa dan kaya asyik menyuruh dan memerintah sahaja…nak belanja minum kopi pun takut rugi syarikat konon…TAPI dia KEBAS duit syarikat berbillion2 tak ape….

    DUNIA Allah jadikan seimbang tak mula senget..macam dacing BN…kalau ada GIVE and TAKE…ada budi bahasa…
    ada adat dan budaya….ada iman dan amal….belajarlah bagaimana NABI MUHAMMAD SAW menjalankan budaya hadiah menghadiah yang MENGHAPUSKAN rasuah yang menjadi amalan peniaga YAHUDI…

  2. ahmad 240909 berkata:

    Pemberitaan tentang wang yang jumlahnya besar disebut dalam hruuf iaitu puluh, ratus, ribu, milion, bilion dan terilion.

    Dari segi pengetahuan dan pengertian luas, hal tersebut merugikan. Sebab, pada umumnya tidak dapat MENGAMBARKAN atau membayangkan jumlah ratus, ribu juta dan bilion.
    Mereka tidak punya harta sebnyak itu. Lagi pun sebelum terbaca milion, bilion dan terilion itu tidak diberi oleh akhbar atau media massa berapa angkas kosong atau bandingan harta.
    Hendkanya berilah perbzaan antara 0 ; 00 ; 000 ; 0000 ; 00000 ; 000000 ; 0000000 ; 00000000 ; dan seterusnya.
    ATAU lebih jelas berapa banya SATU BILLION Amerika = rm1,000,000,000.00 . Dahulunya Britain ia mempunyai 12 kosong.
    ATAU BAYANGKAN BEGINI :
    WANG SERINGGIT MALAYSIA = RM1.00 ukuran panjangnya 4.45 inchi.
    BAHAWA DUNIA INI satu keliling 25,000 batu. SATU BATU IALAH 1760 Ela X 3 Kaki X 12 inchi = ….
    Jumlah panjang keliling dunia di atas dibahagi dengan wang RM1,000,000,000.00 X 4.45 =…..
    didapati 3kali keliling baru selesai.
    HITUNGLAH SENDIRI.
    Bayangkan berapa banyak wang itu ?.
    Jadi kalau sudah begitu rupa besar jumlah wang rakyat (kita) lenyap dan disunglap oleh pemegang kuasa dan orang berpangkat. dalam negara mengapa pula terkebil mata kita ? Mengeluh ? Buat tidak peduli
    dan ada yang berkata “tak-kan “kerajaan” menipu !”.
    Sejauh mana kepekaan masyarakat dan pembaca bagaimana ?
    apa kata utusan, berita, nst, star dan lain akhbar China dan India dan semua blog dan penulis ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: