Kenaikan Gaji Dapat Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara: Tun Dr Mahathir

2

September 24, 2009 oleh HermanSamsudeen


BANTING, 24 Sept (Bernama) — Ekonomi negara akan mampu berkembang dengan lebih pesat lagi jika ganjaran atau gaji pekerja di Malaysia dapat ditingkatkan agar golongan ini dapat menyumbang dengan menambah produktiviti masing-masing, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita lihat pendapatan semua peringkat daripada pekerja sehinggalah yang lain amatlah rendah walaupun pengurus-pengurus GLC (syarikat berkaitan kerajaan) mendapat gaji yang besar tapi yang lain semua dapat gaji yang kecil,” katanya semasa melawat limbungan kapal NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang dekat sini pada Khamis.

Tanpa gaji yang lebih tinggi, negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan yang pesat, kata Dr Mahathir dan menambah bahawa peningkatan gaji perlu seimbang dengan kerja yang dilakukan.

Beliau berkata apabila produktiviti pekerja meningkat, syarikat akan mendapat keuntungan yang lebih dan majikan tentunya akan membalasnya dengan memberi pendapatan yang lebih kepada pekerja.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir juga menuntut para pekerja supaya mempunyai kesetiaan kepada syarikat masing-masing seperti pekerja di Jepun yang secara tidak langsung kesetiaan mereka menyumbang kepada kemajuan negara itu.

Dr Mahathir berkata banyak pengimpal dari Malaysia kini “dipancing” oleh syarikat dari Timur Tengah yang menawarkan gaji tiga hingga empat kali ganda daripada gaji mereka sekarang yang tidak mampu ditawarkan oleh majikan di negara ini.

Beliau berkata Malaysia tidak lagi boleh bersaing di peringkat antarabangsa dengan kos buruh yang murah kerana ada di antara negara-negara tertentu yang mempunyai kos buruh yang rendah tetapi memiliki produktiviti yang lebih tinggi di mana seorang pekerja boleh melakukan kerja yang dilakukan oleh dua tiga orang pekerja.

Mengenai NGV Tech, Dr Mahathir berkata beliau yakin syarikat itu yang mampu membina pelbagai jenis bot dan menerima tempahan bukan sahaja dari negara Timur Tengah bahkan dari Eropah untuk kegunaan di pelantar minyak dan rondaan pantai, akan dapat membina kapal yang lebih besar satu hari nanti.

NGV Tech menerima 90 peratus tempahan bot dari pelanggan luar negara dan 10 peratus daripada tempahan tempatan.

Dr Mahathir berkata jika dahulu agak sukar untuk mengajak syarikat-syarikat pembina kapal dari Korea Selatan untuk beroperasi di Malaysia kerana mereka kurang berminat tetapi kini keadaan itu bakal berubah.

Pengerusi NGV Tech Zulkifli Shariff dalam ucapannya berkata syarikat itu kini dalam rundingan peringkat akhir untuk membeli 70 peratus saham sebuah syarikat membina kapal di Korea Selatan.

Dr Mahathir berkata oleh itu syarikat-syarikat tempatan seperti Petronas seharusnya membantu syarikat tempatan seperti NGV Tech dengan menempah bot-bot untuk kegunaan mereka daripada syarikat itu.

Buat masa ini tiada pesanan bot diterima dari Petronas tetapi NGV Tech menerima pesanan dari negara-negara Eropah, Arab Saudi dan Yaman.

Dr Mahathir berkata: “Saya yakin rakyat Malaysia mempunyai kebolehan dalam semua bidang. Hanya yang diperlukan ialah sokongan dan sokongan dari kerajaan amatlah penting walaupun kita tidak harus bergantung kepada kerajaan sepanjang masa.”

Beliau berkata ada di antara syarikat Malaysia yang mampu menghasilkan produk yang berkualiti tetapi terpaksa dieksport kerana tidak mendapat sambutan di dalam negara.

Sebagai contoh, Dr Mahathir berkata ada syarikat kawannya dahulu yang mampu menghasilkan pedang yang digunakan dalam istiadat Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia tetapi syarikat itu tidak mendapat tempahan daripada kedua-dua pasukan itu yang menempahnya daripada pembekal di Eropah.

Bagaimanapun, beliau berkata kemudian didapati pembekal dari Eropah itu mendapatkan bekalan pedang berkenaan daripada syarikat rakannya yang kemudian dijual kepada kedua-dua pasukan tersebut pada harga yang lebih mahal sedangkan ia dapat dibeli dengan murah jika dibeli dari syarikat tempatan.

“Kita beli kerana nama syarikat asing. Kalau kita buat sendiri, kita tidak begitu yakin,” kata Dr Mahathir lagi.

Oleh itu beliau berkata syarikat NGV Tech merupakan satu contoh kepada syarikat-syarikat lain terutamanya yang diterajui orang Melayu bahawa kaum Bumiputera boleh mempunyai syarikat sendiri dan pekerja sendiri serta mampu mengeluarkan bot-bot yang canggih untuk memenuhi hasrat pelanggan, katanya.

NGV Tech yang beroperasi di tapak seluas 24 hektar di tepi Sungai Langat di sini dengan mempunyai 2,000 pekerja bagi menyiapkan 130 buah bot atau kapal yang bernilai lebih RM3.0 bilion.

— BERNAMA

Advertisements

2 thoughts on “Kenaikan Gaji Dapat Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara: Tun Dr Mahathir

  1. PENGURUS GLC YANG BENGAP berkata:

    Majlis dan pengurus2 syarikat GLC spatutnya dilantik dari kalangan profesyional dan pakar2 bidang berkaitan GLC tersebut….kalau Biotech…ahli majlis dan pengurus biar ada kelulusan pakar berkaitan…kalau team bolasepak…kepten, pengurus dan ahli majlisnya terdiri dari profesyional bolasepak…KEDUAnya ada lagi satu team selain majlis yang buat R & R mengenai kelemahan kekuatan ancaman peluang kpd syarikat GLC itu…ahli majlis pulak jangan besar kepala dan besar elaun sahaja….TETAPI tak nak serius bertindak terhadap R & R itu…maka GLC itu akan ketinggalan zaman dan ahli serta pengurus bertukar menjadi liabiliti berat syarikat…KETIGAnya SIKAP…kalau rugi apa salahnya DUIT RAKYAT ada boleh TOP up….

  2. razee berkata:

    saya nak berkongsi pendapat,
    pada saya apa yang di suara kan itu betul…
    banyak aspek yang kita boleh terima menjadi positif.contohnya dari segi topik yang paling hangat sekarang ni RASUAH SANA SINI….kenapa terjadinya rasuah????semua kerana kekurangan pendapatan…kita bakal menjadi negara jiran sekiranya budaya ini tidak di bendung..dari sana kita sudah nampak sebab-sebab mengapa berlakunya perkara tersebut.sehinggakan ramai penduduk mereka datang ke negara ini untuk mencari sesuap nasi..adakah negara kita akan berlaku perkara begitu akan datang???renungkan lah.selain itu faktor kecurian,rompakan dan lain-lain jenayah juga salah satu faktor daripada kekurangan pendapatan pada waktu ini.pihak kerajaan seharusnya peka dengan semua ini kerana rakyat dibawah ini lah penyumbang ekonomi negara.kalau tidak kerana kami semua orang atasan tidak akan merasa senang sekarang. HIDUP JAGA MEMIKIRKAN DIRI SENDIRI DAN KESENANGAN SENDIRI..orang yang kaya semakin kaya orang yang miskin menjadi semakin miskin…apa itu semua???????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: