Minta PM jawab dokumen mengenai PKFZ

Tinggalkan komen

September 24, 2009 oleh HermanSamsudeen


SHAH ALAM, Sinar Harian – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab persoalan yang telah didedahkan oleh sebuah laman blog mengenai dokumen kerajaan yang didakwa bukti penting skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menurutnya, dokumen terbabit menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari pihak Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada RM4.63 bilion.

“Perdana Menteri perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah palsu. “

“Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota Kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta,” katanya, semalam.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota Kabinet boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

“Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menuntut pihak kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya.

“Mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut dilaksanakan dan didapati tidak berdaya maju malah kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion,” katanya.

Katanya, penubuhan pasukan petugas khas bagi menyediakan laporan penyiasatan isu PKFZ sebenarnya bermotif politik.

”Sebab itulah mereka begitu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu. :

”Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu,” katanya.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam Pas ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbul pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion malah siasatan awal ke atas projek PKFZ mendapati ia diselamatkan dengan pinjaman kerajaan.

Siasatan tersebut juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) membeli 404 hektar tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei lalu oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu turut menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: