Zulkefly Calon Terbaik PAS Di Bagan Pinang, Kata Abdul Hadi

3

September 30, 2009 oleh HermanSamsudeen


PORT DICKSON, 30 Sept (Bernama) — Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Okt ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 300 penyokongnya di Markas DAP di sini Selasa malam.

Abdul Hadi berkata Zulkefly Mohamad adalah calon terbaik kerana beliau calon muda dan berpendidikan tinggi.

“Kami (PAS) pilih beliau kerana beliau calon terbaik, calon muda dan berpendidikan tinggi. Semua sebulat suara bersetuju (pemilihan Zulkefly),” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon parti itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali dan Naib Presidennya Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu Zulkefly berkata beliau berterima kasih atas kepercayaan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat, dan menurutnya tujuan pakatan itu memasuki pertandingan semata-mata atas kehendak rakyat, untuk membela rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, Zulkefly yang bertanding kerusi DUN Lenggeng, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mustafa Salim dengan majoriti 1,285 undi.

Anak jati Lenggeng itu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005-2007) sebelum dilantik ke jawatan sekarang yang dipegangnya selama dua penggal.

Zulkefly merupakan seorang ahli perniagaan dan memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat GLC dan Syarikat Telekomunikasi.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

— BERNAMA

Advertisements

3 thoughts on “Zulkefly Calon Terbaik PAS Di Bagan Pinang, Kata Abdul Hadi

  1. irwan yadi berkata:

    pas adalah parti yang menyokong kepentingan islam,namun tindak tanduk tmbalan presiden pas nasarudin menimbul kan ,kurang senangnya ahli pas termasuk diri saya,kemenangan pas pru 12 membuatkan ,pas semakin lupa identiti perjuangan nya.

    ini ekoran timbulnya perasaan ingin kan kerjasama parti kompenen hingga terpaksa hambir 1/2 yb selangor tidak meyokong kenyataan pesuruh jaya selangor.mengapa jadi bergini?mana ketelusan pas?jika terus bergini,insya Allah pas akan terpecah dua,DAP tepuk tangan ,PKR ketawa<UMNO leh wat kenduri la..ingat jangan terlalau gembira,tapi teruskan bersyukur dan berusha..

  2. irwan yadi berkata:

    prk di bagan pinang akan menjadi titik kedua sama ada rakyat masih menyokong pas atau tidak,mustahil orang menolak islam tapi tidak mustahil orang menolak calon,

  3. KTM Kena Tipu Jugak berkata:

    Tahun 2004 saya menjadi KTM ketua tempat mengundi…saya tolak untuk undi pos…pada hari mengundi pukul 12 tengah hari saya keluar sekejap ke pusat lain untuk mengundi…sampai di pusat itu…saya hulur KP…kerani itu periksa daftar mengundi…kerani itu kata TUAN SUDAH MENGUNDI…saya jawab SAYA KTM…dari pagi 5.30 pagi saya bertugas ambil TONG dan alatan mengundi…bawa anggota polis bersama…masa bila pulak SAYA DAH mengundi…sehingga sekarang saya tak dapat jawapan RASMI..tapi saya boleh agak mereka guna pengundi hantu…gunakan kad kuasa lain yang palsu…menggunakan nama saya TAPI gambarnya pengundi hantu itu…SEBAB itulah dakwat jari SPR terkentut tercirit TAKUT nak gunakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: